iklan

8Share

Mari beri sokongan

25.4.12

Bangsa Melayu dan Bani Tamim




ASAL USUL BANGSA MELAYU
 

   Bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi lbrahim a.s., begitu menurut Ibnu Athir, seorang ahli sejarah Islam terkenal di zaman lampau. Bangsa Melayu, menurut beliau, ialah Bani Jawi, iaitu keturunan lbrahim a.s., dari isterinya yang ketiga bernama Qatura. Bagi anak-anak dari keturunan Qatura ini, baginda
telah memerintahkan agar berpindah ke timur dengan memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru, maka mereka pun meninggalkan tanah Kanaan untuk berpindah ke timur.

   Kemungkinan besar perpindahan demi perpindahan telah berlaku akibat berbagai sebab. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu pernah menduduki Tibet dan telah menamakan gunung Himalaya, yang mana di dalam bahasa Sanskrit adalah bermakna Gunung Melayu. Perkara ini berlaku lebih dari 2000 tahun yang lampau. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu yang tinggal di banjaran gunung itu telah berpindah pula ke selatan akibat dari peperangan demi peperangan yang berlaku di tanah besar Cina serta India dan akhirnya mereka menempatkan diri di selatan Kampuchea dan seterusnya berhijarah ke Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Nusantara . 

   Ini adalah kisah perpindahan mengikut jalan darat. Terdapat juga keturunan dari Kanaan ini yang datang mengikut jalan laut, iaitu mengikuti seorang raja yang bernama Mus, belayar ke timur dan mendarat di
Palembang, Sumatera. Di sana terdapat bukti kedatangan beliau bersama rombongannya di mana sebuah sungai telah dinamakan sebagai Sungai Musi yang bererti Sugai Mus Punya. 

   Dikatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s., itu melahirkan tiga keturunan yang besar, pertama ialah bangsa Arab, dari keturunan anaknya Ismail a.s., kedua ialah bangsa Israel dari keturunan Ishak a.s., dan ketiga ialah bangsa Melayu (Bani Jawi) dari keturunan anaknya menerusi perkahwinan dengan Qatura. Sejak dari
zaman dahulu lagi orang-orang Arab memanggil kepulauan Tanah Melayu ini sebagai Tanah Jawi. Bani itu bererti anak- anak atau keturunan, sebagaimana juga nama Bani Lavi (Levi) dari puak Israel.

   Bangsa Melayu telah melalui berbagai pengalaman semasa perpindahan dari satu tempat ke satu tempat. Kaumnya pun telah menganut berbagai-bagai agama bermula dari syari'at Ibrahim a.s., Hindu, Buddha, dan akhirnya Islam. Kebanyakan dari ilmu pengetahuan bangsa Melayu mempunyai perkaitan yang rapat dengan pengetahuan bangsa India, Cina dan Jepun. Contohnya, dari segi ilmu senggama, praktik meletakkan kain putih di bawah pengantin perempuan pada malam pertama perkahwinan telah dipraktikkan oleh bangsa Cina dahulukala. Banyak pantang larang yang berkisar disekitar ilmu senggama Melayu juga mempunyai persamaan dengan apa yang diajar oleh bangsa India dan Cina. Asal usul sesetengah-setengah dari praktik ini dipercayai berasal dari India, menerusi ajaran Hindu dan Buddha. Kemudian dari Sri Vijaya, Budi Dharma (seorang Melayu) telah pergi pula ke Cina dan Jepun bagi mengembangkan ajarannya, termasuklah bidang persilatan sebelum kedatangan Islam.

   Kedatangan Islam menerusi saudagar-saudagar dari Hadratulmaut dan juga pengajaran dari Wali-wali Sembilan membawa fokus dakwah dari segi ilmu-ilmu ke Sufian bagi menarik penganut-penganut Hindu pada masa itu yang tebal dengan ilmu mistik hitam bagi memeluk Islam. Pemah dikatakan terjadi pertentangan ilmu antara Wali Sembilan dengan Ketua Sami yang bertapa yang berakhir dengan kematian Sami tersebut. Wali Sembilan juga dikatakan telah membina sebuah masjid dengan bertiangkan habuk- habuk kayu yang dijadikan tiang menerusi pengetahuan mistik.

   Dari cerita-cerita inilah kemungkinannya maka banyak ilmu yang berkaitan dengan perkara kesufian dan kerohanian dikaitkan dengan Wali Sembilan.

   Saudagar-saudagar yang datang dari Hadramaut telah membawa ilmu-ilmu yang
berasal dari jalinan Ajaran Islam dan budaya Arab, dan Khurasan.

   Satu wasiat yang dikatakan sebuah hadis Rasulullah SAW. Setakat diketahui, ia tidak wujud dalam mana-mana kitab hadis sahih yang disepakati, malah mana-mana kitab rasmi agama Islam. Tetapi ia wujud dalam dua kitab Melayu yang dianggap sebagai dua sumber utama pensejarahan Melayu lama iaitu Hikayat
Raja-raja Pasai dan Sulatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang. Cuba baca kata-kata Nabi ini:


    "Sepeninggal aku telah wafat kelak akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya."Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat. Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan jadi wali Allah. "Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama".


    
   Kitab Sulalatus Salatin menyebut Mengiri sebagai negeri Muktabar. Apapun, fakir yang dimaksudkan adalah orang yang sama, Fakir Muhammad, seorang Sultan berketurunan Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang turun takhta untuk mengikuti rombongan menjalankan wasiat Nabi tersebut ke Samudera (dalam Aceh sekarang). Untuk makluman, nakhoda kapal rombongan ini ialah Sultanul Arifin Sheikh Ismail yang dimakamkan di Pulau Besar, Melaka.

   Dalam mission ini, baginda telah berjumpa dengan pengasas keSultanan Samudera iaitu Sultan Malikus Salih. Kenapa wasiat ini menyebut dari negeri itu akan muncul banyak wali? Apakah ada rahsia berkaitan peristiwa akhir zaman (kebangkitan Islam dari Timur) di sebalik semua ini?




BUMI PENUH LAGENDA DAN MISTERI ……

Assalamualaikum Wahai Umat Islam , Bani Jawi dan Bangsa Melayu Ketahuilah oleh mu bahawasanya kamu sedang memijak bumi yang penuh lagenda , misteri dan rahsia yang tersembunyi yang akan terbongkar di akhir zaman nanti ……… 


Ketahuilah oleh mu bahawasanya bumi ini merupakan jantung dan nadi kepada bumi dan dari bumi ini lah Jibrail A.S mengambilnya tanahnya untuk di jadikan jantung Bapa kita Nabi Adam A.S …..


Ketahuilah oleh mu bahawasanya bumi ini di panggil Tanah Semenanjung Emas sejak zaman dahulu kala kerana bumi ini memiliki Emas Merah yang terbaik di dunia...


Ketahilah oleh mu bahawasanya bumi ini di panggil Tanah Rahsia Yang Tersembunyi ( Secret Hidden Place ) yang di ceritakan rahsianya oleh ALLAH S.W.T kepada Iskandar Zulkarnain A.S

Bumi inilah yang di panggil Tanah Matahari Terbit Di Penjuru Dunia Ketahuilah oleh mu bahawasanya bumi ini pernah di jejaki oleh Bapa Kita Nabi Adam A.S kerana mencari dan merindui Ibu kita Siti Hawa …… air mata nya pernah menitis di atas bumi ini kerana merindui kekasih hatinya isteri yang tercinta….. dan menuju kearah matahari terbit sampai ke penghujung penjuru dunia baginda telah mengubah haluan menuju ke barat menuju ke arah matahari terbenam meneruskan pencarian kekasih hatinya ….


Ketahuilah oleh mu bahawasanya Bapa Kita Nabi Ibrahim A.S setelah meninggalkan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail A.S menuju dan memijak bumi ini untuk melihat bumi yang bakal di diami oleh anak cucunya di akhir zaman nanti yang mana bakal menyambung dan menyempurnakan risalah Ilahi ke serata dunia sampailah ke hari kiamat .


Ketahulah oleh mu bahawasanya Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis pernah memijak bumi ini dan membawa pulang harta kekayaan buminya emas merah sebanyak 3000 tan emas ke Baitul Muqadis dan dengan kekayaan inilah Nabi Sulaiman telah memerintah seluruh dunia ini dengan kemakmuran dan keamanan.

Ketahuilah oleh mu bahawasanya Iskandar Zulkarnain yang empunya 2 Tanduk bersama Nabi Khidir A.S pernah memijak bumi ini untuk mencari Uyun Hayat yang mana bumi ini menyimpan kekuatan Kerohanian Mistik yang penuh Misteri yang hanya di ketahui oleh Nabi-Nabi dan Wali-Wali ALLAH dan dari bumi inilah akan lahir 

Pejuang-Pejuang , Daie-Daie dan Wali-Wali ALLAH di akhir zaman yang penuh Kekuatan Kerohanian dan Semangat Perjuangan yang mana jika di letakkan gunung ganang di hadapannya nescaya gunung ganang akan runtuh di rempuh olehnya dan dengannya ALLAH akan menyempurnakan dan menyebarkan Risalahnya Agamanya Suci iaitu ISLAM sampai ke hari Kiamat ……


Ketahuilah oleh mu bahawasanya Sahabat-Sahabat Rasul ALLAH S.A.W telah sampai dan singgah untuk mengambil perbekalan makanan dan minuman semasa dalam misi penghantaran Surat Dakwah kepada Maharaja China melalui jalan laut …. 

Ketahuilah oleh mu bahasanya hanya Bumi ini didalam dunia yang menerima kedatangan Islam tanpa peperangan …….. Bumi ini menerima kedatangan Islam dengan jalan Dakwah yang mana Agama Islam di bumi ini di bawa oleh anak cucu Rasul 
ALLAH S.A.W sendiri iaitu Ahlul Baitnya …….

Ketahuilah oleh mu bahawa bumi ini menerima kedatangan Ahlul Bait yang dalam pengusiran dan pemburuan oleh mereka-mereka yang dengki dan khianat terhadap Rasul ALLAH S.A.W  

Ketahuilah oleh mu bahawa bumi ini di muliakan oleh ALLAH S.WT. yang mana kesemua Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu serta Perdana Menteri nya yang 5 orang itu adalah dari Keturunan Ahlul Bait ……….. Bumi ini di pelihara oleh ALLAH S.W.T dari sebarang musibah dan bala bencana kerana bumi ini di diami dan di perintah oleh anak cucu Kekasihnya … Habibullah Rasul ALLAH S.A.W  

Sedar dan Ingatlah bahawasanya bumi ini pernah di serang dari segala arah bermula dari Siam , Tartar , Portugis , Belanda , Inggeris , Jepun , Komunis dan bumi ini tetap utuh dalam memilihara Keagungan dan Kedaulat Islam …… kenapa … ?

Kerana ALLAH S.W.T menaruh pengharapan dan memberi kita Bani Jawi satu tugas yang penting sebelum di Kiamatkan Dunia ini …….. Penyempurnaan dan Penyebaran Agama Islam Keseluruh Dunia ………


Oleh itu Wahai Umat Islam Wahai Ahlul Bait Raja-Raja Melayu Wahai Bani Jawi jangan kamu bimbang dan risau ………….. teruskanlah perjuangan kamu meninggikan Syiar Islam ………. Jangan takut dan ragu-ragu ….. selagi kamu memikul Agama Islam dan Risalah ILAHI pasti dan pasti bantuan dari ALLAH S.W.T pasti akan bersama mu…

Keluarlah lah kamu ke hujung-hujung dunia ……… sebarkan AGAMA ISLAM teruskan lah perjuangan mu ini jangan lah kamu takut dan ragu-ragu …….. kelak kamu akan lihat di bumi ini manusia dan seluruh dunia akan berbondong-bondong datang dan memeluk Islam beramai-ramai ….





ALLAH HU AKBAR ALLAH HU AKBAR ALLAH HU AKBAR WA LILLAH LIL HAM

 1. Pilihan Tuhan dari kalangan hambanya; Hadith Rasul SAW yang bererti:“

Sesungguhnya Allah Tabaraka Wataala telah menciptakan langit lalu dipilihNya untuk diletakkan di bahagian yang tinggi. Di situlah Tuhan memilih pula sebahagian makhlukNya sebagai penghuni, Kemudian Allah menjadikan makhluk-makhluk (di atas muka bumi) lalu dipilihNya Bani Adam (manusia – sebagai khalifah), kemudian Tuhan memilih dari kalangan Bani Adam itu; bangsa Arab, kemudian memilih daripada Bangsa Arab itu, Bani Mudhor sehingga akhirnya daripada Mudhor itulah Tuhan memilih suku Quraisy “.


2. Asal mereka daripada anak cucu Mudhor; Imam Bukhori ketika memperkatakan Nasab Rasulullah SAW menyatakan:Muhammad ibni Abdullah ibni Abdul Muthalib ibni Hasyim ibni Abdu Manaf ibni Qusoai ibni Kilab ibni Murrah ibni Ka’ab ibni Lu’aie ibni Ghalib ibni Fihr ibni Malik ibni Nadhir ibni Kinanah ibni Khuzaimah ibni Mudrikah ibni Ilyas ibni Mudhor ibni Nizar ibni Ma’add ibni Adnan. Suku Quraisy: drpd Bani Fihr ibni Malik ibni Nadhir ibni Kinanah ibni Khuzaimah ibni Mudrikah ibni Ilyas ibni Mudhor. Suku Tamim: Drpd Tamim ibni Mur ibni Udd ibni Thobikhah (Amru) ibni Ilyas ibni Mudhor.

3. Bani Tamim tunggak keturunan Arab: “ Bani Tamim adalah daripada keturunan Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim Alaihi as salam.


4. Ibnu Hazm menyatakan bahawa: “ Bani Tamim adalah sebuah Qabilah terbesar dalam qabilah arab dengan bilangan kaumnya yang ramai serta rangkaian sukunya yang luas sehingga Bani Tamim dikatakan sebagai tunggak utama bagi bangsa arab keseluruhannya …. Bahkan mereka mula bertebaran keluar dari dunia arab sejak zaman awal Islam melalui penyertaan mereka yang ramai di dalam bala tentera Islam. Ramai yang digerakkan menuju ke kawasan Khurasan dan lain-lain kawasan penerokaan wilayah…. “.

Hadith Nabi SAW : “ Sesungguhnya Bani Tamim itu mempunyai kekuatan jiwa yang hebat, tetap pendirian dlm mempertahankan prinsip. Mereka juga adalah pembela kebenaran diakhir zaman “ Sabda Nabi SAW:“ Bani Tamim merupakan golongan dari ummatku yang amat memusuhi Dajjal “.


Imam Al-Qurthubi ketika menghuraikan hadith di atas mengatakan bahawa; “ Berdasarkan hadith tersebut dapatlah diyakini bahawa Bani Tamim tidak akan terputus keturunan mereka sehinggalah kehari kiamat, bahkan Bani Tamim diakhir zaman nanti merupakan kelompok yang amat kuat berpegang dengan kebenaran serta memperjuangkannya”. 

Hadith Nabi SAW:“ Kelompok yang paling ramai dimasukkan ke dalam syurga melalui jalan syafaat seseorang ialah Bani Tamim ”. Hadith Nabi SAW juga menyebutkan:“ Bani Tamim merupakan suku bangsa arab yang paling fasih berbahasa arab berbanding suku arab yang lain “. Imam Ibnu Hajar pula menjelaskan tentang ciri utama bagi Bani Tamim iaitu: “ Adalah dimaklumi sejak dari zaman jahilliah hingga zaman Islam sentiasa berlaku penguasaan kelompok Bani Tamim dalam pemerintahan disamping mereka juga merupakan golongan atasan dalam masyarakat dimana mereka dihormati dan dimuliakan “ 


Raulullah SAW ketika menggambarkan tentang Bani Tamim berpesan: “Janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Bani Tamim melainkan sesuatu yang baik-baik sahaja ”. Sabda Nabi SAW:“ Mereka itu (Bani Tamim) adalah dari kaum kami” 

Hadith dan selainnya yang mengakui Bani Tamim sebagai sabahagian dari kaum Baginda SAW
merupakan satu pengiktirafan terhadap suku pilihan ini.


Imam At-Tabrani menyatakan: “Bani Tamim terkenal tetap pendirian, berjiwa besar, jelas cita-cita, amat memusuhi Dajjal diakhir zaman, cukup tahan menghadapi apa saja halangan. Bani Tamim tidak akan tergugat dengan sebarang halangan, ancaman dan penentangan dari mana-mana pihak yang mahu memudharatkan perjuangan mereka”.



Diriwayatkan oleh Saiyidina Abbas RA. ketika turunnya ayat: Yang bererti:“ Dan (wahai Muhammad) mulakanlah memberi peringatan kepada kaum keluargamu yang terdekat “, lantas ketika itu Baginda SAW. menyeru: “ wahai Bani Fihr, Wahai Bani ‘Adiey”,…memanggil kelompok asal umat arab iaitu termasuk di dalamnya Bani Tamim…” Terdapat banyak riwayat hadith yang menunjukkan pengakuan Rasulullah saw. Bahawa Bani Tamim adalah termasuk dalam kaum / suku kesayangan Baginda.Berikut adalah rumusan yang dapat di catatkan berdasarkan hadith dan pandangan ulama’ berkaitan keistimewaan Bani tamim:

1. Rasul amat memuliakan Bani Tamim.

2. Rasul mengkagumi Bani Tamim pada hayat Baginda


3. Rasul menegah memburuk-buruk Bani Tamim


4. Rasul menyuruh mencintai Bani Tamim


5. Abi Hurairah tidak pernah sekali pun memarahi Bani Tamim


6. Kelompok yang paling ramai dimasukkan ke dalam syurga atas jalan syafaat.


7. Bila dikatakan mereka adalah antara umat Baginda Rasul SAW yang paling ramai memasuki syurga atas jalan syafaat; bermakna kelompok Bani Tamim ini amat bersandar dengan berkat Rasulullah SAW, Imam Mahdi dan Fata At-Tamimi. Justeru itu tidak hairan kelompok Bani Tamim inilah yang paling serius dalam menghayati konsep tabarruk dan tawassul.


8. Berjiwa besar


9. Amat berpegang dengan sunnah


10. Menjelaskan kebenaran mimpi / mempunyai pengalaman rohaniah


11. Tetap pendirian.


12. Keyakinan mereka tetap tidak mudah digoyang atau diganggu gugat


13. Suku arab yang paling banyak percampurannya dengan bangsa yang lain dari
bangsa arab (ajam)


14. Paling fasih berbahasa Arab di kalangan bangsa arab. Ini menandakan Bani Tamim akan mempelopori uslub dakwah melalui bidang seni suara bahkan kemerduan suara Bani Tamim inilah yang akan dapat menundukkan bangsa-bangsa yang lain bagi menerima Fata At-Tamimi dan Imam Mahdi.


15. Qabilah yang nasabnya tidak lagi dapat dikenal pasti secara keseluruhan berbanding Ahlil Bait Rasulillah SAW


16. Jaminan nasab keturunan Bani Tamim tidak akan terputus hingga akhir zaman (berdasarkan hadith mereka amat memusuhi Dajjal)


17. Suku bangsa arab yang disimpan untuk berperanan diakhir zaman seiring dengan suku Quraisy; mengesahkan isyarat hadith Fata At-Tamimi akan seganding dengan Imam Mahdi.


18. Ketegasan dalam menentang Dajjal menunjukkan pemimpin akhir zaman akan muncul dari Bani Tamim.


19. Tebaran ahli keluarga Bani Tamim telah merata ke seluruh dunia


20. Fata At-Tamimi disembunyikan melalui perkahwinan campur dengan bangsa ajam


21. Pilihan Tuhan bagi suku ini yang akan memerangi Dajjal menandakan Bani Tamim akan berperanan penting di akhir zaman sebelum dan selepas kedatangan Imam Mahdi


22. Munculnya Fata At-Tamimi dari kelompok mereka yang akan menjadi orang kanan Imam Mahdi.


23. Di datangkan kerajaan Bani Saud yang berfahaman Wahabi untuk melindungi Bani Tamim yang dipilih Tuhan. (Ibnu Taimiyah dan Muhammad Ad. Wahhab dari Bani Tamim)


24. Kerajaan Wahabi menyebar luaskan maklumat berkaitan Bani Tamim


25. Hadith-hadith dan riwayat yang dikeluarkan oleh golongan Wahabi tentang Bani Tamim tidak dapat dipertikaikan lagi kerana mereka begitu tegas dalam penggunaan hadith yang sahih atau hasan.


26. Bani Tamim merupakan kelompok yang mempunyai kecerdikan dan berkeupayaan memimpin serta mengatur strategi perjuangan. Para ahli ilmu mengakui kecerdikan anak-anak dari keturunan Bani Tamim.


27. Pembela kebenaran diakhir zaman


28. Jelas cita-cita.


29. Mempunyai matlamat perjuangan yang jelas dan mampu mencapainya


30. Qabilah yang menjadi tunggak bangsa arab


31. Qabilah yang paling ramai dan tersohor


32. Banyak menerima bantuan secara rohaniah


33. Bila dikatakan mereka adalah antara umat Baginda Rasul SAW yang paling ramai memasuki syurga atas jalan syafaat; bermakna kelompok Bani Tamim ini amat bersandar dengan berkat Rasulullah SAW, Imam Mahdi dan Fata At-Tamimi. Justeru itu tidak hairan kelompok Bani Tamim inilah yang paling serius dalam menghayati konsep tabarruk dan tawassul.


34. Terkenal sebagai kelompok yang menguasai pemerintahan negara di mana saja mereka berada

35. Mereka menjadi golongan atasan dan bangsawan di dalam masyarakat


36. Mereka dihormati dan dimuliakan


37. Amat gigih dalam perjuangan di medan jihad dan dilapangan dakwah


38. Terkenal gagah berani di medan perang.


39. Banyak terlibat dalam peperangan dan penerokaan wilayah Islam. Panglima Islam yang membunuh Panglima Rustum (Parsi) dlm perang Al-Qadisiyah ialah Panglima Zuhrah Ibni Hawiyyah As-Sa’adiey dari Bani Tamim.


40. Bani Tamim boleh dikenali diakhir zaman melalui penglibatan mereka dalam perjuangan kebenaran yang diasaskan melalui uslub dakwah tidak dalam bentuk yang lain.


41. Kelompok yang suka mengembara


42. Kelompok yang banyak bergelanggang di medan dakwah ke seluruh pelusuk dunia


43. Kelompok yang paling menonjol berpegang dengan perjuangan kebenaran diakhir
zaman


44. Kelompok yang menguasai bidang ilmu dunia dan akhirat sepanjang zaman.


45. Terdapat bukti di sepanjang sejarah, ramainya ulamak besar dari Bani Tamim


46. Menjadi tempat rujuk di dalam masyarakatnya


47. Amat serius dalam pengamalan Islam


48. Kelompok Bani Tamim lebih ramai berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Waljamaah berbanding Wahabi, Cuma Wahabi tertonjol kerana penguasaan mereka terhadap kerajaan Bani Saud (Saudi)


Bagi mana-mana pemimpin pun, perakuan terhadap dirinya, peribadinya, perjuangannya, jadual-jadual perjalanannya dan kepemimpinannya oleh Orang Allah amatlah penting dan bermakna, kerana dengan semikian, barulah dapat dipisahkan bahawa dia itu adalah orang pilihan Allah untuk zaman ini. Jika tidak ada
perakuan yang demikian, maka terbatallah dakwaannya itu dan dia pun tidak layak untuk diikuti oleh umat Islam. Jika diikut pun, tidaklah sampai ketahap menjadi suatu sunnah atau “mazhab” akhir zaman. Bagi Sahibul Zaman yang terakhir ini, perakuan terhadap dirinya datang daripada beberapa banyak sumber. 


Berikut ini, di senaraikan secara serba ringkas perakuan-perakuan tersebut, yang sempat di kutip dan terima.

Jika dikumpulkan semua sekali hadis-hadis mengenai diri beliau, akan terdapat lebih daripada dua puluh buah hadis yang menceritakan mengenai beliau. Sebahagian daripadanya sudah di sebutkan pada bahagian sebelum. Dan di sini dimasukkan (sebahagiannya mengulang semula) sebanyak 19 buah hadis sahaja. Dan tidak menyertakan sebarang huraian terhadap hadis-hadis yang di masukkan ini.

1. Sabda Nabi SAW, “Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibn Majah)


2. Sabda Nabi SAW, “Orang ramai daripada Timur (Pemuda Bani Tamim benar-benar) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.”


3. Sabda Nabi SAW, “Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.”


4. Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja.” (Abu Daud & Al-Hakim)


5. Sabda Nabi SAW. “Tiga ratus empat belas orang yang diantaranya adalah perempuan, bergabung dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini yang melebihi
kebaikan pada masa al-Mahdi”.


6. Sabda Nabi SAW “Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur”.


7. Sabda Nabi SAW “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji.Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk”. Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibn Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)


8. Sabda Nabi SAW, “Sebelum al-Mahdi (muncul), As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. 


Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura’ iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, wahai Rasullah, bagaimana kami dapat mengenalinya? “Nabi SAW menjawab, “Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabat dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya…….”

 9. Sabda Nabi SAW “Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).”

10. Sabda Nabi SAW Dari Ibnu Mas”ud RA, katanya, “ketika kami berada di sisi Rasullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?” Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia.

   Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.”(Ibnu Majah)

11. Sabda Nabi SAWDaripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka,
maka Allah pun membantu dan menolongnya.” (Nuaim bin Hammad)


12. Sabda Nabi SAW “Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.” (Al-Hafiz Abu Naim)


13. Sabda Nabi SAW, “Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau banginada bersabda, “Wajib setiap orang mukmin menerimanya.” (Abu Daud, an-Nasa’I, al-Baihaqi & al-Husin)


14. Sabda Nabi SAW, “Apabila kamu melihat Panji-panji Hitam telah diterima di sebelah wilayah Khurasan, maka datangilah dia sekalipun terpaksa merangkak di atas salji kerana padanya itu ada Khalifah Allah iaitu al-Mahdi.” (Abu Nuaim)


15. Sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, “Ini al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia.” Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. 


   Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (313 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khursan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah menutus
kepadanya 3,000 malaikan dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah anatara pembantunya.”


16. Sabda Nabi SAW. “Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid.” (Iman Muslim)

17. Sabda Nabi SAW, “Ada tiga orang adik-beradik yang saling berperang sesama sendiri berhampiran tempat simpanan Kaabah kamu. Ketiga-tiganya adalah anak seorang khalifah. Kemudian tidak seorang pun anatara mereka yang menjadi khalifah. Kemudian muncullah Bendera Hitam dari arah Timur, lalu mereka membunuh kamu semua (yang sedang berperang saudara itu) dengan satu pembunuhan yang (sangat banyak) belum pernah berlaku sebelum ini oleh sesuatu kaum.” Kemudian baginda menuturkan sesuatu yang tidak saya ingatinya. Kemudian baginda bersabda, “apabila kamu semua melihatnya, hendaklah berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi.” (Ibnu Majah)


18. Sabda Nabi SAW, “akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya.” (Ibnu Majah)


19. Sabda Nabi SAW, “Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya.” (At-Tarmizi)


Demikianlah antara beberapa buah hadis yang sudah sedia masyhur di kalangan kita yang menceritakan tentang Pemuda Bani Tamim. Hadis-hadis itu adalah datang dari beberapa tingkatan, ada yang sahih lizatih, ada yang sahih lighairih, ada yang hasan, ada yang dhaif dan ada pula yang dikatakan sebagai maudhuk oleh
sebahagian pengkaji hadis. Bagaimana pun, ingin kami jelaskan di sini bahawa hadis-hadis yang menceritakan mengenai beliau adalah banyak dan sumber yang pelbagai, itu menjadikan hadis-hadis ini sebagai hadis yang bertaraf mutawatir, ia itu mutawatir maknawi.


Kerana banyak sanad dan banyak matan yang berbeza, di samping banyak rawi yang terlibat dalam periwayatannya, maka kami mengambil kira semua factor ini sebagai alasan utama untuk kami mengistiharkan bahawa PEMUDA BANI TAMIM itu ada, hadis-hadis mengenainya banyak dan pelbagai tingkatan, selain cerita-cerita daripada para ulama sejak zaman-berzaman tentang beliau. Semua ini menjadikan kami bertambah yakin tentang kesahihan berita bahawa beliau akan muncul pada suatu hari nanti, ia itu pada akhir zaman. Dan zaman yang dimaksudkan itu adalah zaman kita ini.


Hadith-hadith yang berkaitan dengan PBT:


Imam al-Suyuti telah mengarang satu buku berjudul al-Hawi li al-fatawi yang menukilkan beberapa hadith yang berkaitan dengan PBT yang dianggap sebagai pembantu Imam Mahdi. Sila lihat halaman 69-70:


Hadith Pertama:

Daripada Ammar bin Yasir berkata: Imam Mahdi dikepalai oleh Syu`aib bin Salih.

Hadith Kedua:

Daripada Abi Jaafar berkata: Seorang pemuda dari bani Hasyim keluar di sebelah kanan bapa saudara mereka dari bahagian Khurasan (Iran sekarang) membawa bendera hitam dikealai oleh Syu`aib bin Salih; dia memerangi pengikut-pengikut Sufiyani dan mengalahkan mereka.

Hadith Ketiga: 

Daripada Ali berkata: Telah keluar bendera hitam memerangi Sufiyani. Di tangan mereka seorang pemuda dari Bani Hashim yang di tangan kiri dan di hadapannya seorang lelaki dari bani Tamim dikenali sebagai Syu`aib bin Salih; dia dapat mengalahkan pengikut-pengikut Sufiyani.

Hadith Keempat:

Daripada Ammar bin Yasir berkata: Apabila Sufyani sampai ke Kufah dan telah membunuh pengikut-pengikut keluarga Muhammad, maka keluarlah al-Mahdi, yang membawa benderanya ialah Syuaib bin Salih.
Intisari dari hadith ini:


a. PBT bernama Syu’aib bin Salih.
b. PBT membawa bendera hitam dalam angkatan tentera Imam Mahdi.


Taraf hadith untuk dijadikan Hujah:


Setelah penulis merujuk kepada al-hawi li al-fatawi, karangan Imam al-Suyuti, beliau tidak mencatatkan daripada mana hadith itu diperolehi. Sanadnya juga tidak ada. Beliau hanya mencatatkan nama perawinya sahaja.




 

5 comments:

ainun salsabila said...

Ad Daulatul Islamiyah Melayu
Khilafah Islam Akhir Zaman

Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami
Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
as A New World Religion Bangsa Islam Akhir Zaman.

Kunjungi Undangan kami
di http://dimalayo.co.de



Anonymous said...

Salam kpd seluruh muslimin dan muslimat. Saya berseru kepada semua dalam 10 tanda2 besar sblm kiamat spt mana yg terkandung didalam hadis fitan hanya saat keringnya sungai euphrates yg akn menampakkan segunung emas sahaja yang masih blum wujud lg. Sehubungan dgn itu tak bermakna kta hrus leka dlm buaian arus kemajuan terkini (konon) yg dikuasai sepenuhnya olh golongan yg mencari UTUSAN ALLAH yg mana akan menghancurkan mrk dan merampas kembali masjidil al aqsa sptmana yg terkandung di dalam surah al isra. Marilah kita semua berdoa semiga kita akan tergolong dlm golongan yg akn menjadi utusan itu. Amin ya rabbal alamin

Anonymous said...

memandai je kata orang melayu asalnya keturunan nabi ibrahim , kalau tak tahu sejarah jangan cerita kat orang ,

Anonymous said...

Kalau begini dikatakan memandai dan tak tahu sejarah,silalah yg betul dan cerdik pulak yg bercerita....sebenarnya yg tidak berapa tahu tidak perlu beri komen negatif, andai tidak setuju tanpa sebarang sebab dan fakta, lebih mulia berdiam diri dan berhenti membaca....

Anonymous said...

Kalau begini dikatakan memandai dan tak tahu sejarah,silalah yg betul dan cerdik pulak yg bercerita....sebenarnya yg tidak berapa tahu tidak perlu beri komen negatif, andai tidak setuju tanpa sebarang sebab dan fakta, lebih mulia berdiam diri dan berhenti membaca....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...