facebook

facebook

Mari beri sokongan

9.4.12

Luahan Rasa Getaran Jiwa


 
Suatu hari Rasulullah SAW menangis... Para sahabat bertanya: "Apa yg membuatmu menangis ya Rasulullah?" Rasul menjawab: "Aku rindu kepada kekasihku" Sahabat berkata: "Bukankah kami ini kekasihmu ya Rasulullah?" Rasul menjawab: "Bukan.. Kalian adalah sahabatku.. Kekasihku adalah mereka yg hidup pada zaman setelahku, mereka beriman kepadaku walaupun mereka belum pernah melihatku..." (Hr.bukhari)


  Semua kita pernah rasa rindu , rindu adalah rasa fitrah yang wujud dalam diri setiap insan. semacam perasaan kasih sayang , maka rindu terbit dari pancaran nur kasih dan sayang. berbeza dendam. dendam lahir dari perasaan yang musnah seperti benci dan dengki. Dua struktur yang berbeza..tapi boleh jadi sama dari tempat keluarnya iaitu hati. dalam diri manusia itu ada seketul daging , bila baik daging itu baiklah keseluruhan jasad tersebut dan manakala apabila jahat daging itu maka binasalah keseluruhan jasad tersebut. daging yang dimaksudkan sudah tentulah hati manusia itu.

Rindu , adalah fitrah yang suci. sering kita rindu pada orang yang kita sayangi. Kaum kerabat , sanak saudara dan rakan rakan. apabila mereka jauh dan sudah lama tidak bertanya khabar maka kita pasti akan dilanda kerinduan. Rindu sudah tentulah pada orang yang kita kenal dan selalu lihat akan dia sebelum ini. Bila ia tiada di mata dan kita selalu teringatkannya dengan kasih dan sayang maka inilah rindu. Inilah hakikat rindu yang dicipta oleh Allah Taala yang maha Agung.

Kita sering mendengar rindu kepada Rasululllah s.a.w. Hakikatnya bagaimana kita memahami dan berusaha ke arah itu? pernahkah kita bawa diri kita untuk merindui orang yang selayaknya dan paling berhak untuk di rindui? mencintai , mengasihi dan merindui Rasulullah s.a.w. yang mulia adalah salah satu dari cabang iman. Salah satu jua dari tanda kesempurnaan iman. Tidak sempurna iman seseorang yang beriman dengan Allah dan hari qiamat itu jika tidak membahagikan hatinya untuk merindui Rasulullah s.a.w.

Justeru bagaimanakah cara kita untuk merindui Rasulullah , Sedangkan kita tidak pernah melihatnya , mendengar suaranya atau bertemu dengannya. Sebenarnya tiada yang mustahil dalam perkara ini. malah Rasulullah sendiri semasa hayat baginda s.a.w. pernah memberitahu sahabat baginda r.a. yang baginda merasa rindu kepada ikhwan baginda s.a.w. Para sahabat kehairanan dan bertanya siapakh ikhwan baginda s.a.w. bukankah mereka yang berada disekeliling baginda itu adalah ikhwan baginda s.a.w.? Baginda menerangkan mereka adalah Sahabat baginda..akan tetapi orang yang digelar ikhwan baginda itu adalah orang yang hidup di akhir zaman selepas nabi s.a.w tiada lagi. Mereka terdiri dari ummah nabi yang patuh pada segalanya dalam agama. Mereka sememangnya tidak pernah melihat wajah mulia nabi , tidak pernah mendengar suara nabi dan sebagainya...akan tetapi mereka ini berusaha dan menyuburkan rasa rindu yang membara kepada nabi s.a.w. Dan inilah yang menyebabkan Nabi tahu dan nabi s.a.w. juga rindu pada mereka sehinggakan diberi gelaran sebagai ikhwan (saudara) kepada nabi s.a.w. yang mulai lagi terpuji.


                               

Sungguh mahal nilaian rindu kepada Rasulullah ini. marilah sama sama cuba untuk menyuburkannya. Cuba tukarkan rindu manusia biasa yang kita rasai kepada Rindu Rasulullah s.a.w. Hayati sirah hidup baginda s.a.w. jiwai segala sunnah baginda dan pelajarilah hadis yang telah Rasulullah s.a.w. tinggalkan. Dia adalah kekasih kita. Selama lamanya akan tetap begitu. Dialah orang yang kita harapkan untuk memberi syafaat kepada kita di hari kebangkitan dan penghisaban yang penuh dahsyat nanti. Jangan kita semai semua itu di mulut sahaja akan tetapi tanam tanamkan dalam hati kita.

Moga secebis rindu yang ada kita usahakan menjadikan kita disayangi Rasulullah s.a.w dan Diredhai oleh Allah taala kelak.


Halaman Rindu



Di tengah kepekatan malam
Berdiri aku di halaman rindu
Di hembus kenangan lalu
Menjelmalah seraut wajah
Sekuntum bunga yang pernah ku puja
Tapi layu akhirnya

Ingin ku tembus tembok silam
Dan membaiki kesilapan kita
Yang tiada kita rasa
Dahulu maaf tak bererti
Darah muda menguasai diri
Gitu mudah membenci

Ku di halaman rindu
Hanya berteman bunga yang layu
Ku di halaman rindu
Tiada harum tiada madu

Oh kesalku membeku di kalbu
Oh sayangku penawar rinduku
Oh kasihku hanyalah untukmu
Oh sayang hanyalah untukmu


2 comments:

ZiErWa zAiNaL said...

suke entry ni.. :)

Zaidi Zaiman said...

Terima kaseh ZiErWa zAiNaL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...