facebook

facebook

Mari beri sokongan

13.7.12

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Puasa Ramadhan telah diwajibkan pada bulan Syaaban, tahun kedua hijrah. Umat-umat yang terdulu telahpun berpuasa, begitu juga para Ahli Kitab. Ini dapat difahami dari Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya: Wahai orang beriman, telah diwajibkan kepada kamu semua untuk berpuasa. Sepertimana yang telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu. Agar kamu bertaqwa.
[Al-Baqarah: 183]
Umat sebelum ini telahpun mengenali puasa. Namun, mereka berpuasa kerana mengikut pensyariatan umat-umat sebelum mereka. Manakala umat Nabi Muhammad pula, dikususkan pensyariatan itu kepada mereka. Inilah keistimewaan puasa bagi umat Nabi Muhammad.

Puasa Bulan Ramadhan
Sumber asas dalam pensyariatan ini sepertimana yang telah dinyatakan Allah dalam surah al-Baqarah:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
Maksudnya: Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk kepada manusia dan penjelasan bagi membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Barangsiapa dikalangan kamu yang melihat anak bulan, maka berpuasalah!
[Al-Baqarah: 185]
Begitu juga dengan hadis Nabi  :
بني الإسلام على خمس : شهادة أن لا إله إلا الله ، و أن محمدا رسول الله ، و إقام الصلاة ، و إيتاء الزكاة ، و الحج ، و الصوم  الرمضان
Islam terbina diatas lima perkara: Bersaksi bahawa tiada sembahan yang layak disembah melainkan Allah, dan bahawa Muhammad pesuruh Allah, dan Mendirikan solat, dan Mengeluarkan zakat, Menunaikan haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan.
[Rekod Sahih al-Bukhari: 8, Sahih Muslim: 16]
Seorang Arab kampung pernah bertanya Rasulullah :
أخبرني ماذا فرض علي الله من الصوم؟ فقال: شهر رمضان
Beritakanlah kepadaku, apakah puasa yang diwajibkan Allah terhadapku? Baginda menjawab: Puasa Ramadhan.
[Rekod Sahih al-Bukhari: 1892, Sahih Muslim: 11]
Sabda Rasulullah s.a.w;

"Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/ dirantai segala Syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu Neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu Syurga hingga tidak ada satu pintu pun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; "Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)." Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api Neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)." [Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.]

Lima anugerah khusus Allah untuk umat Muhammad di bulan Ramadhan
Sabda Rasulullah s.a.w.;

"Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelumku, iaitu; Di permulaan Ramadhan Allah akan melihat kepada umat-Ku. Sesiapa Allah melihat kepadanya nescaya ia tidak akan diazab selama-lamanya.


Malaikat akan memohon ampun untuk mereka di sepanjang hari dan malam.
Allah menyuruh Syurga supaya bersiap-sedia dengan berkata kepadanya; "Bersiaplah kamu dan berhiaslah untuk hamba-hamba-Ku. Mereka hampir datang (memasukimu) untuk beristirehat dari kepayahan dunia menuju ke rumah-Ku dan kemuliaan-Ku."
Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni dosa semua mereka. Seorang lelaki dari sahabat bertanya; 'Adakah malam itu Lailatul Qadar?'. Jawab Rasulullah; 'Tidak. Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, akan disempurnakanlah upah-upah bagi mereka".
[Riwayat Imam Ahmad, al-Bazzar dan al-Baihaqi dari Jabir r.a.]

Malam al-Qadar

Antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat Lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr;

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Qur'an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan-Nya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." [al-Qadr: 1-5]

"Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan." [Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.]
Begitulah antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Orang yang tahu menilainya sudah pasti tidak akan mensia-siakan peluang untuk merebut kelebihan-kelebihan tersebut. Bahkan Rasulullah sendiri pernah menegaskan;
"Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada di bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan." [Riwayat Ibnu Abi Dunya]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...