facebook

facebook

Mari beri sokongan

27.3.11

Abu Nawas, Hamil dan Hendak Melahirkan

Sultan Harun Al-Rasyid terasa masygul di sebabkan sudah tujuh bulan Abu Nawas tidak menghadap ke Istana. Akibatnya, suasana Balairung jadi lengang, sunyi sepi. Sejak dilarang datang ke Istana, Abu Nawas memang benar-benar tidak pernah muncul di Istana.

“Mungkin Abu Nawas marah kepadaku,” fikir Sultan, maka di utuslah seorang punggawa ke rumah Abu Nawas.

“Tolong sampaikan kepada Sultan, aku sakit hendak bersalin,” jawab Abu Nawas kepada punggawa yang datang ke rumah Abu Nawas menyampaikan pesan Sultan. “Aku sedang menunggu dukun beranak untuk mengeluarkan bayiku ini,” kata Abu Nawas lagi sambil mengelus-elus perutnya yang buncit.


“Ajaib benar,” kata Baginda dalam hati, setelah mendengar laporan punggawa setianya. “Baru hari ini aku mendengar kabar seorang lelaki boleh hamil dan sekarang hendak bersalin. Dulu mana ada lelaki melahirkan anak. Aneh, maka timbul keinginan Sultan untuk menengok Abu Nawas. Maka berangkatlah dia diiringi sejumlah menteri dan para punggawa ke rumah Abu Nawas.

Begitu melihat Sultan datang, Abu Nawas pun berlari-lari menyambut dan menyembah kakinya, seraya berkata, “Ya tuanku Syah Alam, berkenan juga rupanya tuanku datang ke rumah hamba yang hina dina ini.”

Sultan dipersilahkan duduk di tempat yang paling terhormat, sementara Abu Nawas duduk bersila di bawahnya. “Ya tuanku Syah Alam, apakah kehendak duli Syah Alam datang ke rumah hamba ini? Rasanya bertakhta selama bertahun-tahun baru kali ini tuanku datang ke rumah hamba,” tanya Abu Nawas.

“Aku kemari karena ingin tahu keadaanmu,” jawab Sultan, “Engkau di kabarkan sakit hendak melahirkan dan sedang menunggu dukun beranak, sejak zaman nenek moyangku hingga sekarang, aku belum pernah mendengar ada seorang lelaki mengandung dan melahirkan, itu sebabnya aku datang kemari.”

Abu Nawas tidak menjawab, ia hanya tersenyum.
“Cuba jelaskan perkatanmu. Siapa lelaki yang hamil dan siapa dukun beranaknya,” tanya Sultan lagi.

Maka dengan senang hati berceritalah Abu Nawas. “Konon, ada seorang raja mengusir seorang pembesar istana. Tetapi setelah lima bulan berlalu, tanpa alasan yang jelas, sang Raja memanggil kembali pembesar tersebut ke Istana, ini ibarat hubungan laki-laki dan perempuan yang kemudian hamil tanpa menikah. Tentu saja itu melanggar adat dan agama, menggegarkan seluruh negeri.

Lagi pula apabila seorang mengeluarkan titah, tidak boleh menarik perintahnya lagi, jika itu dilakukan, ibarat menjilat air ludah sendiri, itulah tanda-tanda pengecut. Oleh kerana itu harus berfikir masak-masak sebelum bertindak. Itulah tamsil seorang lelaki yang hendak bersalin, adapun dukun beranak yang ditumggu, adalah baginda kemari,” baginda kemari kata Abu Nawas, adapun beranak yang ditunggu kedatangan Baginda kemari, “kata Abu Nawas.” Dengan kedatangan baginda kemari, bererti hamba sudah melahirkan, yang dimaksud dengan bersalin adalah hilangnya rasa sakit atau takut hamba kepada Baginda.”

“Bukan begitu, kata Sultan. “Ketika aku melarang kamu datang lagi ke istana, itu tidak sungguh-sungguh, melainkan hanya bergurau. Besok datanglah engkau ke istana, aku ingin bicara denganmu. Memang di sana banyak menteri, tetapi tidak seperti kamu. lagi pula selama engkau tidak hadir di istana, selama itu pula hilanglah cahaya Balairungku”.

“Segala titah baginda, patik junjung tinggi tuanku,” sembah Abu Nawas dengan takdzim. Tetapi Sutan cuma geleng-geleng kepala. Dan tidak seberapa lama kemudian Sultan pun kembali ke Istana dengan perasaan heran bercampur geli….


Air Susu yang Pemalu

Suatu hari Sultan Harun Al-Rasyid berjalan-jalan di pasar. Tiba-tiba ia memerhatikan Abu Nawas tengah memegang botol berisi anggur. Sultan pun menegur sang Penyair, “Wahai Abu Nawas, apa yang tengah kau pegang itu?”

Dengan gugup Abu Nawas menjawab, “Ini susu Baginda.”
“Bagaimana mungkin air susu ini berwarna merah, biasanya susu kan berwarna putih bersih,” kata Sultan keheranan sambil mengambil botol yang di pegang Abu Nawas.
“Betul Baginda, semua air susu berwarna putih bersih, saat melihat Baginda yang gagah rupawan, ia tersipu-sipu malu, dan menjadi merah.”

Mendengar jawaban Abu Nawas, baginda pun tertawa dan meninggalkannya sambil geleng-geleng kepala.

22.3.11

Illustrator Basic Part 2

Pada kali ini, kita akan melihat bagaimana menggunakan perkakasan bentuk untuk menggambar bentuk dasar kita dalam ilustrator. Tapi sebelum kita mulai, kita akan melihat bagaimana untuk memilih bentuk dasar sehingga anda tidak mempunyai masalah dalam memilih dan mengedit bentuk di Illustrator.

Selection Tools

Ada 2 jenis 'tool' digunakan di Illustrator  untuk membina objek.

Yang pertama adalah Selection Tool: Digunakan untuk memilih dan memindahkan shape. Ini juga boleh digunakan untuk mengubah saiz shape.

Direct Selection Tool: Memilih titik anchor tunggal, bukan bentuk keseluruhan. Digunakan untuk mengedit titik jangkar shape. Klik sekali pada sebuah titik untuk memilih dan terus Shift untuk memilih beberapa jangkar mata.



Shape Tools

rectangle tool

Sekarang kita akan pergi kepada Shape Tools. Ketika anda pergi ke Palette Tool dan terus memilih Rectangle Tool, senarai alat bentuk akan terpapar keluar bagi anda untuk memilih. Kita akan bermula dengan default Rectangle Tool.

Understanding  Stroke


rectangle fill

Klik dan tarik keluar Rectangle seperti yang ditunjukkan. Terdapat kandungan hitam putih dan stroke. (Stroke adalah sempadan dari bentuk)

Changing Fill Color



Mari kita mulai mengubah warna untuk persegi panjang. Klik Fill dari Palette Tool. Ini akan mengeluarkan Color Picker. Tarik slider untuk biru dan pilih warna biru tua. Klik Ok selepas itu.

Removing Stroke



Klik Stroke pada Palette Tool sekali untuk menukar palang di atas 'Fill'. Klik ikon dalam warna merah untuk menetapkan Stroke dan menghilangkannya. Stroke hitam akan hilang.

Constrain Proportions


Untuk menggambar sebuah persegi sempurna, kita akan memilih Rectangle Tool. Tekan Shift dan drag untuk menggambar persegi. Sama untuk bulatan, kita akan memilih Ellipse Tool dan tekan Shift untuk mengheret keluar lingkaran.

Resizing Shapes



Untuk menukar saiz bentuk, pilih bentuk menggunakan Selection Tool dan tempat sekatan akan muncul. Tarik sudut titik anchor untuk menukar saiznya. Untuk menghadkan untuk perkadaran Resize dan tekan kekunci Shift semasa anda menukar saiz. Juga tekan Alt / Option jika anda ingin menukar saiz dari posisi yang sama.

Rotating Shapes

rotate square

Pilih bentuk dengan Selection Tool dan tempat sekatan akan muncul. Pindah kursor anda berhampiran jangkar sudut dan putarkan ikon, klik dan putar untuk memusingkannya. Untuk snap di 45 darjah keatas dan tekan kekunci Shift dan putar.

More Options for Shape Tools



Pilih Tool Star. Klik pada artboard dan pilihan akan muncul. Masukkan nilai yang sama seperti di atas dan klik Ok. Ini akan menggambar bentuk bintang bersegi panjang. Kaedah ini boleh digunakan untuk membentuk lebih banyak pilihan untuk bentuk.

bersambung....

12.3.11

Fenomena Alam - Awan pelangi

Salam semua warga blogger...

Hari ni sambil kuar buat keje sempat lagi amik gambor ni... n3 sebelum ni berkenaan dgn gambor matahari yg dikelilingi pelangi, kali ni pule terserempak dengan awan yg berpelangi... sayang gambor ni di ambil hanye dgn menggunekan camere hp jer... yer lah mane nak tahu leh nampak pemandangan yg mcm tu...

Kalo sekarang ni kite banyak dikejutkan dengan fenomena alam terutama sekali dengan bencane gempe bumi yg terbaru telah melande negare matahari terbit iaitu Jepun. Dalam pade tu banyak lagi kejadian seumpamenye berlaku di negare2 lain di mane sebelum ni telah melande New Zealand. Kejadian bencane alam ni semakin hari berlaku tanpe kite sedari. Tu yg kite dpt tahu melalui media massa tetapi yg tidak diketahui entah berape banyak pulak...

Hari ini sy berkesempatan merakamkan gambar awan yg mengandungi pelangi. Kalo ade cam DSLR tentu cantik gambor ni. Macamane boleh berlaku kejadian seumpame ni sy pun tak tahu...

ok jom tgk gambor ni...

03:05:50


03:05:21


03:06:03

OK, ni lah pic yg sempat aku amik ptg tadi ( sabtu/12/03/11), ni bukan edit tau... ini betol2 punye... aku snap pic ni dekat area Juru, Seberang Prai... sesiape yg ade lalu di kawasan tu, perasan tak...

Dan kat bawah ni video Tsunami yg telah melanda negara Jepun, semoge negare kite terselamat dr bencane alam ini.



9.3.11

Fenomena Alam

Salam semua....

Hari ni nak share skit gambar yg telah sy snap ptg semlm (selasa 8 mac). Sy snap gambar ni sewaktu sy pergi keluar dgn kawan di Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan...... Ape yg menarek ttg gambar ni ade lah pelangi yg mengelilingi matahari dan kalo diperhatikan betol2 nampak seperti ade satu lagi planet, adekah ianye bulan atau planet ape... sy pun tak tahu.. korang tahu ker?

Gambar ni sy ambil gune camere phone sony Eric Aino. tapi ok gak la gambar dia... jom kite tgk...

Gambar di bawah ni bukan edit yer, ini betol-betol punyer...

1:35:43
1:36:31

1:36:58

1:36:09

 Cantik kerrr....



6.3.11

Coretan Luahan Cinta


jari jemari menaip papan kekunci,
menaip aku di kamar sepi,
terasa diri bagaikan bermimpi,
diselubungi imaginasi yg tidak ku pasti...

di halaman rindu mengingatkan aku,
memendam rasa teramat haru,
rasa ingin bertemu belum pun ku jemu,
mengharap kaseh pada kau yg satu....

kaseh yg ku damba kaseh sejati,
kaseh yg ku puja tidak di jual beli,
datanglah wahai kekaseh hati,
bersatu dalam cinta abadi...

ku korbankan demi cinta yg hakiki,
sungguhpun ku gagal tetap ku harungi,
agar jiwa dan raga tidak lagi sunyi,
bersamamu cinta sejati kekal abadi.
           
-hasil nukilan zaidisign.


-
perjalanan di lalui penuh dengan onak dan duri,
tetapi kebahagiaan yg dikecapi bukanlah yg asli,
kenikmatan keseronokan yg membakar diri,
tetapi segala kepahitan punyai maksud tersembunyi...

-
kini aku terus dalam pencarian,
meninggalkan segala kepahitan,
tinggalah dikau sebagai pengajaran,
dalam usaha mencari kepastian....



-
kegagalan bukanlah suatu pengakhiran,
keinsafan dijadikan titik permulaan,
buat pengertian di dalam sebuah kehidupan,
semoga diri tak menyesal kemudian....

-
mengenali diri maksud dijadikan,
agar tidak lagi hidup tersasaran,
gagal di sini tidak bererti gagal kemudian,
semoga hidup berjasa di bumi tuhan....


-
bak kata pepatah baliklah ke pangkal jalan,
setapak kehadapan bererti kejayaan,
kejayaan harapan seorang insan,
kelak berbahagia itulah yang di idamkan....

-
Anugerah dari Kegagalan.
                                           
                                                             -ilham dari zaidisign.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...