facebook

facebook

Mari beri sokongan

1.5.11

Simple Kad Kawen

Assalamualaikum semua....

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

  Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

"Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

-----------------------------------------
Inilah kehendak naluri manusia yg normal yg tidak akan lepas dari ingin berkahwin. Berkahwin bukanlah saja dpt membendung gejale yg tidak sehat, malah berkongsi masalah, mendengar luahan isteri/suami, berbual dan bermesre serte mendidik dan mempraktikkan amalan agama bersame.

Jadi, bukanlah entry ni sy nk berbincang bersame pasal kawen ni tp kalo sesape ade perancangan nk kawen tu lekas-lekas la yer...

Di sini sy nk buat tutorial berkenaan 'kad kawen', mungkin korang bley design sendri kad kawen korang di mase depan kan... kalo nk order terus pun bagus gak, senang kijer... tp kalo ade mase n lambat lagik tarikh majlis, leh gak saje-saje try wat design sendri dgn citerase sendri kan.... ok jom kite buat...

Buka satu dokumen baru dengan tajuk 'Greeting Card' dengan ukuran width = 999 dan Height = 616 dan pastikan Resolution pada kadar 300 pixels/inch. Ini adalah utk menghasilkan gambar yg lebih cantik sekiranya korang print nnt.

OK sekarang bukekan satu gambar yg korang rasekan sesuai sebagai latar belakang korang dan sy memilih gambar 'bunge' sbg pilihan.



Sy gune pic ni n kalo korang nk korang leh amek.


ok sekarang klik Ctrl+U dan satu paparan Hue/Saturation akan keluar dan ubahkan setting seperti ini:



dan akan terhasil gambar macam ni...

 Ok sekarang kita akan membuat bingkai pada gambar ini dan caranya ikut macam ni.

Pergi ke Layer Pallete kemudian tekan butang Ctrl kemudian klik pada gambar bunge ini pada layer tersebut dan korang akan dapati garisan putus2 akan terhasi di sekeliling gambar bunge ini.

Ok, sekarang pergi kepada Edit>Stroke. Satu paparan akan keluar seperti ini dan masukkan setting seperti paparan di bawah ini.
klik ok.



Korang akan dapati hassil kerje korang adalah seperti ini.

Ok, sekarang kite nk bubuh effect sikit kat bingkai supaya nampak fancy skit kad tu nanti. Sekarang klik pula pada Menu  Layer>Layer Style dan ikut seperti gambar di bawah ini.




dan inilah hasilnya...


ok jom sambung lagik tutorial ni ek...

Sekarang kite nk tambah skit effect dgn brush. Bina satu layer baru dan namekan dia dgn 'Brush' dan pilih brush dr jenis bulat dan lingkungan yg fading berukuran '45' kemudian ikuti setting seperti di bawah ini.


Setting 1

Setting 2


Tukarkan warna 'foreground color' kepada warne samar kesukaan korang dan mula lakarkan brush yg baru anda setting tadi kepada layar kerje korang.


Ok, ni lah hasil kerje yg sy dapat.



Setelah siap pade peringkat ini, kite akan masukkan frame pula dalam ruangan kerje utk di bahagikan kepade 3 bahagian sepertimane kad undangan yg terkandung 3 bahagian. Ini adalah rekaan biase sy dan terpulanglah pade korang utk buat mcmane yg korang suke.


Ok, utk menambahkan bahagian, pertame sekali kite perlu buatkan garis lintang pada ruang kerje dan utk membuatnye, pergi ke View>New Guide dan satu paparan New Guide akan keluar dan tick-kan pada Vertical kemudian masukkan sukatan ini 33.3% pade ruang Position. Satu garis lintang terhasil kemudian lakukan sekali lagi View>New Guide dan masukkan pule sukatan 66.6% dan akan terhasillah dua garisan lurus pade layar kerje korang.


Sekarang kita nk masukkan bingkai pada layar kerje mengikut line yg baru kite bine tadi. Ok, korang leh download frame kalo korang tader dalam simpanan. Sini




Ok skang ni korang leh tambah lagik keceriaan kad korang dgn membubuhkan kate2 azimat dan juge gambar korang ataupun seseorang.


G1

G2






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...