Mari beri sokongan

11.8.11

Kad Ucapan Hari Raya

Assalamualaikum semua...

Dalam kita menjalani ibadah puasa ini kita tidak terlepas menghadapi situasi ghairah untuk menyambut kedatangan Aidilfitri. Jadi marilah kita sesama mengingatkan supaya tidak membazir dalam berbelanja baik di bulan ramadhan ini mahupun ketika kita membuat persiapan utk menyambut Aidilfitri ini.

Justeru itu kita di galakkan utk bergembira untuk menyambut ketibaan hari lebaran nanti di samping kita mengukuhkan amal ibadat di sepanjang bulan ramadhan ini dan barulah kita terasa akan kegembiraan menyambut kedatangan hari lebaran dan juga kita sepatutnya merasa sedih kerana kita tidak tahu apakah ramadhan yg seterusnya dapat kita tempuhi lagi.

Jadi di sini saya berbesar hati utk menyampaikan ucapan Hari Raya dan bagi sesiapa yg ingin milikinya bolehlah ambil gambar di bawah ini, tiada larangan untuk mengambilnya dan sampaikanlah kepada sahabat serta saudara mara kita yg berjauhan, InsyaAllah, koleksi gambar ini akan dipertambahkan lagi dari masa ke semasa.

Selamat Hari raya Aidil fitri maaf zahir dan batin...
(klik untuk besarkan)












 









Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...