facebook

facebook

Mari beri sokongan

3.2.11

Kisah Batu Hajarul Aswad.

Asal Usul Hajarul Aswad

Sejarawan bersetuju menyatakan bahawa Ka’bah telah dibangunkan hingga 12 kali. Tarikh yang menyebutkan bahawa rumah suci ini pada mulanya dibangun oleh malaikat tetapi keadaan atau caranya tidaklah di ketahui. Kemudian oleh Nabi Adam AS, Nabi Ibrahim AS dan seterusnya oleh bangsa Quraisy ketika Muhamad berusia 25 tahun.

Pembangunan terakhir oleh Ibnu Zubair pada tahun 64 Hijriyah. Namun pembinaan semulanya terus terjadi, antara lain pada era pemerintahan Abdul Malik Marwan pada 74 H(693 M). Pembinaan juga terjadi pada masa Sultan Murad Khan pada 1093 H- setelah sebahagian bangunan rosak akibat banjir.

Menurut tradisi Islam, Hajarul Aswad adalah Batu yang jatuh dari Syurga pada masa Adam dan Hawa, ketika itu putih dan bersih lagi menyilaukan. Batu itu kemudian dihilangkan dan tersembunyi di bukit Abu Qubays berhampiran Makkah. Ketika Nabi Ibrahim membina semula Kaabah yang mana Malaikat Jibril membawa keluar Batu bersembunyi dan memberikannya kepada Nabi Ismail a.s. Batu itu dipercayai menjadi hitam kerana dosa-dosa yang telah diserap selama bertahun-tahun. Sekarang ianya diadakan bersama-sama dengan rangka perak juga diikat dengan paku perak ke dinding di sebelah landasan timur Kaabah.

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah, banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."



Dalam satu riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?" Nabi Ismail berkata, "Batu ini ku terima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)." Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s.

Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.



Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam. - Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877)

Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, InsyaAllah doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium HajarAswad)."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...