facebook

facebook

Mari beri sokongan

26.11.11

Fikir dan Amal pengertian Hijrah

Terjemahan Hadis : "Sesungguhnya setiap amal itu dinilai kerana niatnya, siapa yang berhijrah kerana dunia, dia akan memperolehinya, yang hijrah untuk wanita, dia akan menikahinya, siapa berhijrah kerana Allah dan Rasul maka mereka akan dapat Allah dan Rasul."

 

 

   Rasulullah saw berhijrah itu adalah wahyu dari Tuhan, bukan kehendak Rasulullah saw. Padahal Rasulullah saw itu oleh kerana agama Islam belum sempurna Tuhan mesti menyempurnakan Islam. Kalau dia tak hijrah pun dia tak akan terancam, dia tak akan kandas. Jadi dapat di rasakan pada Rasullah saw nak hijrah itu adalah wahyu, bukan kehendak Rasulullah saw. 

Sepertimana kita maklum Rasulullah saw berjuang 2 peringkat atau 2 era, bahagian pertama sebelum hijrah dan bahagian kedua selepas hijrah. Di Mekah 13 tahun, di Madinah 10 tahun. Waktu di Mekah selama 13 tahun terlalu sedikit syariat, kebanyakannya berhubung dengan ketuhanan, dengan akhirat. Bahkan waktu hijrah tu baru 2 tahun saja sahabat bersembahyang seperti kita bersembahyang iaitu tahun 11 kenabian.

Mengapa terjadi begitu? Kerana syariat adalah untuk melahirkan rasa cinta dan takut Tuhan, nak melahirkan rasa kebesaran Tuhan. Kalau orang tak takut Tuhan, tak cintakan Tuhan apa ertinya sembahyang. Sebab itu Rasulullah saw didik sahabat selama 13 tahun untuk kenalkan Tuhan, dapatkan Tuhan, cintakan Tuhan, cintakan rasul, cintakan hari akhirat. Maka bila mereka disuruh bersyariat, itu semua untuk mempersembahkan rasa cinta kepada Allah.  

Jadi hijrah kalau kita faham, wahyu dari Tuhan yakni dengan memasukkan perasaan ke dalam hati Rasulullah saw. Mungkin Rasulullah saw belum faham jawapannya, sahabat pun tak tahu, tapi kerana itu perintah dari Tuhan maka ikut saja. Rupanya setelah mereka hijrah, di sini Tuhan nak tinggikan wibawa Rasulullah saw.

Kalau Rasulullah saw itu penyelamat sedangkan orang tak dapat melihat wibawanya yang besar, orang tak dapat terima. Hasil hijrah sampai dapat tawan Mekah semula. Setiap hari di Madinah wibawa Rasulullah saw ditingkatkan sampai dapat balik ke Mekah.

Selepas Rasulullah saw perjuangkan cinta Tuhan, takut Tuhan, cinta akhirat, cinta Rasulullah saw, sahabat mabuk dengan Tuhan, Rasulullah saw, akhirat. Di sini ada wibawa Rasulullah saw. Kalau 2-3 tahun baru Rasulullah saw ceritakan cinta Tuhan dan akhirat kemudian ajak hijrah, sahabat tak mahu, tak larat. Senang ke orang nak pindah? Perjalanan saja sebulan. Orang Arab ini hidup dengan kambing, unta. Nak bawa kambing unta. Kalau bukan cinta Allah, cinta Rasul, cinta akhirat tak larat. Tapi bila dah tertanam cinta Allah, cinta Rasul, cinta akhirat bila disuruh pindah, semua pindah. Yang tak pindah, yang tua, yang sakit dan yang miskin.

Jadi kalau sahabat ikut Rasulullah saw berpindah dengan begitu susah, hebatnya Rasulullah saw. Apa kekuatan dia sehingga orang disuruh pindah, pindah saja? Hal ini didengar oleh orang Rom, Parsi, orang-orang Arab dari bani lain, hairan. Di suruh pindah, pindah. Tinggal kebun, tinggal rumah. Siapa Muhammad ini? Yang sebenarnya Tuhan nak lahirkan wibawa Rasulullah saw. Di situ sudah tercengang dunia, dah terkejut.

Apalah hikmahnya Muhammad ini yang mana dia suruh pengikutnya pindah, dia pindah. Itulah yang pertama hikmahnya untuk meningkatkan wibawa Rasulullah saw. Senang ke nak pindah? Hari ini dah ada kapal terbang pun orang susah nak pindah.

Ketika Rasulullah saw sudah sampai Madinah, dah berjuang 13 tahun, orang Madinah yang sudah berulang alik ke Mekah, terus Islam di tangan Rasulullah saw sebab memang mereka menunggu. Dengan menyanyikan tolaal badru, kepada raja pun orang tak buat. Ini dibuat pada Muhammad, siapa Muhammad ini? Apa kebesaran dia, apa keistimewaan dia?

Rasulullah saw sendiri buat hijrah ini mungkin dia tak diberi tahu, tapi Allah nak naikkan wibawa Rasulullah saw. Dan 2 bentuk untuk menaikkan wibawa Rasulullah saw. 

Pengertian Sebenar Hijrah

Kemudian dalam pindah beramai-ramai itu harta banyak yang tinggal, yang dibawa hanya sedikit kambing dan unta. Orang Madinah kerana cinta dengan orang muhajirin, (mereka dinamakan orang ansor) yang ada 2 rumah, 2 kebun dia bagi 1 rumah, 1 kebun atau dikongsikan.

Yang tak ada isteri, dikahwinkan, yang ada 2 isteri, 1 bersedia diceraikan diberi pada muhajirin. Dunia terkejut sanggup memberi semuanya. Yang selama ni bangsa ini hanya tahu berperang saja.

Bangsa yang berkuasa waktu itu puak Aus dan Khazraj, beratus tahun berperang, boleh berdamai, boleh berkasih sayang. Sanggup beri harta dan rumah. Apa Muhammad buat ni? Apa dah terjadi yang selama ini banyak pemimpin tak boleh damaikan asyik perang saja. Dah 3 wibawa Rasulullah saw. 

Yang lagi mengejutkan, mungkin Rasulullah saw sendiri tak perasan mulanya tapi Allah tahu. Di Madinah itu Yahudi pernah berkuasa 300 tahun. Yahudi cerdik, dia pandai, dia ada ekonomi ada ilmu. 300 tahun orang Arab di bawah dia. Dihasut oleh Yahudi orang-orang Madinah supaya asyik perang, Yahudi untung. Yahudi jadi kapitalis beratus tahun lamanya. Dia beli barang orang-orang Arab dengan harga murah, dia jual dengan harga mahal beratus tahun lamanya. Jadi pusat ekonomi Yahudi di Madinah bukan di Mekah. Selepas Rasulullah saw dan sahabat berpindah, dipersaudarakan Anshar dan Muhajirin kemudian Rasulullah saw arahkan Abdul Rahman Auf buka Pasar Anshar.

Oleh kerana terjalin perpaduan, oleh kerana takut Tuhan, cinta Tuhan, cinta akhirat, mereka akhirnya memulaukan Yahudi. Bahan-bahan mentah dibeli oleh umat Islam dengan harga lebih berpatutan, dijual juga dengan harga berpatutan. Dua-dua pihak dapat untung. Orang-orang yang mengusahakan dapat untung, yang beli juga dapat untung. Tak seperti Yahudi yang mana beli barang-barang mentah dengan harga yang terlalu murah, bila dijual balik dengan harga yang sangat mahal. Kedua-dua pihak rugi, yang hasilkan bahan mentah rugi, yang membeli pun rugi. Tetapi dengan didikan Rasulullah saw, dengan persaudaraan orang Anshar Muhajirin, dia pulaukan ekonomi Yahudi dan mereka berdiri sendiri, dalam masa 6 bulan orang-orang Yahudi terpaksa berpindah keluar dari Madinah. Dunia gempar terutama Yahudi gempar. Apa dah jadi? Apa Muhammad buat? Yang sebelum ini bergaduh, ekonomi dimonopoli Yahudi, Yahudi lari ke Palestin. Lagilah wibawa Rasulullah saw meningkat. Ini surat khabar tak sebut. Sudah dilacurkan, disalah tafsirkan Maal Hijrah.

Fikirkanlah, orang Yahudi terpaksa berpindah ke Palestin dengan terhina. Sebab itu sampai sekarang Yahudi sangat marah pada orang Arab sebab terusir. Dunia waktu itu gempar. Ada apa dengan Muhammad? 


Semua perkara tadi begitu menjadikan Muhammad berwibawa. Bangsa-bangsa lain nak ambil tahu, nak sangat faham apa Muhammad dah buat? Sedangkan dunia waktu itu huru hara, tak selamat. Dunia sudah mula berfikir jangan-jangan ini penyelamat. Mereka ingin tahu sekali. Sebab itu pembesar-pembesar, raja-raja ziarah ke Madinah dan balik bawa cerita. Hebat Muhammad. Orang berperang boleh disatukan, kekuatan Yahudi boleh hancur. Orang berfikir siapa ni? Sebab itu bila Tuhan perintahkan balik ke Mekah, tak perang sangat. Sebab orang Mekah dah menganggap dia penyelamat. Sebab itu bila masuk semula ke Mekah, perang kecil sahaja hanya 20 orang terlibat. Maka orang beramai-ramai masuk Islam dan mengatakan ini penyelamat.

Bila Mekah dan Madinah dapat ditawan, maka bangsa Rom dan Parsi dan orang-orang Arab lain inginkan kedatangan orang Muhammad ke negara mereka. Mereka mahu bernaung di bawah Muhammad. Ini penyelamat. Kami dah bergaduh beratus tahun. Sebab itu selepas Rasulullah saw wafat, tentera Islam masuk ke Palestin, ke Iraq, tawan Rom dan Parsi, kebanyakan mereka sabotaj dengan bangsa mereka sendiri sebab rakyat menganggap ini penyelamat. Walaupun mereka bukan dari bangsa kami, kami ingin mereka selamatkan kami.

Jadi Allah perintahkan Rasulullah saw berhijrah dari Madinah bukanlah sebagai pelarian tetapi sebagai strategi jangka panjang untuk ditiru pejuang-pejuang Islam sepanjang zaman. Siapa penyelamat mesti ada wibawa. Kalau tak ada wibawa, ilmu banyak pun tak berguna, sebab itu kalau kita nak jadi penyelamat, mesti pemimpinnya berwibawa. Kalau begitu sejarah hijrah ini nak kita tiru, supaya pengikut dapat berfikir macam mana hendak mewibawakan pemimpin mereka, supaya orang boleh tunduk pada mereka. Itulah hikmah hijrah yang tidak dicungkil oleh ulama. Itu baru sikit. Masih banyak lagi hikmahnya. Setakat 5 hujah tadi, kita mengakui betapa hebatnya wibawa Rasulullah saw. Selepas itu dah senang. Bila sudah ada wibawa, orang menyerah. Tapi ingat yang susah itu waktu 13 tahun. Tetapi selepas itu senang, sebab Rasulullah saw dah ada wibawa.

Jadi hijrah itu besar hikmahnya, yang tidak dapat dilihat hikmahnya oleh orang di zaman ini. Kita kena belajar dari hijrah Rasulullah saw, yang mana hijrah itu untuk menunjukkan wibawa Rasulullah saw sebagai penyelamat dunia.

Jadi hijrah itu bukan pelarian, ia diarah oleh Tuhan. Tapi Rasulullah saw sendiri mungkin tidak faham peringkat awalnya. Sudah lama berhijrah, baru nampak hikmahnya. Mereka kata patut Allah perintahkan kita hijrah. 

  PENGHIJRAHAN KAUM MUSLIMIN KE HABSHAH DAN PEMULAUAN DI LEMBAH ABI TALIB

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Oleh sebab itu, ramai daripada kalangan mereka yang telah berhijrah ke Habshah. Walaupun Raja Habshah merupakan seorang Nasrani dan belum memeluk agama Islam sehingga saat itu tetapi beliau terkenal dengan hati yang pengasih dan pembawaannya yang adil.

Maka pada bulan Rejab selepas lima tahun Rasululllah menjadi nabi, Jemaah pertama yang terdiri daripada sebelas atau dua belas orang lelaki bersama empat atau lima orang wanita telah berhijrah ke Habshah. Orang Mekah telah mengejar mereka agar mereka tidak dapat pergi tetapi mereka tidak berjaya ditangkap.

Setibanya di sana mereka mendapat berita bahawa semua orang Mekah telah memeluk Islam dan agama Islam telah mendapat kemenangan. Mereka sangat gembira dengan berita tersebut dan kembali semula ke tanah air. Namun demikian, apabila mereka hamper tia di Mekah mereka mendapat tahu bahawa perkhabaran itu palsu dan orang Mekah masih seperti dahulu malah lebih hebat dan bersungguh-sungguh memusuhi dan menganiaya orang Islam. Mereka tersangat kecewa dengan keadaan itu. Antara mereka ada yang terus pulang semula ke Habshah dan ada yang masuk ke Mekah dengan jaminan keselamatan seseorang. Ini adalah penghijrahan ke Habshah yang pertama.

Selepas itu satu kumpulan besar yang terdiri daripada lapan puluh tiga orang lelaki dan lapan belas orang wanita telah berhijrah ke Habshah secara berasingan Ini dinamakan penghijrahan ke Habshah yang kedua. Sebahagian para sahabat melakukan kedua-dua penghijrahan tersebut dan sebahagian yang lain hanya satu penghijrahan sahaja.

Apabila prang kafir dapat mengetahui orang Islam dapat hidup dengan tenang di Habshah maka kemarahan mereka bertambah. Mereka talah menghantar rombongan dengan segala macam hadiah kepada Raja Habshah iaitu Raja Najashi. Hadiah-hadiah itu adalah untuk Najashi sendiri, pembesar-pembesar dan para pendeta Habshah.

Setiba disana, pertama sekali , mereka telah berjumpa dengan para pembesar dan para paderi sambil menyogok mereka dengan hadiah-hadiah dan supaya mereka berjanji untuk memberi bantuan apabila berhadapan dengan raja. Selepas itu barulah mereka bertemu dengan raja. Mereka masuk dan bersujud kepada raja kemudian mempersembahkan hadiah-hadiah lalu membentangkan permohonan mereka. Para pembesar yang telah menerima rasuah telah menyokong mereka. Orang kafir Mekah itu telah berkata, “Wahai Raja, beberapa orang yang bodoh – bodoh daripada kaum kami telah meninggalkan agama lama mereka dan masuk ke dalam agama baru yang tidak diketahui oleh kami dan tidak juga oleh Tuanku. Mereka telah datang ke Negara Tuanku dan telah tinggal di sini. Kami telah dihantar oleh para pembesar Mekah, bapa-bapa dan bapa-bapa saudara serta saudara-mara mereka untuk membawa mereka pulang, Tuanku serahkanlah mereka kepada kami”.

Raja pun menjawab, “saya tidak dapat menyerahkan mereka yang datang meminta perlindungan daripada saya tanpa menyiasat terlebih dahulu. Oleh itu mereka akan dipanggil dan diperiksa. Sekiranyan dakwaan kamu betul maka saya akan menyerahkan mereka”.

Lalu orang Islam pun dipanggil. Pada mulanya orang-orang Islam sangat bimbang terhadap tindakan yang harus mereka lakukan. Walau bagaimana pun dengan bantuan kurniaan Allah mereka telah membuat keputusan nekad bahawa mereka hendaklah pergi menghadap dan menjelaskan keadaan sebenar. Sebaik sahaja tiba di hadapan raja, mereka telah memberi salam. Ada orang membantah, “kamu tidak sujud kepada raja sebagaimana adat diraja yang sepatutnya”.

Mereka menjawab, “Nabi kami tidak membenarkan kami sujud kepada sesuatu selain daripada Allah”.

Selepas itu raja mula bertanyakan keadaan mereka. Hazrat Ja’afar maju ke hadapan dan berkata, “kami dahulu berada dalam keadaan kejahilan. Kami tidak mengenali Allah dan tidak juga para rasul. Kami memuja batu-batu, memakan bangkai, melakukan perbuatan keji dan memutuskan perhubungan kekeluargaan. Orang yang kuat di kalangan kami akan menindas orang yang lemah. Semasa kami dalam keadaan tersebut Allah telah mengutuskan seorang RasulNya yang kami sangat-sangat kenal tentang keturunannya, kebenaran, amanah dan ketaqwaannya. Baginda telah menyeru kami kepada menyembah Allah Yang Esa lagi tiada sebarang sekutu bagiNya. Baginda juga telah melarang kami daripada menyembah batu-batu dan berhala-berhala.

Baginda memerintahkan kami melakukan perkara-perkara yang baik dan mencegah kami daripada kemungkaran. Baginda memerintahkan kami supaya bercakap benar, amanah, menyambung silaturrahim, berbuat baik terhadap jiran juga memerintahkan kami supaya mendirikan solah, berpuasa, memberi sedekah serta khairat. Baginda juga mengajar kami akhlak yang mulia. Baginda melarang kami daripada berzina, berbohong memakan harta anak yatim, menfitnah seseorang dan perbuatan-perbuatan keji seumpama itu. Baginda juga mengajarkan al-Quran kepada kami maka kami telah beriman dengannya dan beramal dengan ajarannya. Akhirnya kaum kami telah memusuhi kami dan telah menyeksa kami dengan berbagai-bagai cara. Kami terpaksa datang dan meminta perlindungan daripada Tuanku dengan perintah Nabi kami”.

Raja berkata, “perdengarkanlah al-Quran yang dibawa oleh Nabi kamu kepadaku”.
Hazrat Ja’afar telah membacakan beberapa ayat daripada permulaan surah Maryam. Mendengarkan bacaan itu raja pun mula menangis, demikian juga pendeta – pendeta yang hadir pada masa itu. Mereka semua menangis begitu sekali sehingga air mata membasahi janggut-janggut mereka. Selepas itu raja berkata, “ demi Allah, kalimah-kalimah ini dan kalimah-kalimah yang dibawa oleh Hazrat Musa a.s keluar daripada nur yang sama”.

Raja telah menolak bulat – bulat permintaan orang Quraish itu. “Saya tidak boleh menyerahkan mereka kepada kamu”.

Mereka semua sangat – sangat kecewa kerana terpaksa menerima penghinaan yang besar. Oleh sebab itu, mereka telah bermesyuarat. Salah seorang daripada mereka berkata, “esok aku akan melakukan suatu perancangan yang akan menyebabkan raja akan memotong akar umbi mereka”.
Teman – temannya berkata, “jangan melakukan demikian, walaupun orang ini telah memeluk Islam, mereka tetap saudara-mara kita”. Namun dia tidak menghiraukannya.

Pada keesokan hari, dia telah pergi menemui raja dan menyatakan bahawa orang Islam itu telah menghina kedudukan Nabi ‘Isa a.s. Mereka tidak mengakui Nabi ‘Isa a.s anak Allah. Maka sekali lagi raja telah memanggil orang Islam. Para sahabat berkata, “panggilan raja kali kedua menambahkan lagi kebimbangan kami”.
Walau bagaimanapun, mereka pergi menghadap raja. Raja telah bertanya, “apakah yang kamu katakana tentang Nabi ‘Isa a.s?”
Mereka menjawap, “kami berkata sebagaimana wahyu yang turun kepada Nabi kami bahawa Baginda ‘Isa a.s ialah seorang hamba Allah, RasulNYa, RohNya dan kalimahNya yang telah diletakkan kepada Maryam a.s yang dara lagi suci”.
Kata Najashi, “Nabi ‘Isa a.s sendiri pun tidak berkata lebih daripada itu”.
Para paderi yang ada mula berdengkus.
Najashi berkata, “apa-apa yang hendak kamu katakana, katakanlah”.
Selepas itu Najashi pun telah memulangkan hadiah-hadiah orang Quraish itu dan berkata kepada orang Islam, “sekarang kamu semua dalam aman. Sesiapa yang menganiayai kamu akan menerima balasannya. Di samping itu pengisytiharan dibuat bahawa sesiapa menyusahkan orang-orang Islam maka akan dihukum”.

PENGHIJRAHAN RASULULLAH KE MADINAH AL-MUNAWARRAH 

PERSINGGAHAN DI QUBA'

Bertepatan pada hari Isnin 8 Rabiul al-Awal tahun 14 kebangkitan Rasulullah, iaitu tahun pertama Hijrah bersamaan 23 September 622 Masihi, Rasulullah telah sampai ke Quba'. Kata Urwah bin al-Zubair: Umat Islam di Madinah telah pun mendapat maklumat mengenai penghijrahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah, justeru itu, pada setiap pagi mereka keluar beramai-ramai ke tanah lapang al-Hurah, menunggu kedatangan Rasulullah.

Ibn al-Qayyum menceritakan," Kedengaran laungan takbir di rumah Banu Amru bin Auf, justeru itu seluruh kaum muslimin pun melaungkan takbir kegembiraan dengan ketibaan Rasulullah seluruh mereka mengalu-alukan kedatangan Rasulullah dengan sambutan dan aluan sebagai seorang nabi, kesemua mereka merenung ke muka Rasulullah melingkungi baginda dalam suasana di selubungi ketenagan dan wahyu pun turun kepada Rasulullah".
"...Sesungguhnya Allah adalah Pembelanya, dan selain dari itu Jibril serta orang salih dari kalangan orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya"
(al-Tahrim: 4)

Urwah bin al-Zubair menceritakan dengan katanya: Mereka semua menyambut Rasulullah dan Baginda membelok ke sebelah kanan hingga sampai dan singgah di kalangan qabilah Banu Amru bin Awf, pada hari Isnin bulan Rabiul al-Awal, Abu Bakr bangun berdiri manakala Rasulullah duduk berdiam, orang-orang Ansar yang belum pernah melihat Rasulullah terus mendatangi Rasulullah untuk mengucap selamat datang - dalam salu naskah tertulis; mereka berucap kepada Abu Bakr, hinggalah sampai matahari terbit dan terkena Rasulullah (s.a.w) oleh Abu Bakr segera bangun memayungi Rasulullah dengan kainnya, maka dengan itu orang ramai pun kenallah diri Rasulullah itu.

   Al-Madinah keseluruhannya penduduk Islamnya bagaikan berombak bergerak, menyambut kedatangan Rasulullah, ianya merupakan suatu hari yang paling bersejarah yang belum disaksi lagi selama ini. Kaum Yahudi telah menyaksi kebenaran kedatangan Rasulullah utusan Allah oleh Habquq yang bertulis, "Sebenarnya Allah datang dari al-Tayinan dan al-Quddus dari bukit Faran".

Di Quba' Rasulullah (s.a.w) telah singgah di rumah Kalthum bin al-Hudm, tapi dalam riwayat yang lain mengatakan Rasulullah singgah di rumah Sa'd bin Khaithamah riwayat pertama lebih tepat. Ali (r.a) tinggal di Makkah, untuk selama tiga hari selepas Hijrah Rasulullah itu, hingga selesai beliau menyerah kembali barang-barang amanah orang yang pernah mereka tinggalkan kepada Rasulullah sebelum ini. Lepas itu beliau pun susul berhijrah dengan berjalan kaki dan sempat beliau menemui Rasulullah dan Abu Bakr"di Quba' di sana beliau singgah di rumah Kalthum bin al-Hudm.

Rasulullah tinggal di Quba' empat hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Baginda mengasaskan masjid Quba' dan bersembahyang di situ. Ianya adalah masjid yang pertama sekali dibina di atas dasar taqwa setelah Baginda dibangkitkan sebagai Rasul, di hari kelima iaitu hari Jumaat, dengan perintah dari Allah Baginda berangkat dengan diekori oleh Abu Bakr dari belakang untuk menemui Banu al-Najar, mereka adalah bapa saudara Rasulullah dari sebelah ibunya, sebelum itu Rasulullah menghantar perutusan ke sana menjemput mereka, dengan segera mereka semua datang dengan pedang-pedang bergalas keluar untuk menemui Rasulullah, mereka semua bertemu dengan Rasulullah di perkampungan Banu Salim bin Auf, di dalam masjid di lembah berkenaan Rasulullah berhimpun dengan Banu al-Najar yang seramai seratus lelaki.

MEMASUKI AL-MADINAH

Selepas solat Jumaat Rasulullah (s.a.w) memasuki al-Madinah, di mana sejak hari itu daerah yang bernama Yathrib itu dikenali dengan Madinah al-Rasul (s.a.w) untuk singkatan maka disebut al-Madinah sahaja, hari itu adalah hari bersejarah dan gemilang, jalan-jalan, lorong dan rumah-rumah bergema dengan tahmid dan taqdis, seluruh anak-anak gadis Ansar mendendangkan rangkap-rangkap puisi, tanda kegembiraan dan keceriaan.

Orang-orang Ansar bukanlah golongan pemilik harta yang banyak, namun setiap dari mereka bercita-cita semoga Rasulullah singgah ke rumah mereka bila sahaja Rasulullah melewati di hadapan rumah setiap orang memegang tali kuda Baginda sambil berkata, "Wahai Rasulullah, ayuh bersama kami, kami ada kekuatan dan bilangan yang ramai, kami buat senjata untuk mempertahankan tuan hamba". Rasulullah hanya akan menjawab kepada mereka, "Biarlah dia bergerak mengikut arahnya, kuda Baginda terus bergerak hingga sampai ke tapak masjid al- Nabawi yang ada sekarang ini, sampai ke situ kuda Rasulullah pun berlabuh, namun Rasulullah tidak terus turun, malah kudanya bangun semula dan berjalan lagi ke hadapan kemudian berpatah balik semula ke belakang ke tempat pertama tadi, dengan itu barulah Rasulullah turun darinya, sebagai taufik dari Allah tempat itu adalah kawasan kediaman Banu al-Najar keluarga bapa saudara Rasulullah sebelah ibunya. Kerana Baginda sendiri pun suka kiranya Baginda dapat turun di kalangan bapa saudaranya, kerana itu adalah suatu penghormatan kepada mereka, semua hadirin meminta Rasulullah tinggal di rumah mereka, tetapi Abu Ayub al-Ansari segera ke binatang tunggangan Baginda dan menuntunnya ke dalam kawasan rumahnya, maka kata Rasulullah, penunggang harus mengikut tunggangannya, manakala As'ad bin Zurarah pun memegang tali kuda dan dengan itu tunggangan tadi tinggallah bersama-sama beliau.

Al-Bukhari meriwayatkan dari Anas: Rasulullah bersabda, "Mana dia rumah keluarga kami yang terdekat?". Kata Abu Ayub, "Saya Rasulullah dan ini dia rumahku dan ini dia pintu masuk". Maka beliau pun meluru ke dalam membuat persiapan dan katanya, "Ayuh, bangun kamu berdua dengan keberkatan dari Allah". Selepas beberapa hari tibalah isterinya Saudah, dua orang puterinya Fatimah dan Ummi Kalthum, Usamah bin Zaid dan Ummu Aiman, manakala Abdullah bin Abu Bakr pula tiba bersama-sama anak-anak Abu Bakr di antara mereka Aisyah, adapun puteri Rasulullah Zainab masih bersama Abi al-As, kerana tidak dapat keluar untuk berhijrah hinggalah selepas peristiwa Badar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...