facebook

facebook

Mari beri sokongan

16.11.11

Luv Is Cinta



APakah Cinta sesuatu yang indah?

Cinta sememangnya indah dan merupakan satu anugerah dari Allah swt. Sebagai manusia yg di ciptakan sebagai makhluk yg terbaek maka kita diberi peluang untuk menilainya serta merasai nikmat bercinta tetapi  pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu kesan cinta yang abadi. Yakni CINTA sebaik manusia yg diciptakan.

Cinta merupakan sesuatu yg tidak dapat diperkatakan bak meminum air yg manis tetapi tidak dapat mennggambarkan apakah itu manis?. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.


'Cinta tanpa pengorbanan' ibarat air sungai yg mengalir yg datang dan pergi dengan sesuka hati. Pada hari ini tiada lagi ertikata cinta yg sebenar, cinta dilafazkan tapa nilai , tanpa perasaan, tanpa penghargaan dan lebih sedih lagi cinta dilafazkan mengikut kata nafsu tanpa kaseh dan sayang. Apakah ini dikatakan cinta?

Perkahwinan Atas Dasar Cinta.

Benarkah datangnya cinta kemudian berkahwen atau berkahwin dahulu kemudian bercinta? Manusia adakalanya lupa, cinta dikatakan sebagai syarat untuk melangsungkan perkahwinan. Apakah erti sayang dan kaseh dalam konteks ayat-ayat cinta kita hari ini. Kita sepatutnya sedar bahawa tanpa sayang dan kaseh, cinta tidak akan muncul. Jadi belajarlah untuk sayang sehingga datangnya kaseh agar kita dipertemukan dengan cinta yg sejati lagi kekal abadi.

'Sayang' tidak dapat di samakan dengan 'Kaseh' dan begitu juga 'Kaseh tidak dapat di samakan dengan 'Cinta'. Seandainya kita mengambil berat terhadap pasangan dan menjaganya sewaktu susah dan senang serta memelihara akan pasangan agar tidak melakukan perkara yg di larang maka itulah tandanya sayang kita terhadap pasangan. Munasabahkah kalau dikatakan Si Anu hanya membiarkan pasangannya melakukan perkara yg di larang seperti mencaci orang lain, bersentuhan bersama bukan muhrim, mendedahkan auratnya tanpa rasa segan silu serta perkara-perkara yg jauh dari nilai budaya yg baik. Apakah ini dikatakan Si Anu sayang terhadap pasangannya?

Tetapi seandainya kita memelihara akan pasangan kita dari perkara yg tidak baik, kita menegurnya dengan baik malah mendapat tentangan kerana tidak biasa dengan suasana kehidupan tetapi satu masa seandainya pasangan mulai sedar dia akan tahu menilainya betapa Si Anu begitu sayangkannya malah Si Anu pula setelah jerit perihnya membentuk pasangannya tadi akan merasa satu perasaan yg begitu besar nilainya.Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Jadi letakkanlah kaseh dan sayang kita dahulu sebelum kita menyatakan perasaan cinta yg sebenar. Cinta akan lahir dari seorang lelaki yg mempunyai perasaan penuh tanpa berbelah bahagi kepada Allah swt maka dari sini baru akan timbulnya Cinta dari seorang perempuan terhadap dirinya. Seandainya anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya maka akan lahirlah cinta yg hanya terlafaz melalui lidah yg tidak mengeluarkan modal pengorbanan.

Cinta terhadap seseorang adalah sehingga akhir hayat dan tidak ada lagi berbelah bagi. Cinta bukan hanya untuk satu atau dua penggal atau kata lain hanya cinta berubah mengikut tahap anak. Anak pertama begini, anak kedua begini dan anak ketiga mulai kurang cintanya. Beginikah dikatakan cinta? Seandainya terjadi begini maka tidak akan kekallah cinta itu sehingga ke akhir hayat. Apakah ini kita maseh katakan cinta. Tidak samasekali. Cinta Adalah sehingga ke akhir hayat yakni cinta kepada Allah swt dan membawa kepada Allah swt.

 Rindu

Dari mana pula datangnya rindu? Rindu seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya seseorang yg membawa kepadanya cinta.. Maksudnya, bila mekarnya perasaan suka dan sayang terhadap seseorang maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.

Pada orang kebanyakkan hari ini melampiaskan rindu melalui pelbagai cara. Sehinggakan sanggup menggadaikan maruah diri padahal perkara ini sedikit pun tidak melambangkan keprihatinan dan tanggungjawab setiap pasangan. Rindu di lafazkan kemudian kononnya cinta sebagai alasannya maka terjadilah perkara yg terlarang. Apakah benar sebegini? Rindu sememangnya akan lahir jika kita terpandang akan seseorang yg mana akan membawa kita kepada cinta yg hakiki. Melalui wataknya yg menjernihkan jiwa maka akan menyerap ke seluruh anggota satu perasaan yg tidak dapat digambarkan. Inilah yg dikatakan 'Mabuk Cinta' sehinggakan boleh lemah longlai bagi sesiapa yg merasainya.Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….

Itulah Cinta yg Hakiki dan Abadi jadi perolehilah ia walaupun membinasakan dirimu....

1 comment:

azu said...

bila cinta datang, rindu dan sayang bertaut..sehingga mati. cintailah Allah..rindu yg paling terindahkan..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...