facebook

facebook

Mari beri sokongan

28.7.11

Salam Ramdhan 1432



Assalamualaikum buat semua....

Ramadan menjelang kembali. Kehadiran bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan barakah ini sangat di nanti-nantikan bagi mereka yg mencari keredhaan tuhan, bagi mereka yg mencari kerahmatan tuhan, bagi mereka yg mencari keberkatan dan seterusnya bekalan buat menempuhi alam akhirat.

Dahulu, pada zaman Rasulullah SAW bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan bagi umat
Islam. Sejarah telah mencatatkan banyak peristiwa penting umat Islam berlaku pada bulan
Ramadhan. Bermula dari penurunan wahyu pertama kepada Rasulullah SAW diikuti kemenangan
umat Islam dalam peperangan Badar, Khandaq dan Hunain serta penaklukan kota Mekah. Pada
bulan Ramadhan juga empayar Rome ditakluki dan seterusnya menjadikan negara Islam sebagai
salah satu kuasa besar. Pada masa ini umat Islam dipandang mulia dan dihormati. Semua
golongan dari pelbagai bangsa, tidak mengira agama, warna kulit dan status berbondong-bondong
memeluk Islam dengan keinginan dan pilihan mereka tanpa paksaan dan sebarang ugutan.
Alangkah indahnya Ramadhan pada waktu itu.

Dahulu, para sahabat Rasulullah SAW menanti-nantikan dan merindui Ramadhan.
Mereka bergembira menghidupkan Ramadhan dengan tarawih, tadarus, tahajud,
qiyamullail dan sebagainya. Laungan selawat dan tasbih menguasai suasana. Amalan
bersedekah menjadi lumrah dan kebajikan golongan tidak berkemampuan diambil berat
dan dibela. Di kala Ramadhan meninggalkan mereka, para sahabat menangis dan
bersedih kerana takut tidak ketemu lagi Ramadhan yang akan datang. Alangkah indahnya
suasana Ramadhan ketika itu.

Suasana bulan Ramadhan dari masa ke masa sehinggalah ke hari ini, amat berbeza.Bahkan ketika kita melihat kehidupan Rasulullah melalui sirahnya tidak banyak persamaan dengan apa yang kita lakukan di bulan Ramadhan masa kini seperti kegiatan sahur, berbuka, tarawih dan suasana memperbanyak amal serta meningkatkan pengertian iman. Kelelahan, haus dan laparpun dirasakan oleh Rasulullah sebagaimana kita rasakan saat ini, tidak beda secara manusiawi. "Katakanlah Muhammad, 'Sesungguhnya aku ini adalah manusia biasa seperti kamu" [18;110]. Dengan kata lain inilah kita dapat mencontohi peribadi beliau karena yang kita contoh adalah nabi yang manusia seperti kita, seandainya Allah menurunkan nabi itu dari kalangan makhluk lain tentu tidak mampu kita menirunya seperti malaikat atau jin.


Kini, syawal lebih dinantikan berbanding Ramadhan. Suasana Ramadhan hanya meriah
tatkala di permulaannya. Masjid dan surau hanya penuh di awal Ramadhan dan hampir
lengang diakhirnya. Di sepanjang jalan kelihatan bazaar Ramadhan yang dihadiri ribuan
umat Islam membeli juadah berbuka walaupun waktu Maghrib hampir menjelang tiba.
Lagu-lagu raya dimainkan di mana-mana tatkala selawat dan salam lebih utama. Paling
menyedihkan jumlah kehilangan nyawa akibat kemalangan jalanraya terus berleluasa
tiada kurang angka statistiknya. Alangkah longlainya Ramadhan pada masa ini.

Bersempena Ramadhan 1432H yang mulia dan penuh dengan keberkatan ini, marilah kita
mengambil iktibar segala peristiwa yang menimpa umat Islam masa kini dan bersama-sama
menghayati makna sebenar Ramadhan. Ramadhan merupakan satu institusi
penyucian rohani dan jasmani umat Islam yang tidak terdapat pada mana-mana agama
yang lain. Sepertimana di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra.
bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara
yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau
mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah
daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke
atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa
".

Marilah bersama kita manafaatkan bulan Ramadhan ini sebagaimana amalan yg telah ditunjuki oleh Baginda Rasulullah dalam arti lain kita meniru dan mengacu ibadah kita kepada contoh teladan yang telah diwariskannya, sebelas bulan di luar Ramadhan kita tidak berhasil meraih taqwa, kerana keadaan dan suasana memang sulit untuk diikuti tetapi di bulan Ramadhan Allah membuka lagi pintu amlan itu dengan hadiah pahala dan ditambah dengan bonus-bonus berharga lainnya, nampaknya tidak ada orang yang tertarik dengan ganjaran ini kecuali anda dan saya. Jom kita bersama mengejar serta meningkatkan prestasi ibadah di Ramadhan ini bersama Rasulullah s.a.w., wallahu alam.



Selamat berpuasa dan penuhilah ramadhan yg mulia ini dengan amalan yg mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

2 comments:

Cik Bell said...

salam Ramadhan kareem~
semoga Ramadhan kali ini dpat memperbaiki diri masing2 menjadi lebih baik..IAllah..

zaidizain said...

salam kembali...

INsyaAllah, semoge di berkati...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...