facebook

facebook

Mari beri sokongan

7.4.12

Ke manakah hala tuju kita?




Masaalah Gejala Sosial - di manakah silapnya.

Saban hari kita sering dipaparkan dengan permasaalahan yg melanda rakyat negara kita baik dari yg muda remaja, kanak-kanak mahupun yg dewasa dan lebih ketara lagi yg sudah meningkat usia senja.

Sememangnya kita sebagai manusia yg dijadikan sebaik-baik kejadian tidak sunyi dari sebarang kesilapan tetapi permasaalahannya mengapakah sering kesilapan demi kesilapan sering terjadi. Jikalau kali pertama perkara yg tidak baik dilakukan bolehlah dikatakan silap. Kalau kali kedua, apakah maseh boleh dikatakan silap? Sebaliknya ianya sudah di kira salah, begitu juga seandainya kali ketiga, ianya tidak lagi dikatakan salah malah ianya sudah dikatakan nakal kemudian ianya berulang lagi sudah tentu ianya dikatakan sebagai jahat.

Permasaalahan demi permasaalahan sering terjadi. Di manakah puncanya?


Permasaalah yg sering berlaku sejak akhir-akhir ini adalah kes kebebasan yg melampau. Maksiat, rogol, penculikan, judi, arak, dadah,  samun , rompak, dan berbagai-bagai lagi permasaalahan yg mana jikalau hendak direkodkan terlalu banyak.

Jikalau kita perhatikan semula, permasaalahan ini berpunca di sebabkan inginkan kebebasan di dalam pergaulan tanpa ada batasan. Individu inginkan kepuasan di dalam kehidupan tetapi kepuasan yg dicari sebaliknya mengundang permasaalahan yg lebih dahsyat lagi sehingga menyebabkan manusia hilang rasa pertimbangan di dalam kehidupan. Akhirnya berlakulah kes-kes yg amat memilukan seperti gugur janin, buang bayi, membunuh bayi dengan kejam, culik kanak-kanak, kurung kanak-kanak, kanak-kanak dijadikan hamba sex, bunuh teman wanita, kurung dan lacurkan wanita, dan bermacam-macam lagi.

Pada hari ini, taksub dengan kehidupan bermewah-mewahan , taksub mengejar kehidupan duniawi merupakan idaman seseorang tanpa di sedari. Jikalau di tanya pada setiap orang sudah tentulah mereka akan mengatakan , sekadar mencari keperluan hidup tetapi keperluan hidup yg macamana? Rata-rata setiap orang hari ini memerlukan telefon bimbit (jenama mahal lagi), rata-rata setiap orang menginginkan memakai kenderaan sendiri, inginkan rumah sendiri dah tentu wajib, pakaian mahukan yg berqualiti dan berjenama, menginginkan kehidupan yg selesa bg setiap orang adalah wajib kononnya.

Perhatikankan tentang 3 perkara ini, accessory peribadi, kenderaan dan tempat tinggal.
Berapa banyakkah wang yg dihabiskan untuk memiliki accessory peribadi? (pakaian, telefon bimbit, laptop, set audio peribadi, macam-macam lagi). Berapa banyak pula wang di habiskan untuk memiliki kenderaan? Bayangkan sekiranya anda memiliki kenderaan , berapa banyak pula wang di habiskan untuk mengubah-suai kenderaan anda? Berapa banyak pula wang diperlukan untuk menanggung Insuran, roadtax, tol, minyak, maintenance kenderaan, dan macam-macam lagi di samping cukai pendapatan dan sebagainya. Bagaimana pula tentang pemilikan tempat tinggal yg anda inginkan?

Semua perkara di atas pada hari ini bolehlah dikatakan sebagai keperluan sederhana dan biasa bagi kebanyakkan orang. Apakah perkara itu juga adalah biasa bagi semua orang?

Setiap hari dan setiap orang seolah-olah dikerah untuk bekerja untuk menampung keperluan kehidupan di atas sehinggakan mengabaikan tuntutan kehidupan kita sebagai seorang manusia yg dijadikan oleh Allah swt. Manusia sudah hilang arah tuju kepada Maksud hidup dijadikan dan Matlamat hidup kita selepas kehidupan di dunia walhal kehidupan di dunia ini hanyalah sementara umpama jambatan menuju ke alam kehidupan yg sebenarnya. Apabila seseorang manusia itu telah meninggal dunia maka baru bermulalah kehidupan dia sebenarnya.

Sabda Rasulullah saw
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. 

Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya". 

Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?" (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab,  "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya".


H.R. Baihaqi


Mengapa terjadi Begitu?

Tatkala Nabi Adam as di hantarkan Allah swt ke bumi ini, salah satu sebabnya sebagai Khalifah di muka bumi ini. Asebab saja Beliau diusir dari Syurga sedangkan Beliau mempunyai tugas yg lebih besar lagi untuk memerintah bumi pada masa itu.

Begitulah berlaku pada Nabi-nabi dan Rasul-Rasul Allah swt seterusnya. Tujuan mereka adalah untuk mengajak mengabdikan diri pd Allah swt. Mengajak untuk Beriman kpd Allah swt, mengajak manusia untuk hidup BerTuhankan Allah swt yakni Mengenal Allah swt! BERIMAN.

Di akhir zaman ini kita manusia yg di jadikan oleh Allah swt sering dilalaikan bukan sahaja untuk mengingati Allah swt malah lebih teruk lagi kita sudah tidak tahu tujuan kita di hidupkan di dunia ini. Kita sering di hidangkan dengan kesenangan dunia, bersuka-ria , hiburan yg melalaikan sehinggakan manusia hanya tahu hidup untuk berseronok sahaja.

Rasulullah saw bersabda:
Ertinya:
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang­orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya  "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
S
eorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".


H.R. Abu Daud

Ertinya:
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?”. Nabi saw menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”.
H.R. Muslim

 Jadi permasaalahannya sekarang adalah manusia sudah tidak mahu lagi memahami Agama yg suci dijadikan Allah swt. Sistem didikan melalui institusi kekeluargaan juga menghadapi keruntuhan bahkan kepincangan yg amat dahsyat sehinggakan ada di antara anak-anak menjadi mangsa sexuality bapa sendiri.

Sebagai Ketua keluarga, seorang bapa mempunyai pemikiran di mana akan mempengaruhi ahli keluarganya. Seandainya bapa tidak sentiasa menjaga fikirnya untuk membimbing ahlinya maka tidak mustahillah akan melahirkan kepincangan sistem kekeluargaan tersebut.

Ibu dan bapa lebih menyukai menghantar anak-anaknya ke sekolah sedang mereka sedikit pun tidak memantau keadaan mereka di sekolah. Sistem pembelajaran sekolah tidak ada yg mengajarkan tentang cara untuk BerIman kepada Allah swt , kita hanya menghafal rukun Iman tetapi perjalanannya adalah amat jauh sekali.

Iman adalah suatu perkara yg amat suci. Begitulah Rasulullah saw mengajarkan kepada Para sahabat Baginda. Allah swt adalah Maha Suci dan Iman mengajarkan kita untuk menyucikan diri. Sekiranya kita mahu kepada yg Maha Suci secara tidak langsung kita juga akan menjadi orang yg suci. dalam erti kata lain adalah seorang yg bersih dari kekotoran. Apabila kita mahu jadi bersih, kita tidak akan membuat perkara yg kotor dan dari itulah kita akan terjauh dari perkara yg tidak elok. Maka secara tidak langsung jugalah akan terhindar dari melakukan perkara yg keji.

Bagaimana Untuk Mengatasinya?


 Jikalau kita perhatikan pepatah Melayu ada mengatakan "sesat di hujung jalan makan baliklah ke pangkal jalan". Maksud dr pepatah ni adalah hendaklah mereka yg telah tersasar jauh dr landasan sebenar kehidupan makan bermulalah semula. Persoalannya di manakah mahu bermula?

Orang Melayu ini tidak lain dan tidak bukan dan tidak dapat lari sebagai seorang Islam. Jadi Islam berkait rapat dengan cara kehidupan Rasulullah saw. Jadi inilah permulaannya iaitu dengan mengikut cara Rasulullah saw sebagaimana Baginda mahu Beriman pd Allah swt.

Pepatah Melayu dahulu sangat berkait rapat dengan kehidupan sebagai seorang Islam dan inilah cara unik seorang Melayu dalam menghadapi situasi permasaalahan zaman. Orang tua-tua dahulu yg mewariskan pepatah, syair, pantun, gurindam semuanya punyai maksud yg tersirat utnutk dijadikan teladan buat kita umat yg terakhir ini.

di antara pepatah lain mengatakan, 
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.

Bersenang-senang kemudian bukanlah bermakna apabila seseorang tu sudah meningkat usia tetapi maseh lagi boleh digunakan. Maksud sebenarnya adalah untuk bersenang-senang di hari kemudian yakni di hari akhirat.


Kesimpulannya adalah usaha ke atas Iman adalah sesuatu yg sangat penting dalam menyelesaikan permasaalahan yg melanda hari ini dan ianya juga adalah wajib ke atas umat Islam bagi meneruskan kehidupan seterusnya sebagai seorang Islam.

Apa yg akan kita Lakukan sebagai Penyelesaian adalah sangat penting dalam merealisasikan pencapaian dalam membina Matlamat dan tujuan kita dihidupkan di dunia ini. Mudah-mudahan ianya akan menjadi satu era kebangkitan kepada umat Islam dalam men-transformasikan kehidupan yg bermatlamatkan akhirat. InsyaAllah! wassalam.


2 comments:

ZiErWa zAiNaL said...

kdg2 masalah sosial ni berpunca dr diri kta yg x mengamlkan nilai2 islam yg sebenarnye,, wallahu'alam.. :)

Zaidi Zaiman said...

mcm tu lah Islam di akhir zaman ni ibarat buih di lautan jer ziera, banyak tp takder roh islam yg tulen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...