facebook

facebook

Mari beri sokongan

25.10.12

Salam Aidil Adha 1433 - Terima Kaseh atas Erti Cinta

Salam buat semua...
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1433...

   Semoga kedatangan Aidil Adha kali ini bertambah mengeratkan silaturrahim sesama kita di samping meningkatkan lagi martabat kita sebagai seorang Melayu yg penuh berbudaya yg menyanjung tinggi Agama Islam...



Ketahuilah...,
Kita adalah insan,
Hamba yang perlukan petunjuk,
Insan yang kekurangan,
Mencari reda dan rahmat Tuhan yang esa.
Sesungguhnya...,
Setiap percaturan kehidupan,
Ada hikmah di sebalik kejadian,
Meskipun tidak terjangkau akal fikiran,
Di situ ada kebesaran dan kekuasaan Tuhan.

Siti Hajar wanita mulia,

Insan terpilih dan istimewa,
Perintah suami dituruti segala,
Diduga Allah meningkat imannya,
Biarpun ditinggalkan di lembah tandus dan gersang,
Bersama Ismail putera tercinta,
Jiwanya tabah menempuh rintangan.

Perintah Tuhan, Hajar laksanakan,

Di lembah Bakkah tandus dan kering-kontang,
Bekalan makanan sedikit tersisa,
Habis semua kembali lapar dan dahaga,
Kuasa Tuhan tiada siapa mampu menghalang,
Terpancarlah mata air zamzam,
Kurniaan Tuhan berlimpah-limpah.

Bukit Safa dan Marwa menyaksikan keimanan,

Berlari-lari tujuh kali Hajar laksanakan,
Hikmah di sebalik apa dilakukan,
Itulah sai dikerjakan insan.

Menunaikan ibadah haji,

Diumpamakan insan yang lahir bersifat bersih dan suci,
Di kota Mekah manusia mengerumuni,
Mengakui kelemahan diri,
Dalam sebuah pencarian kehidupan ini,
Ibadah korban ditunaikan tanda cinta sejati,
Mencari reda daripada Ilahi,Kerana Tuhan adalah...,
Yang maha benar dan hakiki.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...