facebook

facebook

Mari beri sokongan

13.5.12

RUKUN NEGARA

Rukun Negara

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang Ke-13. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia maka sudah semestinya tanggungjawab ke atas negara kita menjadi tanggungjawab kita bersama. Kita mahukan keSejahteraan, KeAmanan , KeDamaian dan KeSentosaan setiap masa di dalam negara kita Malaysia hinggalah ke titisan darah yg terakhir.

Marilah kita bersama Bersatu hindari segala gejala yang merosakan Perpaduan rakyat Malaysia.

Kita bersatu hindari perbalahan sesama kita.

Kita bersatu menolak sesuatu yang merosakkan hubungan sesama kita.

Bersatu kita menentang musuh-musuh yang inginkan perpecahan rakyat dan Negara kita.

Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokratik; 

 Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-

Kepercayaan Kepada Tuhan

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan 

Marilah kita bersama kekalkan kaseh sayang sesama kita serta menerapkan nilai-nilai murni yang di tuntut di dalam agama. Bersatu kita di dalam apa jua keadaan semoga silaturrahim kita kekal berpanjangan tanpa ada kekacauan dan huru-hara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...