facebook

facebook

Mari beri sokongan

30.11.11

'Oral Sex' . Budaya Siapa?




Salam semua, ok ye segmen kali ni adelah utk 18sg bagi yg dah berkawen, artikel sekadar perbincangan dan tiada hukum menghukum, kalo di rasakan baik, boleh di ambil sebagai pengajaran dan kalo sebaliknya ,mintelah di jauhkan.....

Al-kisahnya adalah mengenai 'Oral Sex', apakah pandangan di dalam Islam, adakah ianya merupakan cara hidup Islam atau sebaliknya, so kita same-same la fikir-fikirkan....

Berkat kebesaran Allah, setiap bahagian tubuh manusia memiliki kepekaan dan rasa yang berbeda saat disentuh atau dipandangi. Maka, untuk menambah berahi jima’, suami isteri juga diperbolehkan pula menanggalkan seluruh pakaiannya. Dari Aisyah RA, ia menceritakan, “Aku pernah mandi bersama Rasulullah dalam satu bejana…” (HR. Bukhari dan Muslim).

Untuk mendapatkan hasil sentuhan yang optimal, seelok-eloknya suami isteri mengetahui dengan baik titik-titik yang mudah membangkitkan ghairah pasangan masing-masing. Maka diperlukan sebuah komunikasi terbuka dan santai antara pasangan suami isteri, untuk menemukan titik-titik tersebut, agar menghasilkan efek yang maksimal ketika berjima’.

Satu hal lagi yang menambah kenikmatan dalam hubungan intim suami istri, yaitu posisi bersetubuh. Kebetulan Islam sendiri memberikan kebebasan seluas-luasnya kepada penganutnya untuk mencuba berbagai variasi posisi dalam berhubungan seks. Satu-satunya ketentuan yang diatur syariat iyalah, semua posisi seks itu tetap dilakukan pada satu jalan, yaitu faraj (vagina). Bukan yang lainnya. Allah SWT berfirman, “Isteri-isterimu adalah tempat bercucok tanammu, datangilah ia dari arah manapun yang kalian kehendaki.” QS. Al-Baqarah (2:223).

Hubungan seks yang baik dan benar, yang tidak melanggar syariat selain merupakan puncak keharmonian suami isteri serta penguat perasaan cinta dan kasih sayang di antara mereka berdua maka ia juga termasuk suatu ibadah disisi Allah swt, sebagaimana sabda Rasulullah saw,”..dan bersetubuh dengan isteri juga sedekah. Mereka bertanya,’Wahai Rasulullah, apakah jika diantara kami menyalurkan hasrat biologisnya (bersetubuh) juga mendapat pahala?’ Beliau menjawab,’Bukankah jika ia menyalurkan pada yang haram itu berdosa?, maka demikian pula apabila ia menyalurkan pada yang halal, maka ia juga akan mendapatkan pahala.” (HR. Muslim)

Diantara variasi seksual yang sering dibicarakan para seksologi adalah oral seks, yaitu adanya kontak seksual antara kemaluan dan mulut (lidah) pasangannya. Tentunya ada bermacam-macam oral seks ini, dari mulai menyentuh, mencium hingga menelan kemaluan pasangannya kedalam mulutnya.

Di bolehkan bagi setiap pasangan suami isteri untuk saling melihat seluruh tubuh dari pasangannya serta menyentuhnya hingga kemaluannya sebagaimana diriwayatkan dari Bahz bin Hakim dari ayahnya dari bapa saudaranya berkata,” Aku bertanya,’Wahai Rasulullah aurat-aurat kami mana yang tutup dan mana yang kami biarkan? Beliau bersabda,’Jagalah aurat kamu kecuali terhadap isterimu dan budak perempuanmu.” (HR. tirmidzi, dia berkata,”Ini hadits Hasan Shohih. "Karena kemaluan boleh untuk dinikmati maka ia boleh pula dilihat dan disentuhnya seperti bahagian tubuh yang lainnya.

Dan dimakruhkan untuk melihat kemaluannya sebagaimana hadits yang diriwayatkan Aisyah yang berkata,”Aku tidak pernah melihat kemaluan Rasulullah saw.” (HR. Ibnu Majah) dalam lafazh yang lain, Aisyah menyebutkan : Aku tidak melihat kemaluan Rasulullah saw dan beliau saw tidak memperlihatkannya kepadaku.”

Didalam riwayat Ja’far bin Muhammad tentang perempuan yang duduk dihadapan suaminya, di dalam rumahnya dengan menampakkan auratnya yang hanya mengenakan pakaian tipis, Imam Ahmad mengatakan,”Tidak mengapa.” (al Mughni juz XV hal 79, maktabah Syamilah)

Hal itu di sebabkan yang keluar dari kemaluan adalah madzi dan mani. Madzi adalah cairan berwarna putih dan halus yang keluar dari kemaluan ketika adanya ketegangan syahwat, hukumnya najis. Sedangkan mani adalah cairan kental memancar yang keluar dari kemaluan ketika syahwatnya memuncak, hukumnya menurut para ulama madzhab Hanafi dan Maliki adalah najis sedangkan menurut para ulama Syafi’i dan Hambali adalah suci.

Mufti Saudi Arabia bagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi berpendapat bahwa isapan istri terhadap kemaluan suaminya (oral seks) adalah haram di sebabkan kemaluannya itu bisa memancarkan cairan (madzi). Para ulama telah bersepakat bahwa madzi adalah najis. Jika ia masuk kedalam mulutnya dan tertelan sampai ke perut maka akan dapat menyebabkan penyakit.

27.11.11

Cara download swf file

Salam semua dan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1433.

OK, mari kita fahami dulu apa itu swf file. swf ini adalah singkatan kepada 'ShockWave Flash' ataupun pada ketika ini ianya telah dikenali kepada 'Small Web Format' . Kebiasaanya swf file ini adalah dalam bentuk gambar bergerak ataupun movie ringkas dan kebanyakkan hari ini banyak laman web telah menggunakan format ini utk menghiasi laman web mereka dan tidak kurang juga berbagai-bagai jenis permainan komputer telah menggunakan format ini.

Format  swf ini adalah berbeza dengan gambar-gambar dari jenis format lain. Sebagai contohnya dari format .gif , .jpeg , .png dan berbagai-bagai lagi. Sekiranya kita hendak mendownload gambar dari jenis ini adalah mudah dengan hanya 'right click' dan kita boleh 'save as' gambar tersebut ke dalam komputer kita berbanding dengan format dari jenis swf ini. Kebiasaannya file swf ini di bina melalui program Adobe Flash.

Untuk entry ini kita akan lihat bagaimana utk mendownload file dari jenis ini bagi pengguna yg menggunakan 'Firefox' sebagai 'browser' mereka. Ok, mari kita lihat bagaimana...

Mula-mula sekali korang mestilah memiliki browser ini jika tiada korang bleh lah download di sini atau terus kepada browser korang:
Firefox 3

  1. Buka browser Firefox dan pergi  ke laman web yang mengandungi butiran Flash SWF file yang korang ingin memuat turun.
  2. Pergi ke mana-mana dalam ruang kosong pada laman web tersebut (bukan pada gambar), klik kanan dan pilih pilihan Page info:


  1. Seterusnya, pilih tab Media dari menu Info Page.
  2. Scroll ke bawah senarai dan pilih fail. Swf dari senarai. 
  3.  Setelah item telah dipilih, korang boleh klik 'Save As' pada butang yg di bawah untuk 'save'-kan fail swf flash ke dalam komputer korang.
    Saving Embedded SWF files to your PC
PERHATIAN: kalo korang hendak download apa juga file swf ini ataupun flash file ini, pastikan korang ada Flash Player yg sudah tersedia dalam komputer korang, kalo takder boleh download di sini.

Ok, selamat mencuba.... 

26.11.11

Fikir dan Amal pengertian Hijrah

Terjemahan Hadis : "Sesungguhnya setiap amal itu dinilai kerana niatnya, siapa yang berhijrah kerana dunia, dia akan memperolehinya, yang hijrah untuk wanita, dia akan menikahinya, siapa berhijrah kerana Allah dan Rasul maka mereka akan dapat Allah dan Rasul."

 

 

   Rasulullah saw berhijrah itu adalah wahyu dari Tuhan, bukan kehendak Rasulullah saw. Padahal Rasulullah saw itu oleh kerana agama Islam belum sempurna Tuhan mesti menyempurnakan Islam. Kalau dia tak hijrah pun dia tak akan terancam, dia tak akan kandas. Jadi dapat di rasakan pada Rasullah saw nak hijrah itu adalah wahyu, bukan kehendak Rasulullah saw. 

Sepertimana kita maklum Rasulullah saw berjuang 2 peringkat atau 2 era, bahagian pertama sebelum hijrah dan bahagian kedua selepas hijrah. Di Mekah 13 tahun, di Madinah 10 tahun. Waktu di Mekah selama 13 tahun terlalu sedikit syariat, kebanyakannya berhubung dengan ketuhanan, dengan akhirat. Bahkan waktu hijrah tu baru 2 tahun saja sahabat bersembahyang seperti kita bersembahyang iaitu tahun 11 kenabian.

Mengapa terjadi begitu? Kerana syariat adalah untuk melahirkan rasa cinta dan takut Tuhan, nak melahirkan rasa kebesaran Tuhan. Kalau orang tak takut Tuhan, tak cintakan Tuhan apa ertinya sembahyang. Sebab itu Rasulullah saw didik sahabat selama 13 tahun untuk kenalkan Tuhan, dapatkan Tuhan, cintakan Tuhan, cintakan rasul, cintakan hari akhirat. Maka bila mereka disuruh bersyariat, itu semua untuk mempersembahkan rasa cinta kepada Allah.  

Jadi hijrah kalau kita faham, wahyu dari Tuhan yakni dengan memasukkan perasaan ke dalam hati Rasulullah saw. Mungkin Rasulullah saw belum faham jawapannya, sahabat pun tak tahu, tapi kerana itu perintah dari Tuhan maka ikut saja. Rupanya setelah mereka hijrah, di sini Tuhan nak tinggikan wibawa Rasulullah saw.

Kalau Rasulullah saw itu penyelamat sedangkan orang tak dapat melihat wibawanya yang besar, orang tak dapat terima. Hasil hijrah sampai dapat tawan Mekah semula. Setiap hari di Madinah wibawa Rasulullah saw ditingkatkan sampai dapat balik ke Mekah.

Selepas Rasulullah saw perjuangkan cinta Tuhan, takut Tuhan, cinta akhirat, cinta Rasulullah saw, sahabat mabuk dengan Tuhan, Rasulullah saw, akhirat. Di sini ada wibawa Rasulullah saw. Kalau 2-3 tahun baru Rasulullah saw ceritakan cinta Tuhan dan akhirat kemudian ajak hijrah, sahabat tak mahu, tak larat. Senang ke orang nak pindah? Perjalanan saja sebulan. Orang Arab ini hidup dengan kambing, unta. Nak bawa kambing unta. Kalau bukan cinta Allah, cinta Rasul, cinta akhirat tak larat. Tapi bila dah tertanam cinta Allah, cinta Rasul, cinta akhirat bila disuruh pindah, semua pindah. Yang tak pindah, yang tua, yang sakit dan yang miskin.

Jadi kalau sahabat ikut Rasulullah saw berpindah dengan begitu susah, hebatnya Rasulullah saw. Apa kekuatan dia sehingga orang disuruh pindah, pindah saja? Hal ini didengar oleh orang Rom, Parsi, orang-orang Arab dari bani lain, hairan. Di suruh pindah, pindah. Tinggal kebun, tinggal rumah. Siapa Muhammad ini? Yang sebenarnya Tuhan nak lahirkan wibawa Rasulullah saw. Di situ sudah tercengang dunia, dah terkejut.

Apalah hikmahnya Muhammad ini yang mana dia suruh pengikutnya pindah, dia pindah. Itulah yang pertama hikmahnya untuk meningkatkan wibawa Rasulullah saw. Senang ke nak pindah? Hari ini dah ada kapal terbang pun orang susah nak pindah.

Ketika Rasulullah saw sudah sampai Madinah, dah berjuang 13 tahun, orang Madinah yang sudah berulang alik ke Mekah, terus Islam di tangan Rasulullah saw sebab memang mereka menunggu. Dengan menyanyikan tolaal badru, kepada raja pun orang tak buat. Ini dibuat pada Muhammad, siapa Muhammad ini? Apa kebesaran dia, apa keistimewaan dia?

Rasulullah saw sendiri buat hijrah ini mungkin dia tak diberi tahu, tapi Allah nak naikkan wibawa Rasulullah saw. Dan 2 bentuk untuk menaikkan wibawa Rasulullah saw. 

Pengertian Sebenar Hijrah

Kemudian dalam pindah beramai-ramai itu harta banyak yang tinggal, yang dibawa hanya sedikit kambing dan unta. Orang Madinah kerana cinta dengan orang muhajirin, (mereka dinamakan orang ansor) yang ada 2 rumah, 2 kebun dia bagi 1 rumah, 1 kebun atau dikongsikan.

Yang tak ada isteri, dikahwinkan, yang ada 2 isteri, 1 bersedia diceraikan diberi pada muhajirin. Dunia terkejut sanggup memberi semuanya. Yang selama ni bangsa ini hanya tahu berperang saja.

Bangsa yang berkuasa waktu itu puak Aus dan Khazraj, beratus tahun berperang, boleh berdamai, boleh berkasih sayang. Sanggup beri harta dan rumah. Apa Muhammad buat ni? Apa dah terjadi yang selama ini banyak pemimpin tak boleh damaikan asyik perang saja. Dah 3 wibawa Rasulullah saw. 

Yang lagi mengejutkan, mungkin Rasulullah saw sendiri tak perasan mulanya tapi Allah tahu. Di Madinah itu Yahudi pernah berkuasa 300 tahun. Yahudi cerdik, dia pandai, dia ada ekonomi ada ilmu. 300 tahun orang Arab di bawah dia. Dihasut oleh Yahudi orang-orang Madinah supaya asyik perang, Yahudi untung. Yahudi jadi kapitalis beratus tahun lamanya. Dia beli barang orang-orang Arab dengan harga murah, dia jual dengan harga mahal beratus tahun lamanya. Jadi pusat ekonomi Yahudi di Madinah bukan di Mekah. Selepas Rasulullah saw dan sahabat berpindah, dipersaudarakan Anshar dan Muhajirin kemudian Rasulullah saw arahkan Abdul Rahman Auf buka Pasar Anshar.

Oleh kerana terjalin perpaduan, oleh kerana takut Tuhan, cinta Tuhan, cinta akhirat, mereka akhirnya memulaukan Yahudi. Bahan-bahan mentah dibeli oleh umat Islam dengan harga lebih berpatutan, dijual juga dengan harga berpatutan. Dua-dua pihak dapat untung. Orang-orang yang mengusahakan dapat untung, yang beli juga dapat untung. Tak seperti Yahudi yang mana beli barang-barang mentah dengan harga yang terlalu murah, bila dijual balik dengan harga yang sangat mahal. Kedua-dua pihak rugi, yang hasilkan bahan mentah rugi, yang membeli pun rugi. Tetapi dengan didikan Rasulullah saw, dengan persaudaraan orang Anshar Muhajirin, dia pulaukan ekonomi Yahudi dan mereka berdiri sendiri, dalam masa 6 bulan orang-orang Yahudi terpaksa berpindah keluar dari Madinah. Dunia gempar terutama Yahudi gempar. Apa dah jadi? Apa Muhammad buat? Yang sebelum ini bergaduh, ekonomi dimonopoli Yahudi, Yahudi lari ke Palestin. Lagilah wibawa Rasulullah saw meningkat. Ini surat khabar tak sebut. Sudah dilacurkan, disalah tafsirkan Maal Hijrah.

Fikirkanlah, orang Yahudi terpaksa berpindah ke Palestin dengan terhina. Sebab itu sampai sekarang Yahudi sangat marah pada orang Arab sebab terusir. Dunia waktu itu gempar. Ada apa dengan Muhammad? 


Semua perkara tadi begitu menjadikan Muhammad berwibawa. Bangsa-bangsa lain nak ambil tahu, nak sangat faham apa Muhammad dah buat? Sedangkan dunia waktu itu huru hara, tak selamat. Dunia sudah mula berfikir jangan-jangan ini penyelamat. Mereka ingin tahu sekali. Sebab itu pembesar-pembesar, raja-raja ziarah ke Madinah dan balik bawa cerita. Hebat Muhammad. Orang berperang boleh disatukan, kekuatan Yahudi boleh hancur. Orang berfikir siapa ni? Sebab itu bila Tuhan perintahkan balik ke Mekah, tak perang sangat. Sebab orang Mekah dah menganggap dia penyelamat. Sebab itu bila masuk semula ke Mekah, perang kecil sahaja hanya 20 orang terlibat. Maka orang beramai-ramai masuk Islam dan mengatakan ini penyelamat.

Bila Mekah dan Madinah dapat ditawan, maka bangsa Rom dan Parsi dan orang-orang Arab lain inginkan kedatangan orang Muhammad ke negara mereka. Mereka mahu bernaung di bawah Muhammad. Ini penyelamat. Kami dah bergaduh beratus tahun. Sebab itu selepas Rasulullah saw wafat, tentera Islam masuk ke Palestin, ke Iraq, tawan Rom dan Parsi, kebanyakan mereka sabotaj dengan bangsa mereka sendiri sebab rakyat menganggap ini penyelamat. Walaupun mereka bukan dari bangsa kami, kami ingin mereka selamatkan kami.

Jadi Allah perintahkan Rasulullah saw berhijrah dari Madinah bukanlah sebagai pelarian tetapi sebagai strategi jangka panjang untuk ditiru pejuang-pejuang Islam sepanjang zaman. Siapa penyelamat mesti ada wibawa. Kalau tak ada wibawa, ilmu banyak pun tak berguna, sebab itu kalau kita nak jadi penyelamat, mesti pemimpinnya berwibawa. Kalau begitu sejarah hijrah ini nak kita tiru, supaya pengikut dapat berfikir macam mana hendak mewibawakan pemimpin mereka, supaya orang boleh tunduk pada mereka. Itulah hikmah hijrah yang tidak dicungkil oleh ulama. Itu baru sikit. Masih banyak lagi hikmahnya. Setakat 5 hujah tadi, kita mengakui betapa hebatnya wibawa Rasulullah saw. Selepas itu dah senang. Bila sudah ada wibawa, orang menyerah. Tapi ingat yang susah itu waktu 13 tahun. Tetapi selepas itu senang, sebab Rasulullah saw dah ada wibawa.

Jadi hijrah itu besar hikmahnya, yang tidak dapat dilihat hikmahnya oleh orang di zaman ini. Kita kena belajar dari hijrah Rasulullah saw, yang mana hijrah itu untuk menunjukkan wibawa Rasulullah saw sebagai penyelamat dunia.

Jadi hijrah itu bukan pelarian, ia diarah oleh Tuhan. Tapi Rasulullah saw sendiri mungkin tidak faham peringkat awalnya. Sudah lama berhijrah, baru nampak hikmahnya. Mereka kata patut Allah perintahkan kita hijrah. 

  PENGHIJRAHAN KAUM MUSLIMIN KE HABSHAH DAN PEMULAUAN DI LEMBAH ABI TALIB

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Oleh sebab itu, ramai daripada kalangan mereka yang telah berhijrah ke Habshah. Walaupun Raja Habshah merupakan seorang Nasrani dan belum memeluk agama Islam sehingga saat itu tetapi beliau terkenal dengan hati yang pengasih dan pembawaannya yang adil.

Maka pada bulan Rejab selepas lima tahun Rasululllah menjadi nabi, Jemaah pertama yang terdiri daripada sebelas atau dua belas orang lelaki bersama empat atau lima orang wanita telah berhijrah ke Habshah. Orang Mekah telah mengejar mereka agar mereka tidak dapat pergi tetapi mereka tidak berjaya ditangkap.

Setibanya di sana mereka mendapat berita bahawa semua orang Mekah telah memeluk Islam dan agama Islam telah mendapat kemenangan. Mereka sangat gembira dengan berita tersebut dan kembali semula ke tanah air. Namun demikian, apabila mereka hamper tia di Mekah mereka mendapat tahu bahawa perkhabaran itu palsu dan orang Mekah masih seperti dahulu malah lebih hebat dan bersungguh-sungguh memusuhi dan menganiaya orang Islam. Mereka tersangat kecewa dengan keadaan itu. Antara mereka ada yang terus pulang semula ke Habshah dan ada yang masuk ke Mekah dengan jaminan keselamatan seseorang. Ini adalah penghijrahan ke Habshah yang pertama.

Selepas itu satu kumpulan besar yang terdiri daripada lapan puluh tiga orang lelaki dan lapan belas orang wanita telah berhijrah ke Habshah secara berasingan Ini dinamakan penghijrahan ke Habshah yang kedua. Sebahagian para sahabat melakukan kedua-dua penghijrahan tersebut dan sebahagian yang lain hanya satu penghijrahan sahaja.

Apabila prang kafir dapat mengetahui orang Islam dapat hidup dengan tenang di Habshah maka kemarahan mereka bertambah. Mereka talah menghantar rombongan dengan segala macam hadiah kepada Raja Habshah iaitu Raja Najashi. Hadiah-hadiah itu adalah untuk Najashi sendiri, pembesar-pembesar dan para pendeta Habshah.

Setiba disana, pertama sekali , mereka telah berjumpa dengan para pembesar dan para paderi sambil menyogok mereka dengan hadiah-hadiah dan supaya mereka berjanji untuk memberi bantuan apabila berhadapan dengan raja. Selepas itu barulah mereka bertemu dengan raja. Mereka masuk dan bersujud kepada raja kemudian mempersembahkan hadiah-hadiah lalu membentangkan permohonan mereka. Para pembesar yang telah menerima rasuah telah menyokong mereka. Orang kafir Mekah itu telah berkata, “Wahai Raja, beberapa orang yang bodoh – bodoh daripada kaum kami telah meninggalkan agama lama mereka dan masuk ke dalam agama baru yang tidak diketahui oleh kami dan tidak juga oleh Tuanku. Mereka telah datang ke Negara Tuanku dan telah tinggal di sini. Kami telah dihantar oleh para pembesar Mekah, bapa-bapa dan bapa-bapa saudara serta saudara-mara mereka untuk membawa mereka pulang, Tuanku serahkanlah mereka kepada kami”.

Raja pun menjawab, “saya tidak dapat menyerahkan mereka yang datang meminta perlindungan daripada saya tanpa menyiasat terlebih dahulu. Oleh itu mereka akan dipanggil dan diperiksa. Sekiranyan dakwaan kamu betul maka saya akan menyerahkan mereka”.

Lalu orang Islam pun dipanggil. Pada mulanya orang-orang Islam sangat bimbang terhadap tindakan yang harus mereka lakukan. Walau bagaimana pun dengan bantuan kurniaan Allah mereka telah membuat keputusan nekad bahawa mereka hendaklah pergi menghadap dan menjelaskan keadaan sebenar. Sebaik sahaja tiba di hadapan raja, mereka telah memberi salam. Ada orang membantah, “kamu tidak sujud kepada raja sebagaimana adat diraja yang sepatutnya”.

Mereka menjawab, “Nabi kami tidak membenarkan kami sujud kepada sesuatu selain daripada Allah”.

Selepas itu raja mula bertanyakan keadaan mereka. Hazrat Ja’afar maju ke hadapan dan berkata, “kami dahulu berada dalam keadaan kejahilan. Kami tidak mengenali Allah dan tidak juga para rasul. Kami memuja batu-batu, memakan bangkai, melakukan perbuatan keji dan memutuskan perhubungan kekeluargaan. Orang yang kuat di kalangan kami akan menindas orang yang lemah. Semasa kami dalam keadaan tersebut Allah telah mengutuskan seorang RasulNya yang kami sangat-sangat kenal tentang keturunannya, kebenaran, amanah dan ketaqwaannya. Baginda telah menyeru kami kepada menyembah Allah Yang Esa lagi tiada sebarang sekutu bagiNya. Baginda juga telah melarang kami daripada menyembah batu-batu dan berhala-berhala.

Baginda memerintahkan kami melakukan perkara-perkara yang baik dan mencegah kami daripada kemungkaran. Baginda memerintahkan kami supaya bercakap benar, amanah, menyambung silaturrahim, berbuat baik terhadap jiran juga memerintahkan kami supaya mendirikan solah, berpuasa, memberi sedekah serta khairat. Baginda juga mengajar kami akhlak yang mulia. Baginda melarang kami daripada berzina, berbohong memakan harta anak yatim, menfitnah seseorang dan perbuatan-perbuatan keji seumpama itu. Baginda juga mengajarkan al-Quran kepada kami maka kami telah beriman dengannya dan beramal dengan ajarannya. Akhirnya kaum kami telah memusuhi kami dan telah menyeksa kami dengan berbagai-bagai cara. Kami terpaksa datang dan meminta perlindungan daripada Tuanku dengan perintah Nabi kami”.

Raja berkata, “perdengarkanlah al-Quran yang dibawa oleh Nabi kamu kepadaku”.
Hazrat Ja’afar telah membacakan beberapa ayat daripada permulaan surah Maryam. Mendengarkan bacaan itu raja pun mula menangis, demikian juga pendeta – pendeta yang hadir pada masa itu. Mereka semua menangis begitu sekali sehingga air mata membasahi janggut-janggut mereka. Selepas itu raja berkata, “ demi Allah, kalimah-kalimah ini dan kalimah-kalimah yang dibawa oleh Hazrat Musa a.s keluar daripada nur yang sama”.

Raja telah menolak bulat – bulat permintaan orang Quraish itu. “Saya tidak boleh menyerahkan mereka kepada kamu”.

Mereka semua sangat – sangat kecewa kerana terpaksa menerima penghinaan yang besar. Oleh sebab itu, mereka telah bermesyuarat. Salah seorang daripada mereka berkata, “esok aku akan melakukan suatu perancangan yang akan menyebabkan raja akan memotong akar umbi mereka”.
Teman – temannya berkata, “jangan melakukan demikian, walaupun orang ini telah memeluk Islam, mereka tetap saudara-mara kita”. Namun dia tidak menghiraukannya.

Pada keesokan hari, dia telah pergi menemui raja dan menyatakan bahawa orang Islam itu telah menghina kedudukan Nabi ‘Isa a.s. Mereka tidak mengakui Nabi ‘Isa a.s anak Allah. Maka sekali lagi raja telah memanggil orang Islam. Para sahabat berkata, “panggilan raja kali kedua menambahkan lagi kebimbangan kami”.
Walau bagaimanapun, mereka pergi menghadap raja. Raja telah bertanya, “apakah yang kamu katakana tentang Nabi ‘Isa a.s?”
Mereka menjawap, “kami berkata sebagaimana wahyu yang turun kepada Nabi kami bahawa Baginda ‘Isa a.s ialah seorang hamba Allah, RasulNYa, RohNya dan kalimahNya yang telah diletakkan kepada Maryam a.s yang dara lagi suci”.
Kata Najashi, “Nabi ‘Isa a.s sendiri pun tidak berkata lebih daripada itu”.
Para paderi yang ada mula berdengkus.
Najashi berkata, “apa-apa yang hendak kamu katakana, katakanlah”.
Selepas itu Najashi pun telah memulangkan hadiah-hadiah orang Quraish itu dan berkata kepada orang Islam, “sekarang kamu semua dalam aman. Sesiapa yang menganiayai kamu akan menerima balasannya. Di samping itu pengisytiharan dibuat bahawa sesiapa menyusahkan orang-orang Islam maka akan dihukum”.

PENGHIJRAHAN RASULULLAH KE MADINAH AL-MUNAWARRAH 

PERSINGGAHAN DI QUBA'

Bertepatan pada hari Isnin 8 Rabiul al-Awal tahun 14 kebangkitan Rasulullah, iaitu tahun pertama Hijrah bersamaan 23 September 622 Masihi, Rasulullah telah sampai ke Quba'. Kata Urwah bin al-Zubair: Umat Islam di Madinah telah pun mendapat maklumat mengenai penghijrahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah, justeru itu, pada setiap pagi mereka keluar beramai-ramai ke tanah lapang al-Hurah, menunggu kedatangan Rasulullah.

Ibn al-Qayyum menceritakan," Kedengaran laungan takbir di rumah Banu Amru bin Auf, justeru itu seluruh kaum muslimin pun melaungkan takbir kegembiraan dengan ketibaan Rasulullah seluruh mereka mengalu-alukan kedatangan Rasulullah dengan sambutan dan aluan sebagai seorang nabi, kesemua mereka merenung ke muka Rasulullah melingkungi baginda dalam suasana di selubungi ketenagan dan wahyu pun turun kepada Rasulullah".
"...Sesungguhnya Allah adalah Pembelanya, dan selain dari itu Jibril serta orang salih dari kalangan orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya"
(al-Tahrim: 4)

Urwah bin al-Zubair menceritakan dengan katanya: Mereka semua menyambut Rasulullah dan Baginda membelok ke sebelah kanan hingga sampai dan singgah di kalangan qabilah Banu Amru bin Awf, pada hari Isnin bulan Rabiul al-Awal, Abu Bakr bangun berdiri manakala Rasulullah duduk berdiam, orang-orang Ansar yang belum pernah melihat Rasulullah terus mendatangi Rasulullah untuk mengucap selamat datang - dalam salu naskah tertulis; mereka berucap kepada Abu Bakr, hinggalah sampai matahari terbit dan terkena Rasulullah (s.a.w) oleh Abu Bakr segera bangun memayungi Rasulullah dengan kainnya, maka dengan itu orang ramai pun kenallah diri Rasulullah itu.

   Al-Madinah keseluruhannya penduduk Islamnya bagaikan berombak bergerak, menyambut kedatangan Rasulullah, ianya merupakan suatu hari yang paling bersejarah yang belum disaksi lagi selama ini. Kaum Yahudi telah menyaksi kebenaran kedatangan Rasulullah utusan Allah oleh Habquq yang bertulis, "Sebenarnya Allah datang dari al-Tayinan dan al-Quddus dari bukit Faran".

Di Quba' Rasulullah (s.a.w) telah singgah di rumah Kalthum bin al-Hudm, tapi dalam riwayat yang lain mengatakan Rasulullah singgah di rumah Sa'd bin Khaithamah riwayat pertama lebih tepat. Ali (r.a) tinggal di Makkah, untuk selama tiga hari selepas Hijrah Rasulullah itu, hingga selesai beliau menyerah kembali barang-barang amanah orang yang pernah mereka tinggalkan kepada Rasulullah sebelum ini. Lepas itu beliau pun susul berhijrah dengan berjalan kaki dan sempat beliau menemui Rasulullah dan Abu Bakr"di Quba' di sana beliau singgah di rumah Kalthum bin al-Hudm.

Rasulullah tinggal di Quba' empat hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Baginda mengasaskan masjid Quba' dan bersembahyang di situ. Ianya adalah masjid yang pertama sekali dibina di atas dasar taqwa setelah Baginda dibangkitkan sebagai Rasul, di hari kelima iaitu hari Jumaat, dengan perintah dari Allah Baginda berangkat dengan diekori oleh Abu Bakr dari belakang untuk menemui Banu al-Najar, mereka adalah bapa saudara Rasulullah dari sebelah ibunya, sebelum itu Rasulullah menghantar perutusan ke sana menjemput mereka, dengan segera mereka semua datang dengan pedang-pedang bergalas keluar untuk menemui Rasulullah, mereka semua bertemu dengan Rasulullah di perkampungan Banu Salim bin Auf, di dalam masjid di lembah berkenaan Rasulullah berhimpun dengan Banu al-Najar yang seramai seratus lelaki.

MEMASUKI AL-MADINAH

Selepas solat Jumaat Rasulullah (s.a.w) memasuki al-Madinah, di mana sejak hari itu daerah yang bernama Yathrib itu dikenali dengan Madinah al-Rasul (s.a.w) untuk singkatan maka disebut al-Madinah sahaja, hari itu adalah hari bersejarah dan gemilang, jalan-jalan, lorong dan rumah-rumah bergema dengan tahmid dan taqdis, seluruh anak-anak gadis Ansar mendendangkan rangkap-rangkap puisi, tanda kegembiraan dan keceriaan.

Orang-orang Ansar bukanlah golongan pemilik harta yang banyak, namun setiap dari mereka bercita-cita semoga Rasulullah singgah ke rumah mereka bila sahaja Rasulullah melewati di hadapan rumah setiap orang memegang tali kuda Baginda sambil berkata, "Wahai Rasulullah, ayuh bersama kami, kami ada kekuatan dan bilangan yang ramai, kami buat senjata untuk mempertahankan tuan hamba". Rasulullah hanya akan menjawab kepada mereka, "Biarlah dia bergerak mengikut arahnya, kuda Baginda terus bergerak hingga sampai ke tapak masjid al- Nabawi yang ada sekarang ini, sampai ke situ kuda Rasulullah pun berlabuh, namun Rasulullah tidak terus turun, malah kudanya bangun semula dan berjalan lagi ke hadapan kemudian berpatah balik semula ke belakang ke tempat pertama tadi, dengan itu barulah Rasulullah turun darinya, sebagai taufik dari Allah tempat itu adalah kawasan kediaman Banu al-Najar keluarga bapa saudara Rasulullah sebelah ibunya. Kerana Baginda sendiri pun suka kiranya Baginda dapat turun di kalangan bapa saudaranya, kerana itu adalah suatu penghormatan kepada mereka, semua hadirin meminta Rasulullah tinggal di rumah mereka, tetapi Abu Ayub al-Ansari segera ke binatang tunggangan Baginda dan menuntunnya ke dalam kawasan rumahnya, maka kata Rasulullah, penunggang harus mengikut tunggangannya, manakala As'ad bin Zurarah pun memegang tali kuda dan dengan itu tunggangan tadi tinggallah bersama-sama beliau.

Al-Bukhari meriwayatkan dari Anas: Rasulullah bersabda, "Mana dia rumah keluarga kami yang terdekat?". Kata Abu Ayub, "Saya Rasulullah dan ini dia rumahku dan ini dia pintu masuk". Maka beliau pun meluru ke dalam membuat persiapan dan katanya, "Ayuh, bangun kamu berdua dengan keberkatan dari Allah". Selepas beberapa hari tibalah isterinya Saudah, dua orang puterinya Fatimah dan Ummi Kalthum, Usamah bin Zaid dan Ummu Aiman, manakala Abdullah bin Abu Bakr pula tiba bersama-sama anak-anak Abu Bakr di antara mereka Aisyah, adapun puteri Rasulullah Zainab masih bersama Abi al-As, kerana tidak dapat keluar untuk berhijrah hinggalah selepas peristiwa Badar.

22.11.11

Simple Flash Header

Assalamualaikum semua.. semoga sehat-sehat selalu dan bertambah manis semuanya yer....

Setiap masa setiap detik yg di lalui,
amatlah rugi seandainya masa itu berlalu pergi,
masa demi masa,
hari berganti hari,
bulan bersilih ganti,
sedar tetapi tak disedari,
tahun baru sedang menanti,
ku bangun pagi,
bersyukur pada ilahi,
kerana maseh lagi aku di sini,
di beri peluang utk hidup lagi,
semoga ianya menjadi erti,
bagi kita yg bernama manusia,
bagi kita mengenal Dia yg Esa,
kerana Dia kita di sini,
dan kepada Dia kita kembali...

Begitulah sedikit kata-kata pembuka bicara, sama-sama kita berdoa semoga Negara kita dalam Aman dan Damai...

Ok lah, sebenarnya belom lagi kepada tajuk entry kali ini, tu semua hanya sebagai muqadimah supaya kita saling ingat mengingati yer...

Berbalik kepada title entry kali ni, iaitu 'Flash',  sy ada buat beberapa design yg simple, saja jer utk meluangkan masa sebb dah lama dah tinggalkan 'Flash' ni, so banyak yg dah lupe, ni baru ler nak berjinak-jinak balik ngan Flash ni, jadi adalah sikit hasilnya utk nak share ngan kenkawan, sape nak amek ler....

P/S: sample 1 and 2...
















Negara Tumpah Darahku





OK cara untuk memasukkan banner ini mudah jer...
buat macam biasa, pegi ke 'Add Widget' dan amek 'HTML/Java Script..
Pehtu copy jer kod atas tu n paste... kalo nak bubuh kat side bar leh jer adjust 'width' dan 'height' kat dalam koding tu.. k try ler...
selamat mencube...


21.11.11

IBLIS TERPAKSA BERTEMU RASULULLAH SAW

 

 Renunglah seketika,
tatkala Rasulullah berbicara,
Iblis yg maha durjana,
memesong akidah manusia,
demi Allah yang Maha Kuasa,
menjadikan manusia yg mulia,
supaya kita berfikir sentiasa,
agar tidak selalu leka,
moga cerita membentuk jiwa,
menjadi manusia yg berguna,
kaseh sayang yg di kurnia,
pinjaman Allah buat sementara,
kaseh sayang kekal bersama,
hidup dalam damai dan sentosa.




Dari Muadz bin Jabal dari Ibnu Abbas: 
Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

“Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk?Sebab kalian akan memerlukan ku.“
Rasulullah bersabda:”Tahukah kalian siapa yang memanggil?“
Kami menjawab:“Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.“
Beliau melanjutkan,“itulah iblis,laknat Allah bersamanya.”


Umar bin Khattab berkata:“Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah“
Nabi menahannya: ”Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik.“
Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seseorang yang cacat satu matanya. Pada janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi,bibirnya seperti bibir sapi.


Iblis berkata: “Salam untukmu Muhammad… Salam untukmu para hadirin…“
Rasulullah SAW lalu menjawab: “Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa kemahuanmu?“
Iblis menjawab: “Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuan ku, namun karena terpaksa.“
“Siapa yang memaksamu?“


“Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata: “Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin.


“Oleh karena itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh.“

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: “Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?”
Iblis segera menjawab: ” Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci.”
“Siapa selanjutnya?“
“Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT.”
“Lalu siapa lagi?“
“Orang Alim dan wara’ (Loyal)”
“Lalu siapa lagi?“
“Orang yang selalu bersuci.“
“Siapa lagi?“
“Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain.“
“Apa tanda kesabarannya?“
“Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang-orang yang sabar.“
“Selanjutnya apa?“
“Orang kaya yang bersyukur.“
“Apa tanda kesyukurannya?”
“Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya.”
“Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?“
“Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam.“
“Umar bin Khattab?”
“Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur.“
“Usman bin Affan?“
“Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya.”
“Ali bin Abi Thalib?“
“Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. tetapi ia tak akan mau melakukan itu.” (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI IBLIS

“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak shalat?“
“Aku merasa panas dingin dan gemetar.“
“Kenapa?“
“Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 derajat.“
“Jika seorang umatku berpuasa?“
“Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka.”
“Jika ia berhaji?“
“Aku seperti orang gila.“
“Jika ia membaca al-Quran?“
“Aku merasa meleleh laksana timah diatas api.“
“Jika ia bersedekah?“
“Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.”
“Mengapa terjadi sebegitu?“
“Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya. yaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.“

“Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?“
“Suara kuda perang di jalan Allah.“
“Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?“
“Taubat orang yang bertaubat.“
“Apa yang dapat membakar hatimu?“
“Istighfar di waktu siang dan malam.”
“Apa yang dapat mencoreng wajahmu?”
“Sedekah yang diam-diam.“

“Apa yang dapat menusuk matamu?“
“Shalat fajar.“
“Apa yang dapat memukul kepalamu?“
“Shalat berjamaah.”
“Apa yang paling mengganggumu?“
“Majlis para ulama.“
“Bagaimana cara makanmu?“
“Dengan tangan kiri dan jariku.“
“Dimanakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?“
“Di bawah kuku manusia.”

MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Nabi lalu bertanya : “Siapa temanmu wahai Iblis?“
“Pemakan riba.“
“Siapa sahabatmu?“
“Pezina.“
“Siapa teman tidurmu?“
“Pemabuk..”
“Siapa tamumu?“
“Pencuri.“
“Siapa utusanmu?“
“Tukang sihir.“
“Apa yang membuatmu gembira?“
“Bersumpah dengan cerai.”
“Siapa kekasihmu?“
“Orang yang meninggalkan shalat Jumaat“
“Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?“
“Orang yang meninggalkan shalatnya dengan sengaja.”

IBLIS TIDAK BERDAYA DI HADAPAN ORANG YANG IKHLAS

Rasulullah SAW lalu bersabda : “Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.“
Iblis segera menimpali: ”Tidak, tidak… tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau dapat berbahagia dengan umatmu, selagi aku dapat masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak dapat melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang tahu membaca dan tidak pula pandai membaca, yang durjana dan yang shaleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas.”


“Siapa orang yang ikhlas menurutmu?”


“Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahwa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku dapat pastikan bahwa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.“

IBLIS DIBANTU OLEH 70.000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahwa aku mempunyai 70.000 anak. Dan setiap anak memiliki 70.000 syaitan.
Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebagian untuk menggangu anak-anak muda, sebahagian untuk menganggu orang-orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita-wanita tua, sebahagian anak-anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.


Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada shalat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu shalat berjamaah.
Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.
Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia ceritakan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.


Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.


Syaitan juga berkata, ”keluarkan tanganmu”, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.


Mereka, anak-anakku selalu meyusup dan berubah dari satu keadaan kepada keadaan lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.
Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.


Tahukah kamu, Muhammad? Bahwa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

CARA IBLIS MENGGODA

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?
Akulah mahluk pertama yang berdusta.
Pendusta adalah sahabatku. Barang siapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.
Tahukah kau Muhammad?
Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahwa aku benar-benar menasihatinya.
Sumpah dusta adalah kegemaranku.
Ghibah (gosip) dan Namimah (Adu domba) kesenanganku.
Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya kerena satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka melambat-lambatkan shalat. Setiap kali ia hendak berdiri untuk shalat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan shalat di luar waktu, maka shalat itu dipukulkannya ke mukanya.


Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia shalat. Namun aku bisikkan ke telinganya ‘lihat kiri dan kananmu’, ia pun menoleh. Pada saat itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan ‘shalatmu tidak sah’.
Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam shalatnya akan dipukul.

Jika ia shalat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Ia pun shalat seperti ayam yang mematuk beras.
Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia shalat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.
Kamu tahu bahwa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan diubah menjadi wajah keldai.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga ia menguap dalam shalat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaithan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia dan ia pun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedangkan aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan shalat. Aku katakan padanya, ‘kamu tidak wajib shalat, shalat hanya wajib untuk orang yang berkecukupan dan sehat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau shalat.’Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan shalat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari Islam?“

10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH SWT

“Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?”
“10 macam“
“Apa saja?”
“Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Allah berfirman, “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji setan kecuali tipuan.” (Q.S. Al-Isra: 64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan istrinya tanpa berlindung dengan Allah, maka setan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaithan.
Aku minta agar bisa ikut bersama dengan orang yang menaiki kendaraan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.
Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.
Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.
Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.
Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, “Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaithan.” (Q.S. Al-Isra: 27)
Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku.
Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, “silahkan”, aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.
Iblis berkata : “Wahai Muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikan dan menggoda.”
Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.
Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.
Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.
Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : ”Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (Q.S. Hud: 118-119) juga membaca, “Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (Q.S. Al-Ahzab: 38)

Iblis lalu berkata: “Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin pendudk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin mahluk-mahluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong.”

18.11.11

Kad Pengganti Diri


   Kad Pengganti Diri seringkali digunakan sebagai meluahkan perasaan tak kira masa, baik di hari perayaan atau pun pada majlis perundangan. Hari ini kad pengannti diri merupakan cara paling mudah utk menyatakan hasrat hati kepada sesiapa juga. Kebiasaannya kad pengganti diri ini begitu popular pada perayaan Aidil fitri tetapi ianya tidak bermakna di waktu lain ianya tidak digunakan. Sebagai contoh kita sering gunakan kad pengganti diri ini utk melamar seseorang, ada juga mengucapkan sesuatu yg indah dengan meluahkan perasaan melalui kad ini.

Jadi utk itu marilah kita amek sedikit masa utk kita hantarkan kad ucapan kepada seseorang, mudah2an ianya dapat mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim sesama kita baik yg berada di jauhan mahupun yg berdekatan.

( klik pada gambar utk besarkan)

 D1

 D2

D3

D4

D5

D6

D7

D8

D9

Pic ini Khas Buat Tiefazatie yg kerap mengunjungi blog ini dan yg akan menempuh suasana baru di tpt orang.... ( bukan jauh mane pun )

P/S: gambar-gambar di dalam blog ni adalah Hak Milik Bebas... kalo nak amek, amek jer....

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"



16.11.11

Luv Is Cinta



APakah Cinta sesuatu yang indah?

Cinta sememangnya indah dan merupakan satu anugerah dari Allah swt. Sebagai manusia yg di ciptakan sebagai makhluk yg terbaek maka kita diberi peluang untuk menilainya serta merasai nikmat bercinta tetapi  pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu kesan cinta yang abadi. Yakni CINTA sebaik manusia yg diciptakan.

Cinta merupakan sesuatu yg tidak dapat diperkatakan bak meminum air yg manis tetapi tidak dapat mennggambarkan apakah itu manis?. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.


'Cinta tanpa pengorbanan' ibarat air sungai yg mengalir yg datang dan pergi dengan sesuka hati. Pada hari ini tiada lagi ertikata cinta yg sebenar, cinta dilafazkan tapa nilai , tanpa perasaan, tanpa penghargaan dan lebih sedih lagi cinta dilafazkan mengikut kata nafsu tanpa kaseh dan sayang. Apakah ini dikatakan cinta?

Perkahwinan Atas Dasar Cinta.

Benarkah datangnya cinta kemudian berkahwen atau berkahwin dahulu kemudian bercinta? Manusia adakalanya lupa, cinta dikatakan sebagai syarat untuk melangsungkan perkahwinan. Apakah erti sayang dan kaseh dalam konteks ayat-ayat cinta kita hari ini. Kita sepatutnya sedar bahawa tanpa sayang dan kaseh, cinta tidak akan muncul. Jadi belajarlah untuk sayang sehingga datangnya kaseh agar kita dipertemukan dengan cinta yg sejati lagi kekal abadi.

'Sayang' tidak dapat di samakan dengan 'Kaseh' dan begitu juga 'Kaseh tidak dapat di samakan dengan 'Cinta'. Seandainya kita mengambil berat terhadap pasangan dan menjaganya sewaktu susah dan senang serta memelihara akan pasangan agar tidak melakukan perkara yg di larang maka itulah tandanya sayang kita terhadap pasangan. Munasabahkah kalau dikatakan Si Anu hanya membiarkan pasangannya melakukan perkara yg di larang seperti mencaci orang lain, bersentuhan bersama bukan muhrim, mendedahkan auratnya tanpa rasa segan silu serta perkara-perkara yg jauh dari nilai budaya yg baik. Apakah ini dikatakan Si Anu sayang terhadap pasangannya?

Tetapi seandainya kita memelihara akan pasangan kita dari perkara yg tidak baik, kita menegurnya dengan baik malah mendapat tentangan kerana tidak biasa dengan suasana kehidupan tetapi satu masa seandainya pasangan mulai sedar dia akan tahu menilainya betapa Si Anu begitu sayangkannya malah Si Anu pula setelah jerit perihnya membentuk pasangannya tadi akan merasa satu perasaan yg begitu besar nilainya.Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Jadi letakkanlah kaseh dan sayang kita dahulu sebelum kita menyatakan perasaan cinta yg sebenar. Cinta akan lahir dari seorang lelaki yg mempunyai perasaan penuh tanpa berbelah bahagi kepada Allah swt maka dari sini baru akan timbulnya Cinta dari seorang perempuan terhadap dirinya. Seandainya anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya maka akan lahirlah cinta yg hanya terlafaz melalui lidah yg tidak mengeluarkan modal pengorbanan.

Cinta terhadap seseorang adalah sehingga akhir hayat dan tidak ada lagi berbelah bagi. Cinta bukan hanya untuk satu atau dua penggal atau kata lain hanya cinta berubah mengikut tahap anak. Anak pertama begini, anak kedua begini dan anak ketiga mulai kurang cintanya. Beginikah dikatakan cinta? Seandainya terjadi begini maka tidak akan kekallah cinta itu sehingga ke akhir hayat. Apakah ini kita maseh katakan cinta. Tidak samasekali. Cinta Adalah sehingga ke akhir hayat yakni cinta kepada Allah swt dan membawa kepada Allah swt.

 Rindu

Dari mana pula datangnya rindu? Rindu seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya seseorang yg membawa kepadanya cinta.. Maksudnya, bila mekarnya perasaan suka dan sayang terhadap seseorang maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.

Pada orang kebanyakkan hari ini melampiaskan rindu melalui pelbagai cara. Sehinggakan sanggup menggadaikan maruah diri padahal perkara ini sedikit pun tidak melambangkan keprihatinan dan tanggungjawab setiap pasangan. Rindu di lafazkan kemudian kononnya cinta sebagai alasannya maka terjadilah perkara yg terlarang. Apakah benar sebegini? Rindu sememangnya akan lahir jika kita terpandang akan seseorang yg mana akan membawa kita kepada cinta yg hakiki. Melalui wataknya yg menjernihkan jiwa maka akan menyerap ke seluruh anggota satu perasaan yg tidak dapat digambarkan. Inilah yg dikatakan 'Mabuk Cinta' sehinggakan boleh lemah longlai bagi sesiapa yg merasainya.Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….

Itulah Cinta yg Hakiki dan Abadi jadi perolehilah ia walaupun membinasakan dirimu....

15.11.11

Agama itu Nasehat

" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)


"berilah peringatan,sesungguhnya dengan memberi peringatan memberi manfaat bagi orang mukmin"
(surah azzariyat 27:55)
Nabi Muhammad saw bersabda: "Dalam kehidupan ini adalah seperti orang asing atau pengembara." 

kata-kata ini mengingatkan kita bahawa kita tinggal untuk sementara di dunia ini dan kita haruslah hidup seperti musafir, dengan mengambil hanya sekadar perlu dan perlakukan kebaikan, untuk kita sampai ke syurga iaitu destinasi kita yang sebenarnya. 
 

PESANAN AL-KHATTAB

‎" Tinggalkan ucapan berlebihan,
dapat hadiah berupa hikmah...

tinggalkan penglihatan berlebihan,
dapat hadiah khusyu' dalam hati...

tinggalkan makan berlebihan,
dapat keni'matan beribadah...

tinggalkan ketawa berlebihan,
dapat perasaan takutkan Allah...

tinggalkan jenaka berlebihan,
dapat hadiah berupa keindahan,

tinggalkan suka dunia berlebihan,
dapat cinta akhirat...

tinggalkan memperhatikan aib orang lain,
dapat kemaslahatan dalam meneliti aib sendiri...! "
Sama-samalah kita fikirkan....

Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. (Al-Baqarah: 165)

Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (ikutilah Muhammad saw.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. (Ali Imran: 31)

“Tali iman yang paling kuat adalah cinta karena Allah dan benci karena Allah.” (HR. At Tirmidzi)
Agar cinta tidak menjerumuskan kita ke dalam lubang kehinaan, ada baiknya kita mengambil hikmah dari sumber-sumber islam dan perkataan para ulama berikut ini.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.
Hamka
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Hamka
Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingat (menyebut) Nya, karena tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya.
Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab)
Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya ridha atau murka terhadapnya.
Salman al Farisi (Az Zuhd, Imam Ahmad)
Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirahat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasehat susah untuk memasukinya.
Malik bin Dinar (Hilyatul Auliyaa’)
Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.
Ali bin Abi Thalib
Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Karena sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai.
A’idh Al-Qorni

13.11.11

Pemakanan Sumber Kepada Penyakit

Assalamualaikum semua....
Semoga sehat sejahtera kepada semua dan di beri kekuatan oleh Allah swt dalam menjalani kehidupan yg sementara ini. Setiap hari yg kita lalui pasti ada ujian yg di lalui baik dari segi fizikal mahupun mental dan yg penting kita selalu berharap pd Allah swt dalam melalui ranjau ataupun liku-liku kehidupan ini.

Artikel kali ini akan membuka minda kita mengenai pemakanan di mana setiap hari kita pasti memerlukannya utk meneruskan kehidupan. Mudah-mudahan kesehatan yg baik akan memberi kita kekuatan dalam menjalani ibadah kepada Allah swt tetapi ini tidaklah bermakna tidak sehat kita lupa pada Allah swt. Terpulanglah pada diri masing-masing bagaimana harus kita menghadapinya.


Rasulullah s.a.w. bersabda :

Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara :
1.MUDA SEBELUM TUA
2.SIHAT SEBELUM SAKIT
3.KAYA SEBELUM MISKIN
4.LAPANG SEBELUM SIBUK
5.HIDUP SEBELUM MATI
Oleh itu, marilah kita selalu berwaspada dalam pemakanan kita sebelum sakit datang tak kira masa.

Larangan Memenuhi Perut


Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkannya berfungsi. Manusia tidak boleh hidup tanpa makanan. Ini kerana makanan memberi manusia tenaga bukan sahaja untuk bekerja tetapi juga untuk membesar, membiak, dan melaksanakan segala proses kelangsungan hayat.

Setiap anggota yang terlibat dalam pemprosesan makanan yang dimakan oleh seseorang individu itu ialah seperti mulut, farinks, esophagus, gaster, usus kecil dan juga usus besar. Manakala organ aksesori sistem pencernaan pula ialah gigi, kelenjar, liur, pundi hempedu, dan pancreas. Setiap organ ini mempunyai tugasnya yang tersendiri dalam memastikan setiap makanan yang masuk ke dalam perut kita tidak membawa bahaya kepada perut kita khususnya.

Manakala makanan yang baik dan seimbang amatlah diperlukan untuk kelangsungan hayat dan kesihatan tubuh badan. Namun makanan yang seimbang sahaja belum mencukupi bagi mereka yang betul-betul ingin menjaga kesihatan, mereka juga perlu manjaga kuantiti makanan yang diambil pada sesuatu masa itu. Seseorang yang makan terlalu banyak atau mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak boleh menimbulkan pelbagai penyakit yang memudaratkan tubuh badan, terutama pada bahagian perut.

Sesungguhnya hal ini merupakan faktor kemalasan, kuat tidur dan mengabaikan ibadah bagi sesetengah individu tersebut.
Firman Allah s.w.t.dalam Al-Quran pada Surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud :
“Makan dan minumlah, tetapi janganlah berlebihan, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka orang yang berlebih-lebihan.”


Kesihatan Perut Menurut Perpektif Sains dan Islam

Makanan merupakan keperluan asas pada manusia ,bagaimanapun ia boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada manusia .Hadis Nabi S.a.w yang menyebut tentang penyakit yang berpunca dari perut ,kini dibuktikan dengan penemuan sains,Islam sejak dahulu mengajar manusia ke arah kebaikan melalui perantaraan Hadis dan Al-quran .Seperti yang disebut dalam firman Allah s.w.t bahawa kerosakan adalah di sebabkan tangan manusia itu sendiri . Islam mengajar manusia mengenai kebersihan dan tidak berlebihan dalam pemakanan kerana ia mengundang pelbagai penyakit . Pengetahuan sains berlandaskan Al-Quran dan sunnah mampu menarik keluar manusia dari lembah kerosakan .


Proses penghadaman

Penghadapan melibatkan proses mekanikal dan tindak balas kimia .Penghadaman mekanikal bermula di mulut dan perut .Dalam perut ,proses pergerakan usus yang dinamakan peristalsis akan mengecut dan menggaulkan makanan sambil memecahkan butiran makanan ke partikel yang lebih luas.

Makanan yang melalui saluran penghadaman kita akan dicernakan dengan bantuan beberapa organ lain seperti hati ,pankreas,dan hempedu .Enzim ialah protein yang akan memecahkan makanan kepada partikel-partikel yang lebih kecil yang akan kecil akan ditukarkan kepada tenaga.

Penghadaman yang melibatkan tindak balas kimia bermula di mulut . Enzim dan asid hidroklorik dalam perut ,serta jus hempedu daripada kalenjar hempedu ,akan menghuraikan makanan yang terdiri daripada struktur kompleks seperti karbohidrat ,protein dan lemak ,ke bentuk nutrien yang ringkas dan mudah diserap ,seperti gula ,asid amino dan asid lemak.


Perut

Salur penghadaman manusia ,kelihatan seperti satu tiub panjang ,jika ia dibentang di atas meja ,panjangnya sehingga 20 kaki .Otot yang mengecut secara berentak , menyebabkan pergerakan peristalsis membantu memindahkan makanan sepanjang salur penghadaman sambil memecahkan saiz makanan.Rupa perut ialah seperti kantung dan ia terletak di bahagian bawah esofagus .Perut mempunyai dinding yang sungguh elastik , dengan banyak lipatan seperti alat muzik akordian ,dinamakan “rugae”.

Perut mampu menampung sehingga 2 liter campuran makanan dan cecair ,Bagi mereka yang tidak mengikut Sunnah Nabi iaitu “makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang “ dan makan secara berlebihan ,tubuh badan akan mengubah suai organ berbentuk kantung ini untuk mengembang . Pada jangka masa panjang , bentuk fizikal organ individu tersebut akan bertambah besar untuk menampung jumlah makanan yang lebih banyak .

Perut yang penuh kekenyangan jika terus diisi dengan makanan sehingga terlalu sarat akan membebankan ‘kilang’ dalam perut untuk memproses sehingga kadangkala boleh mengakibatkan ‘kerosakan’.
Ramai daripada kita masa kini memilih makanan daripada aspek kelazatan dan terlupa mengenai khasiat dan kandungannya. Soal khasiat dan kandungan pemakanan kini jatuh soal nombor dua dan banyak dilupakan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal.” Sama ada kita sedar atau buat-buat tidak sedar ialah kebanyakan penyakit bermula daripada salah pilih makanan.

Dalam hadis lain pula Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.” Tatacara yang dianjurkan Rasulullah SAW ketika makan ialah dengan ‘makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang’.

Sementara proses penghadaman ini berlaku , kalenjar dalam perut merembeskan cecair penghadaman perut , iaitu gabungan enzim pepsin, asid hidroklorik dan lendir (mukus) .Cairan perut iaitu pH 2, sangat berasid dan mampu melarutkan paku besi. Jus gastrik ini membunuh bakteria dalam makanan sambil menghentikan tindakbalas amilase yang menghadamkan karbohidrat dalam mulut .Ikatan dalam karbohidrat diputuskan oleh asid kuat , menyebabkan sedikit aktiviti pencernaan karbohidrat , dapat berlaku di sini. Dalam perut pepsin akan menghadamkan protein secara menghuraikan ke komponen asas yang lebih kecil ,iaitu asid amino dan polipeptida.

Perut yang mengecut dan mengendur akan menggaulkan makanan hancur dengan cairan , membentuk “Chyme” ,iaitu pepejal berair .Chyme ini akan beredar meninggalkan perut ,menuju ke usus kecil untuk proses penghadaman .

Di dalam perut ,lemak akan terapung di dalam cairan perut yang bercampur dengan makanan .Hanya sejumlah kecil lemak yang akan terhadam dalam perut .Lemak adalah komponen makanan terakhir yang akan meninggalkan perut.

Di dalam salur penghadaman kita , wujud tidak kurang 500 spesis miroorganisma . Mikklroflora ini kompleks dan berbeza , bergantung kepada tubuh badan , menurut umur , keadaan kesihatan , pemakanan , daerah , Negara dan benua.
Mikroorganisma ini membantu proses penghadaman dan penyerapan sumber makanan , di dalam salur penghadaman kita .ke dalam darah untuk diedarkan ke seluruh badan yang memerlukan nutrient ini.


Falsafah Pemakanan Islam

Dalam soal pemakanan, Islam telah menggariskan beberapa panduan yang perlu diamalkan oleh seluruh umat manusia seperti mana berikut:


Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
“Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang”. (Hadis Riwayat Abu Dawud)


Memilih makanan yang halal dan baik.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Hak anak ke atas bapa ialah bapa hendaklah memberi nama yang baik, mengasuhnya dengan budi pekerti yang baik, mengajarnya menulis, berenang dan memanah. Janganlah berikan kepadanya rezeki selain yang baik (halal) dan hendaklah mengahwinkannya apabila telah layak berkahwin”. (Hadis Riwayat Hakim)


Membaca Bismillah, ambil dengan tangan kanan dan makan makanan yang terdekat.

Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“bacalah Bismillah (jika kamu hendak makan), dan makanlah dengan tangan kananmu, dan ambillah makanan yang terdekat”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Menghormati orang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
Jikalau seseorang daripada kamu makan bersama-sama dengan orang ramai dan sudah berasa kenyang, maka janganlah kamu mengangkat tangan (berhenti dahulu) sehingga orang ramai sama berhenti (iaitu berhenti makan bersama-sama), ini kerana jika kamu berhenti dahulu sebelum orang lain, hal itu dapat memalukan kawanmu”.


Tidak membazir

Firman Allah S.W.T., maksudnya:
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas.

Maksud berlebih-lebihan di sini ialah janganlah melampaui batas dalam mengambil makanan. Makanan perlu diambil berdasarkan keperluan tubuh badan dan perlu dipastikan agar ianya halal.


Larangan Makan Berlebihan

Islam melarang umatnya makan secara berlebihan berdasarkan sabda Nabi s.a.w., yang bermaksud: “ Orang mukmin itu makan menggunakan sebuah perut; sedangkan orang kafir itu makan dengan menggunakan tujuh buah perut.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah s.a.w. turut bersabda : “Tiadalah wadah yang disisi anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya sendiri, di mana dia menyangka bahawa dengan beberapa makanan, maka tulang sulbi (kekuatannya) akan dapat tegak kembali. Seandainya dia terpaksa bersikap demikian, maka (isilah perutnya) sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan yang sepertiga lagi dikosongkan untuk pernafasan (bernafas).”

Jelas kepada kita dari kedua hadis yang atas, bahawa nabi kita Muhammad s.a.w. telah terlebih dahulu mengetahui akan hal itu, dan mendahului ilmu kedoktoran yang ada masa kini. Dapat disimpulkan dari hadis di atas bahawa perut dijadikan untuk menegakkan tulang sulbi (penegak badan) dengan sebab makan, manakala kenyang pula akan menjadi sesuatu yang buruk, apabila ia boleh membawa kerosakkan pada agama, dan juga kesihatan.

Adalah sesungguhnya saluran utama masuknya syaitan dengan mudah melalui seseorang individu itu ialah disebabkan oleh terlampau banyaknya makan (terlalu kenyang), kerana ia menjadikan seseorang itu berat untuk melakukan ibadah kepada Allah dan mendorong kepada melakukan maksiat-maksiat yang lain. Ini jelas menunjukkan bahawa mudah bagi syaitan untuk menguasai seseorang itu tatkala perutnya dipenuhi dengan makanan.


Bersikap Sewajarnya Dalam Makan Dan Dilarang Makan Terlalu Kenyang

Menurut Tarmizi, Imam Ahmad, Ibn Majah dan an-Nasai, Nabi Muhammad telah bersabda, maksudnya: “Tidak ada bekas yang diisikan oleh anak Adam yang lebih keji daripada perut. Cukuplah bagi anak Adam dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya. Dan sekiranya ia terpaksa melakukannya juga maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya”.
Berkenaan dengan hadis di atas, Ibn Qaiyim al-Jauziyah telah menjelaskan di dalam kitab At-Tib an-Nabawi, “Sesungguhnya perut apabila dipenuhi dengan makanan menyempitkan ruang untuk minuman dan sekiranya perut itu dipenuhi oleh minuman, ia menyempitkan ruang untuk nafas dan ketika itu ia terdedah kepada kesakitan dan keletihan. Keadaan seperti ini tidah ubah seperti seorang yang terpaksa memikul barang yang berat dan kesannya menyebabkan kerosakan hati dan mendatangkan kemalasan beribadah. Selain itu, nafsu syahwat berkobar-kobar dan inilah yang sering berlaku apabila kekenyangan menyerang seseorang. Dan sekiranya keadaan ini berterusan, ia sudah tentu memudaratkan, tetapi jika hanya sekali-sekala dibolehkan.

Dari Al-Miqdam bin Ma’adi Yakrib telah berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidaklah seseorang anak Adam memenuhi wadah yang lebih berbahaya daripada memenuhi perutnya sendiri. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap saja untuk menegakkan tulang-tulangnya. Jika terpaksa dirinya mengerjakan lebih dari itu, maka hendaklah sepertiga perut untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga untuk (udara) pernafasannya”.
Dari Ibnu Umar r.a., katanya: Suatu ketika seorang lelaki bersendawa (keluar bunyi dari mulut kerana kekenyangan) di rumah Nabi s.a.w., kemudian baginda bersabda: “Hentikanlah sendawamu dari kami, sesungguhnya orang yang akan mengalami kelaparan yang panjang pada Hari Kiamat adalah mereka yang paling kenyang di dunia”.

Dari Ju’dah r.a.. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. suatu ketika melihat seorang lelaki dengan perut membuncit, kemudian baginda menunjuk (ke arah perut) dengan jarinya sambil bersabda: “Seandainya ini (isi perut) berada tidak di tempat ini, maka tentunya akan lebih baik bagimu”.
Menurut Syaikh Sa’ad Yusuf Abdul Azis, pesanan yang tersirat di dalam hadis di atas ialah agar kita hidup secara bersederhana terhadap makanan serta memberikan apa yang melebihi dari keperluan kita untuk diberikan kepada fakir dan miskin atau kepada kegiatan sosial dimana manfaat tersebut akan kembali semula kepada orang yang memberi bantuan tersebut baik di dunia mahupun di akhirat.


Keharusan Kenyang Sekali-Sekala

Kenyang mengandungi banyak kemudaratan berbanding manfaat. Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, kekenyangan menyebabkan hawa nafsu bergelora dan akhirnya tubuh badan diserang penyakit. Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. tidak pernah kenyang melainkan sekali-sekala sahaja dalam hidup mereka. Contohnya menurut Tarmizi, Imam Ahmad, Baihaqi dan al-Hakim bahawa Abu Hurairah r.a. meminum susu di sisi Rasulullah s.a.w. sehingga beliau akhirnya berkata, “ Demi Dia yang mengutus kamu dengan hak, aku sudah tidak ada ruang lagi bagi meminumnya”.


Bagaimana Perut Boleh membawa penyakit?

Mungkin pada segelintir masyarakat kita, hubungan manusia dengan makanan seakan “love-hate relationship”. Makanan yang membawa kenikmatan di dalam hidup, secara paradoksnya membawa kesengsaraan melalui penyakit dan memendekkan hayat seseorang . Sumber penyakit yang paling utama berasal dari makanan yang terlalu banyak dari segi kuantiti dan jenisnya.

Dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.





6 punca penyebab penyakit dari perut:-

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Nabi kita Rasulullah s.a.w., mengajar umat Islam tabiat pemakanan yang betul , dengan sabda baginda yang mafhumnya yang difahami: “kami adalah satu kaum yang tidak makan kecuali apabila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang ”.

Rasulullah SAW bersabda : “Tiada suatu wadah pun yang dipenuhi oleh anak-anak Adam yakni manusia, yang lebik buruk daripada perutnya . Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suapan saja asalkan sudah dapat menegakkan tulang rusuknya . Tetapi kalaupun tidak boleh ,tidak harus makan melebihi beberapa suapan , sepertiganya untuk tempat minuman dan sepertiganya lagi untuk kejernihan jiwanya”.

Tidak menghairankan jika dibanding dengan haiwan , manusia diuji dengan pelbagai penyakit perut .Zaman dahulu , kekurangn makanan berleluasa di beberapa negara ; di zaman sekarang , lambakan makanan yang pelbagai jenis dengan harga yang murah , serta mudah diperolehi membawa masalah kesihatan baru .
Umat islam tidak digalakkan memakan secara berlebihan ,berdasarkan kepada ayat Al-Quran, maksudnya: “ Makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan ” (Al-a’raf :31)
Selain itu, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “jangan kamu matikan hati dengan banyak makan dan minum , kerana sesunguhnya hati itu adalah seperti tanaman yang akan mati jika disiram terlalu banyak air”


Berdisiplin Dalam Makan Dan Minum

Kebanyakan penyakit yang menimpa manusia berkait rapat dengan makan dan minum mereka. Nabi s.a.w. sering kali mengingatkan umat Islam tentang bahaya perut supaya mereka berwaspada dengannya. Di dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali telah menyenaraikan tujuh adab sebelum makan dan ia perlu diambil berat:

• Memastikan makanan daripada sumber yang halal.
• Membasuh tangan.
• Meletakkan makanan di dalam bekas yang diletakkan di atas lantai kerana ia melatih diri tawaduk. Jika sekiranya makanan di letakkan di atas meja tanpa melampaui batas, ia tidaklah dilarang.
• Duduk dengan cara yang betul dan dilarang makan sambil berbaring atau bersandar.
• Berniat supaya makanan itu mendatangkan kekuatan untuk beribadah kepada Allah.
• Bergembira dengan rezeki yang terhidang dan bersyukur.
• Berusaha supaya tidak makan seorang diri tetapi bersama-sama dengan orang lain walaupun daripada kalangan keluarga dan anak sendiri.

Selain itu, Imam Ghazali juga turut menyenaraikan beberapa adab ketika makan yang perlu dijaga supaya makanan itu diberkati oleh Allah S.W.T.:
• Mulakan dengan bismilah dan doa.
• Makan dengan tangan kanan.
• Mengunyah dengan baik.
• Jangan dicaci sebarang makanan.
• Sebaik-baiknya makan makanan yang paling hampir kecuali buah-buahan.
• Jangan menghembus di atas makanan yang panas. Tunggulah dengan sabar.
• Jangan makan secara berlebihan.
• Apabila terpaksa minum air, pastikan dalam kadar yang sedikit kecuali dalam keadaan terdesak.

Disamping itu, Imam Ghazali juga turut menggariskan beberapa adab selepas makan:
• Berhenti makan sebelum kenyang.
• Menjilat jari.
• Membasuh tangan.
• Berdoa.
• Mengeluarkan makanan yang terlekat dicelah gigi atau flossing.
• Banyak bersyukur kepada Allah S.W.T.
• Beristighfar supaya diampunkan Allah andainya terdapat unsur-unsur syubhah pada makanan itu.



Jenis vitamin Fungsi
Larut dalam lemak :
Vitamin A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
Vitamin D Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
Vitamin E Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
Vitamin K Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Larut dalam air:
Vitamin C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12) Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.


Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin yang tersendiri.
Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya.



i) Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.

ii) Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.

iii) Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi.

iv) Nanas - vitamin A, B, dan C.

v) Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.

vi) Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.

vii) Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.

viii) Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.

ix) Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.

x) Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...