facebook

facebook

Mari beri sokongan

5.5.12

Kemisterian 'The Flying Dutchman'








Terdapat byk versi cerita sejarah yg berkaitan Flying Dutchman ini. Ini ada satu cerita yang tertua tentang kelasi Belanda yang sangat bercita-cita tinggi dalam penaklukan di alam lautan. Pada tahun 1500 - 1600,  ketika sebelum British mempunyai armada yang kuat, Belanda merupakan armada yang sangat dikenali di lautan.

Kapten Straaten Van adalah seorang kapten yang cermat dan teliti dalam usahanya menerajui kapal ketika di lautan. Beliau sanggup mengambil sebarang risiko untuk menjadi kapten yang kuat. Walau bagaimanapun di sebabkan ketamakan serta keangkuhannya maka Van Straaten telah memilih untuk hidup selama-lamanya di atas kapal tanpa dapat berlabuh di mana-mana pelabuhan. Dikatakan sebuah kapal yang bernama Flying Dutchman sering berkeliaran di Cape of Good Hope di Afrika Selatan. Di dalam mitos tempatan, kapal hantu ini yg diketuai oleh Van Straaten boleh menurunkan laknat. Nelayan-nelayan dan kelasi dalam perjalanan sekiranya terserempak dengannya disyorkan untuk menukar haluan mereka dari melalui laluan Flying Dutchman.


Pada tahun 1821 didapati rekod bertulis pertama mengenai cerita Flying Dutchman. Dalam satu isu Majalah, Blackwood, diterbitkan pada bulan Mei tahun itu, memberitahukan bahawa armada dr Belanda diketuai oleh Hendrick van der Decken cuba untuk mendekati Flying Dutchman. Hendrick van der Decken berusaha untuk melengkapkan misi menemui Cape of Good Hope. Walau bagaimanapun, sedikit berbeza daripada mitos lama Flying Dutchman.


7 tahun selepas misi itu diberikan, Hendrick van der Decken maseh cuba utk mendekati Cape of Good Hope. Walaupun para krew berasa terdesak, tetapi kerana nakhoda mempunyai sifat yang jelas, maka tiada siapa yang berani untuk menentang hasratnya itu. Sehingga satu malam, Hendrick van der Decken mencari lokasi yg baik Cape Hope dengan teleskop. Tetapi untuk sampai dia mesti berhadapan ribut.


Tidak lama selepas itu, sebuah bot kecil melalui ke kapal Hendrick Van der Decken dan nelayan di bot kecil itu memperingatkan Kapten supaya tidak pergi pada malam itu. Dengan tidak mengindahkan sebarang nasihat nelayan, Hendrick van der Decken lebih suka untuk belayar selama-lamanya sehingga tidak berganjak dari situ.


Beberapa cerita lain berkata Hendrick van der Decken telah di sumpah dan walaupun dia hampir dapat berlabuh. Tetapi malangnya semua krew mereka terdedah kepada wabak berkaitan dgn penyakit taun dan mereka tidak dibenarkan untuk berlabuh kerana takut menyebarkan penyakit di kalangan penduduk bandar. Kerana itu ia tidak mendapat bantuan.Dia bersama-sama dengan krew keseluruhannya terbunuh di tengah-tengah pelayaran laut ini.
 
Kesakitan mereka itu membuatkan mereka berterusan di laut dengan kapal. Versi yang lain pula merekodkan, adalah apa yang berlaku dalam pembunuhan sadis Hendrick van
der Decken, kapal yang mengambil kehidupan semua penduduk!


Di dalam cerita Pirates of The Carriben terdapat beberapa babak yg menyaksikan kehadiran kapal ini. Dan cerita ini pernah berlaku beberapa lama dahulu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...