facebook

facebook

Mari beri sokongan

8.5.11

Khasiat Air Kelapa

Manfaat/Khasiat Air Kelapa...



-Air kelapa berkhasiat sebagai diuretik, iaitu untuk memlancarkan pengeluaran air seni. Air kelapa muda dicampur dengan sedikit sari jeruk sitrun bermanfaat untuk mengatasi dehidrasi, juga untuk memerangi gangguan cacing dalam perut anak-anak kecil.

-Jika air kelapa muda yang dicampur dengan susu amat baik untuk makanan anak. Campuran air kelapa muda tersebut mempunyai khasiat untuk mencegah penggumpalan susu dalam perut, muntah, sembelit, dan sakit pencernaan.

-Air kelapa juga mempunyai bermacam-macam khasiat sebagai ubat. Di antaranya, minum air kelapa muda juga dapat membantu mengatasi pengaruh racun ubat ,sulfa dan antibiotika lain, sehingga menjadikan ubat-ubat itu lebih cepat diserap darah.

-Mencuci muka dengan air kelapa secara rutin setiap hari dapat menyembuhkan atau melenyapkan jerawat, bintik-bintik hitam, kerutan pada wajah yang datang lebih awal, kulit mengering dan wajah menjadi tampak berseri.

-Campurlah air kelapa dengan sedikit madu. Ramuan ini merupakan tonik yang murah dan berkhasiat. Ramuan ini merangsang pusat-pusat seksual tubuh dan menghilangkan akibat buruk keghairahan seksual berlebihan.

-Air kelapa juga berkhasiat sebagai ubat luka, telapak kaki pecah-pecah, dan eksim. Membuat ramuannya adalah sangat mudah. Rendamlah segenggam beras dalam air kelapa muda bersama tempurungnya sampai beras terasa masam di sebabkan peragian, kemudian beras digiling menjadi bubuk halus. Tepung beras tersebut digunakan dengan dioleskan setiap hari selama 3-4 hari pada bagian tubuh yang sakit.

-Jika air kelapa muda dicampur dengan sedikit bubuk kunyit dan air kapur sirih dalam ukuran sama merupakan ubat luka bakar dan menidakkan rasa panas pada telapak kaki dan tangan.

2 comments:

Mia Liana said...

sedap air kelapa ni... memang banyak khasiat, cuma kita je kadang tak praktikkan :)

SRenungan said...

air kelapa memang banyak khasiatnya..
baik untuk kesihatan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...