facebook

facebook

Mari beri sokongan

19.4.11

Sekilas Laluan dalam renungan

Renungkan dan Fikirkan



 inilah pesan sebagai renungan dari aku yg meniti perjalanan,perjalanan yg penuh dengan penipuan baik ke kiri mahupun ke kanan tetapi hidup ini akan ku teruskan,semoga menjadi peringatan bagi mereka yg mahu memikirkan...

setiap hari yg dilalui dipenuhi dengan kepalsuan,seandainya tidak berhati-hati terjerumuslah ke lembah penghinaan,bukankah tuhan telah berfirman,dunia ini hanyalah mainan tetapi mengapakah maseh lagi ianya menjadi rebutan hinggakan tiada lagi perikemanusiaan,apakah ini di namakan suratan atau hanya sekadar kebetulan...

aku yg mencari aku yg memerhati,dunia yg hakiki tak bisa ditemui,seandainya aku tidak peduli akan nasehat-menasehati.Inilah lumrah duniawi seandainya pentingkan diri sendiri jadilah manusia yg tidak berbudi.Belajarlah dari mereka yg mengenali,menyusuli jalan mengabdi,pada mereka hendaklah di dekati semoga mengenal akan diri yg tajalli...

berpegang pada adat budaya,turunan bangsa kita,bangsa bukan sebarang bangsa,bangsa berpegang pada sunnah baginda.Pesan Baginda pada kita,hormati yg tua jangan dilupa,bersama anak-anak kita bergembira,pada wanita kita mulia,kaseh mengasihi sesama kita.Kita mengharap keredhoan yg esa,janganlah sampai menjadi derhaka,sentiasalah berpesan sesama kita,agar kita tak selalu lupa.

asalnya kita di tempat yg mulia,kerana leka kita ke dunia,bukanlah dihantar utk bersuka ria,tersilap langkah kita terseksa.Pada awalnya kita dicipta tiadalah kita akan berakhirnya,menjadi hamba kekal selamanya,mengharap kekal di dalam syurga...


-zaim zaiman


Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
nakalnya bersulam jenaka
budi bahasanya tidak terkira
kurang ajarnya tetap santun
jika menipu pun masih bersopan
bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
kecut takut kerana benar
janji simpan di perut
selalu pecah di mulut
biar mati adat
jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
keturunan Acheh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
malah mua'alaf bertakrif Melayu
(setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
melorongkan jalur sejarah zaman
begitu luas daerah sempadan
sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
kias kata bidal pusaka
akar budi bersulamkan daya
gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
terlalu ghairah pesta temasya
sedangkan kampung telah tergadai
sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
tangan masih memegang tali
sedang orang mencapai timba
berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
masih berdagang di rumah sendiri
berkelahi cara Melayu
menikam dengan pantun
menyanggah dengan senyum
marahnya dengan diam
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
setia dan sabar tiada sempadan
tapi jika marah tak nampak telinga
musuh dicari ke lubang cacing
tak dapat tanduk telinga dijinjing
maruah dan agama dihina jangan
hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
silaturrahim hati yang murni
maaf diungkap senantiasa bersahut
tangan diulur sentiasa bersambut
luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
selaga yang ada sanggup diberikan
sehingga tercipta sebuah kiasan
'Dagang lalu nasi ditanakkan
suami pulang lapar tak makan
kera di hutan disusu-susukan
anak di pangkuan mati kebuluran'

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
jika pantang menghalang kemajuan
jangan segan menentang larangan
jika yakin kepada kebenaran
jangan malu mengucapkan keyakinan
jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
memegang tali memegang timba
memiliki ekonomi mencipta budaya
menjadi tuan di negara Merdeka

Belangsungkawa Usman Awang
Al-Fatihah...



Menara Kesesatan
(Search)
Dari lembah terasing
Kita di perhatikan

Satu lakunan pentas
Mainan cendekiawan

Inilah sebahagian cara hidup kita
Mempermain dan dipermainkan

Guna dan diguna
Tanpa disedari dan menyedari

Kita di dorong dorong
Dari isu ke isu
Jerumus dan kecewa
Kemudian di selamatkan

Tiada yang pasti
Dari lembah ini
Haluan menuju keruntuhan
Banyak yang kabur
Tanpa disedari semua mimpi

Menara kesesatan
Sempit fikiran
Menara kesesatan
Dalam kerugian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...