Mari beri sokongan

21.6.11

Jalan-jalan ke Kedah.

Masa berlalu begitu pantas dan sudah masuk ke pertengahan tahun dan sudah hampir sampai ke bulan Islam di mana Umat yg mengaku beragama Islam akan menunaikan ibadah puasa tak lama lagik.

Dalam begitu pantas masa berlalu, berkesempatan jugak aku pegi meronda, kali ni pegi ke Daerah Sik, Kedah. Tempat ni yg sedang dalam pembangunan sebagai tempat perlancongan berdekatan dengan Empangan Beris. Di sini juga terdapat Ladang Anggur di sebelah Utara. Kawasan ladang ini di terletak di dalam kawan tertutup (maksudnya berbumbung) bagi menyesuaikan penanaman anggur cuaca panas.

Di sebabkan ada kalangan pengunjung yg tidak bertanggungjawab ketika melawat ladang ini jadi pihak pengurusan telah mengenakan bayaran sebanyak rm3 bagi sesiapa yg ingin melihat atau memasuki kawasan penanaman anggur ini.

Bagi sesiapa yg ada berhasrat utk berkunjung ke tempat ini, cara mudah untuk sampai ke sini adalah dengan mengikuti Highway PLUS dan keluar melalui Tol Gurun. Setelah itu bolehla mengambil jalan menuju ke Pekan Sik. Melalui jalan ini tidaklah susah sebab jalan dia berterusan sehinggalah melepasi pekan Sik dan akan sampai ke kampung Telaga Batu dan di situ sudah ada papan tanda menunjukkan ladang Anggur ini.


kawasan dalam ladang anggur

 Buah anggur yg belum cukup masak.

 Buah Anggur yg sudah boleh di petik.

Pokok yg lebat buahnya.

 macam kat negara sejuk plak.



 Lepas ja pegi meronda kat Ladang Anngur ni, destinasi seterusnya kami pergi pulak kat Lata Bayu, di daerah Baling, mandi-mandi bg sejuk badan skit.. besttttt tuuuuu.....


 Limpahan air terjun yg menyamankan






Best tuuuuuuuuu.............
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...