facebook

facebook

Mari beri sokongan

13.11.11

Pemakanan Sumber Kepada Penyakit

Assalamualaikum semua....
Semoga sehat sejahtera kepada semua dan di beri kekuatan oleh Allah swt dalam menjalani kehidupan yg sementara ini. Setiap hari yg kita lalui pasti ada ujian yg di lalui baik dari segi fizikal mahupun mental dan yg penting kita selalu berharap pd Allah swt dalam melalui ranjau ataupun liku-liku kehidupan ini.

Artikel kali ini akan membuka minda kita mengenai pemakanan di mana setiap hari kita pasti memerlukannya utk meneruskan kehidupan. Mudah-mudahan kesehatan yg baik akan memberi kita kekuatan dalam menjalani ibadah kepada Allah swt tetapi ini tidaklah bermakna tidak sehat kita lupa pada Allah swt. Terpulanglah pada diri masing-masing bagaimana harus kita menghadapinya.


Rasulullah s.a.w. bersabda :

Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara :
1.MUDA SEBELUM TUA
2.SIHAT SEBELUM SAKIT
3.KAYA SEBELUM MISKIN
4.LAPANG SEBELUM SIBUK
5.HIDUP SEBELUM MATI
Oleh itu, marilah kita selalu berwaspada dalam pemakanan kita sebelum sakit datang tak kira masa.

Larangan Memenuhi Perut


Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkannya berfungsi. Manusia tidak boleh hidup tanpa makanan. Ini kerana makanan memberi manusia tenaga bukan sahaja untuk bekerja tetapi juga untuk membesar, membiak, dan melaksanakan segala proses kelangsungan hayat.

Setiap anggota yang terlibat dalam pemprosesan makanan yang dimakan oleh seseorang individu itu ialah seperti mulut, farinks, esophagus, gaster, usus kecil dan juga usus besar. Manakala organ aksesori sistem pencernaan pula ialah gigi, kelenjar, liur, pundi hempedu, dan pancreas. Setiap organ ini mempunyai tugasnya yang tersendiri dalam memastikan setiap makanan yang masuk ke dalam perut kita tidak membawa bahaya kepada perut kita khususnya.

Manakala makanan yang baik dan seimbang amatlah diperlukan untuk kelangsungan hayat dan kesihatan tubuh badan. Namun makanan yang seimbang sahaja belum mencukupi bagi mereka yang betul-betul ingin menjaga kesihatan, mereka juga perlu manjaga kuantiti makanan yang diambil pada sesuatu masa itu. Seseorang yang makan terlalu banyak atau mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak boleh menimbulkan pelbagai penyakit yang memudaratkan tubuh badan, terutama pada bahagian perut.

Sesungguhnya hal ini merupakan faktor kemalasan, kuat tidur dan mengabaikan ibadah bagi sesetengah individu tersebut.
Firman Allah s.w.t.dalam Al-Quran pada Surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud :
“Makan dan minumlah, tetapi janganlah berlebihan, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka orang yang berlebih-lebihan.”


Kesihatan Perut Menurut Perpektif Sains dan Islam

Makanan merupakan keperluan asas pada manusia ,bagaimanapun ia boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada manusia .Hadis Nabi S.a.w yang menyebut tentang penyakit yang berpunca dari perut ,kini dibuktikan dengan penemuan sains,Islam sejak dahulu mengajar manusia ke arah kebaikan melalui perantaraan Hadis dan Al-quran .Seperti yang disebut dalam firman Allah s.w.t bahawa kerosakan adalah di sebabkan tangan manusia itu sendiri . Islam mengajar manusia mengenai kebersihan dan tidak berlebihan dalam pemakanan kerana ia mengundang pelbagai penyakit . Pengetahuan sains berlandaskan Al-Quran dan sunnah mampu menarik keluar manusia dari lembah kerosakan .


Proses penghadaman

Penghadapan melibatkan proses mekanikal dan tindak balas kimia .Penghadaman mekanikal bermula di mulut dan perut .Dalam perut ,proses pergerakan usus yang dinamakan peristalsis akan mengecut dan menggaulkan makanan sambil memecahkan butiran makanan ke partikel yang lebih luas.

Makanan yang melalui saluran penghadaman kita akan dicernakan dengan bantuan beberapa organ lain seperti hati ,pankreas,dan hempedu .Enzim ialah protein yang akan memecahkan makanan kepada partikel-partikel yang lebih kecil yang akan kecil akan ditukarkan kepada tenaga.

Penghadaman yang melibatkan tindak balas kimia bermula di mulut . Enzim dan asid hidroklorik dalam perut ,serta jus hempedu daripada kalenjar hempedu ,akan menghuraikan makanan yang terdiri daripada struktur kompleks seperti karbohidrat ,protein dan lemak ,ke bentuk nutrien yang ringkas dan mudah diserap ,seperti gula ,asid amino dan asid lemak.


Perut

Salur penghadaman manusia ,kelihatan seperti satu tiub panjang ,jika ia dibentang di atas meja ,panjangnya sehingga 20 kaki .Otot yang mengecut secara berentak , menyebabkan pergerakan peristalsis membantu memindahkan makanan sepanjang salur penghadaman sambil memecahkan saiz makanan.Rupa perut ialah seperti kantung dan ia terletak di bahagian bawah esofagus .Perut mempunyai dinding yang sungguh elastik , dengan banyak lipatan seperti alat muzik akordian ,dinamakan “rugae”.

Perut mampu menampung sehingga 2 liter campuran makanan dan cecair ,Bagi mereka yang tidak mengikut Sunnah Nabi iaitu “makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang “ dan makan secara berlebihan ,tubuh badan akan mengubah suai organ berbentuk kantung ini untuk mengembang . Pada jangka masa panjang , bentuk fizikal organ individu tersebut akan bertambah besar untuk menampung jumlah makanan yang lebih banyak .

Perut yang penuh kekenyangan jika terus diisi dengan makanan sehingga terlalu sarat akan membebankan ‘kilang’ dalam perut untuk memproses sehingga kadangkala boleh mengakibatkan ‘kerosakan’.
Ramai daripada kita masa kini memilih makanan daripada aspek kelazatan dan terlupa mengenai khasiat dan kandungannya. Soal khasiat dan kandungan pemakanan kini jatuh soal nombor dua dan banyak dilupakan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal.” Sama ada kita sedar atau buat-buat tidak sedar ialah kebanyakan penyakit bermula daripada salah pilih makanan.

Dalam hadis lain pula Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.” Tatacara yang dianjurkan Rasulullah SAW ketika makan ialah dengan ‘makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang’.

Sementara proses penghadaman ini berlaku , kalenjar dalam perut merembeskan cecair penghadaman perut , iaitu gabungan enzim pepsin, asid hidroklorik dan lendir (mukus) .Cairan perut iaitu pH 2, sangat berasid dan mampu melarutkan paku besi. Jus gastrik ini membunuh bakteria dalam makanan sambil menghentikan tindakbalas amilase yang menghadamkan karbohidrat dalam mulut .Ikatan dalam karbohidrat diputuskan oleh asid kuat , menyebabkan sedikit aktiviti pencernaan karbohidrat , dapat berlaku di sini. Dalam perut pepsin akan menghadamkan protein secara menghuraikan ke komponen asas yang lebih kecil ,iaitu asid amino dan polipeptida.

Perut yang mengecut dan mengendur akan menggaulkan makanan hancur dengan cairan , membentuk “Chyme” ,iaitu pepejal berair .Chyme ini akan beredar meninggalkan perut ,menuju ke usus kecil untuk proses penghadaman .

Di dalam perut ,lemak akan terapung di dalam cairan perut yang bercampur dengan makanan .Hanya sejumlah kecil lemak yang akan terhadam dalam perut .Lemak adalah komponen makanan terakhir yang akan meninggalkan perut.

Di dalam salur penghadaman kita , wujud tidak kurang 500 spesis miroorganisma . Mikklroflora ini kompleks dan berbeza , bergantung kepada tubuh badan , menurut umur , keadaan kesihatan , pemakanan , daerah , Negara dan benua.
Mikroorganisma ini membantu proses penghadaman dan penyerapan sumber makanan , di dalam salur penghadaman kita .ke dalam darah untuk diedarkan ke seluruh badan yang memerlukan nutrient ini.


Falsafah Pemakanan Islam

Dalam soal pemakanan, Islam telah menggariskan beberapa panduan yang perlu diamalkan oleh seluruh umat manusia seperti mana berikut:


Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
“Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang”. (Hadis Riwayat Abu Dawud)


Memilih makanan yang halal dan baik.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Hak anak ke atas bapa ialah bapa hendaklah memberi nama yang baik, mengasuhnya dengan budi pekerti yang baik, mengajarnya menulis, berenang dan memanah. Janganlah berikan kepadanya rezeki selain yang baik (halal) dan hendaklah mengahwinkannya apabila telah layak berkahwin”. (Hadis Riwayat Hakim)


Membaca Bismillah, ambil dengan tangan kanan dan makan makanan yang terdekat.

Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“bacalah Bismillah (jika kamu hendak makan), dan makanlah dengan tangan kananmu, dan ambillah makanan yang terdekat”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Menghormati orang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
Jikalau seseorang daripada kamu makan bersama-sama dengan orang ramai dan sudah berasa kenyang, maka janganlah kamu mengangkat tangan (berhenti dahulu) sehingga orang ramai sama berhenti (iaitu berhenti makan bersama-sama), ini kerana jika kamu berhenti dahulu sebelum orang lain, hal itu dapat memalukan kawanmu”.


Tidak membazir

Firman Allah S.W.T., maksudnya:
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas.

Maksud berlebih-lebihan di sini ialah janganlah melampaui batas dalam mengambil makanan. Makanan perlu diambil berdasarkan keperluan tubuh badan dan perlu dipastikan agar ianya halal.


Larangan Makan Berlebihan

Islam melarang umatnya makan secara berlebihan berdasarkan sabda Nabi s.a.w., yang bermaksud: “ Orang mukmin itu makan menggunakan sebuah perut; sedangkan orang kafir itu makan dengan menggunakan tujuh buah perut.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah s.a.w. turut bersabda : “Tiadalah wadah yang disisi anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya sendiri, di mana dia menyangka bahawa dengan beberapa makanan, maka tulang sulbi (kekuatannya) akan dapat tegak kembali. Seandainya dia terpaksa bersikap demikian, maka (isilah perutnya) sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan yang sepertiga lagi dikosongkan untuk pernafasan (bernafas).”

Jelas kepada kita dari kedua hadis yang atas, bahawa nabi kita Muhammad s.a.w. telah terlebih dahulu mengetahui akan hal itu, dan mendahului ilmu kedoktoran yang ada masa kini. Dapat disimpulkan dari hadis di atas bahawa perut dijadikan untuk menegakkan tulang sulbi (penegak badan) dengan sebab makan, manakala kenyang pula akan menjadi sesuatu yang buruk, apabila ia boleh membawa kerosakkan pada agama, dan juga kesihatan.

Adalah sesungguhnya saluran utama masuknya syaitan dengan mudah melalui seseorang individu itu ialah disebabkan oleh terlampau banyaknya makan (terlalu kenyang), kerana ia menjadikan seseorang itu berat untuk melakukan ibadah kepada Allah dan mendorong kepada melakukan maksiat-maksiat yang lain. Ini jelas menunjukkan bahawa mudah bagi syaitan untuk menguasai seseorang itu tatkala perutnya dipenuhi dengan makanan.


Bersikap Sewajarnya Dalam Makan Dan Dilarang Makan Terlalu Kenyang

Menurut Tarmizi, Imam Ahmad, Ibn Majah dan an-Nasai, Nabi Muhammad telah bersabda, maksudnya: “Tidak ada bekas yang diisikan oleh anak Adam yang lebih keji daripada perut. Cukuplah bagi anak Adam dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya. Dan sekiranya ia terpaksa melakukannya juga maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya”.
Berkenaan dengan hadis di atas, Ibn Qaiyim al-Jauziyah telah menjelaskan di dalam kitab At-Tib an-Nabawi, “Sesungguhnya perut apabila dipenuhi dengan makanan menyempitkan ruang untuk minuman dan sekiranya perut itu dipenuhi oleh minuman, ia menyempitkan ruang untuk nafas dan ketika itu ia terdedah kepada kesakitan dan keletihan. Keadaan seperti ini tidah ubah seperti seorang yang terpaksa memikul barang yang berat dan kesannya menyebabkan kerosakan hati dan mendatangkan kemalasan beribadah. Selain itu, nafsu syahwat berkobar-kobar dan inilah yang sering berlaku apabila kekenyangan menyerang seseorang. Dan sekiranya keadaan ini berterusan, ia sudah tentu memudaratkan, tetapi jika hanya sekali-sekala dibolehkan.

Dari Al-Miqdam bin Ma’adi Yakrib telah berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidaklah seseorang anak Adam memenuhi wadah yang lebih berbahaya daripada memenuhi perutnya sendiri. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap saja untuk menegakkan tulang-tulangnya. Jika terpaksa dirinya mengerjakan lebih dari itu, maka hendaklah sepertiga perut untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga untuk (udara) pernafasannya”.
Dari Ibnu Umar r.a., katanya: Suatu ketika seorang lelaki bersendawa (keluar bunyi dari mulut kerana kekenyangan) di rumah Nabi s.a.w., kemudian baginda bersabda: “Hentikanlah sendawamu dari kami, sesungguhnya orang yang akan mengalami kelaparan yang panjang pada Hari Kiamat adalah mereka yang paling kenyang di dunia”.

Dari Ju’dah r.a.. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. suatu ketika melihat seorang lelaki dengan perut membuncit, kemudian baginda menunjuk (ke arah perut) dengan jarinya sambil bersabda: “Seandainya ini (isi perut) berada tidak di tempat ini, maka tentunya akan lebih baik bagimu”.
Menurut Syaikh Sa’ad Yusuf Abdul Azis, pesanan yang tersirat di dalam hadis di atas ialah agar kita hidup secara bersederhana terhadap makanan serta memberikan apa yang melebihi dari keperluan kita untuk diberikan kepada fakir dan miskin atau kepada kegiatan sosial dimana manfaat tersebut akan kembali semula kepada orang yang memberi bantuan tersebut baik di dunia mahupun di akhirat.


Keharusan Kenyang Sekali-Sekala

Kenyang mengandungi banyak kemudaratan berbanding manfaat. Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, kekenyangan menyebabkan hawa nafsu bergelora dan akhirnya tubuh badan diserang penyakit. Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. tidak pernah kenyang melainkan sekali-sekala sahaja dalam hidup mereka. Contohnya menurut Tarmizi, Imam Ahmad, Baihaqi dan al-Hakim bahawa Abu Hurairah r.a. meminum susu di sisi Rasulullah s.a.w. sehingga beliau akhirnya berkata, “ Demi Dia yang mengutus kamu dengan hak, aku sudah tidak ada ruang lagi bagi meminumnya”.


Bagaimana Perut Boleh membawa penyakit?

Mungkin pada segelintir masyarakat kita, hubungan manusia dengan makanan seakan “love-hate relationship”. Makanan yang membawa kenikmatan di dalam hidup, secara paradoksnya membawa kesengsaraan melalui penyakit dan memendekkan hayat seseorang . Sumber penyakit yang paling utama berasal dari makanan yang terlalu banyak dari segi kuantiti dan jenisnya.

Dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.





6 punca penyebab penyakit dari perut:-

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Nabi kita Rasulullah s.a.w., mengajar umat Islam tabiat pemakanan yang betul , dengan sabda baginda yang mafhumnya yang difahami: “kami adalah satu kaum yang tidak makan kecuali apabila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang ”.

Rasulullah SAW bersabda : “Tiada suatu wadah pun yang dipenuhi oleh anak-anak Adam yakni manusia, yang lebik buruk daripada perutnya . Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suapan saja asalkan sudah dapat menegakkan tulang rusuknya . Tetapi kalaupun tidak boleh ,tidak harus makan melebihi beberapa suapan , sepertiganya untuk tempat minuman dan sepertiganya lagi untuk kejernihan jiwanya”.

Tidak menghairankan jika dibanding dengan haiwan , manusia diuji dengan pelbagai penyakit perut .Zaman dahulu , kekurangn makanan berleluasa di beberapa negara ; di zaman sekarang , lambakan makanan yang pelbagai jenis dengan harga yang murah , serta mudah diperolehi membawa masalah kesihatan baru .
Umat islam tidak digalakkan memakan secara berlebihan ,berdasarkan kepada ayat Al-Quran, maksudnya: “ Makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan ” (Al-a’raf :31)
Selain itu, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “jangan kamu matikan hati dengan banyak makan dan minum , kerana sesunguhnya hati itu adalah seperti tanaman yang akan mati jika disiram terlalu banyak air”


Berdisiplin Dalam Makan Dan Minum

Kebanyakan penyakit yang menimpa manusia berkait rapat dengan makan dan minum mereka. Nabi s.a.w. sering kali mengingatkan umat Islam tentang bahaya perut supaya mereka berwaspada dengannya. Di dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali telah menyenaraikan tujuh adab sebelum makan dan ia perlu diambil berat:

• Memastikan makanan daripada sumber yang halal.
• Membasuh tangan.
• Meletakkan makanan di dalam bekas yang diletakkan di atas lantai kerana ia melatih diri tawaduk. Jika sekiranya makanan di letakkan di atas meja tanpa melampaui batas, ia tidaklah dilarang.
• Duduk dengan cara yang betul dan dilarang makan sambil berbaring atau bersandar.
• Berniat supaya makanan itu mendatangkan kekuatan untuk beribadah kepada Allah.
• Bergembira dengan rezeki yang terhidang dan bersyukur.
• Berusaha supaya tidak makan seorang diri tetapi bersama-sama dengan orang lain walaupun daripada kalangan keluarga dan anak sendiri.

Selain itu, Imam Ghazali juga turut menyenaraikan beberapa adab ketika makan yang perlu dijaga supaya makanan itu diberkati oleh Allah S.W.T.:
• Mulakan dengan bismilah dan doa.
• Makan dengan tangan kanan.
• Mengunyah dengan baik.
• Jangan dicaci sebarang makanan.
• Sebaik-baiknya makan makanan yang paling hampir kecuali buah-buahan.
• Jangan menghembus di atas makanan yang panas. Tunggulah dengan sabar.
• Jangan makan secara berlebihan.
• Apabila terpaksa minum air, pastikan dalam kadar yang sedikit kecuali dalam keadaan terdesak.

Disamping itu, Imam Ghazali juga turut menggariskan beberapa adab selepas makan:
• Berhenti makan sebelum kenyang.
• Menjilat jari.
• Membasuh tangan.
• Berdoa.
• Mengeluarkan makanan yang terlekat dicelah gigi atau flossing.
• Banyak bersyukur kepada Allah S.W.T.
• Beristighfar supaya diampunkan Allah andainya terdapat unsur-unsur syubhah pada makanan itu.



Jenis vitamin Fungsi
Larut dalam lemak :
Vitamin A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
Vitamin D Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
Vitamin E Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
Vitamin K Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Larut dalam air:
Vitamin C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12) Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.


Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin yang tersendiri.
Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya.



i) Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.

ii) Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.

iii) Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi.

iv) Nanas - vitamin A, B, dan C.

v) Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.

vi) Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.

vii) Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.

viii) Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.

ix) Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.

x) Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.



1 comment:

Sang Pemikir said...

Tip kesihatan yang sangat menarik lagi-lagi menyentuh pasal makanan. Teringat saya kata-kata 'Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan'. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...