facebook

facebook

Mari beri sokongan

19.2.11

Jom Periksa Saman


Bersempena dengan hari-hari terakhir utk bayar saman jadi entry ni sebagai peringatan utk mereke-mereke yg belom lagi membayar saman tertunggak. (bagi peringatan jer, tader kene mengene dgn anggote beruniform)

Bukan ape, sy pun ade gak saman tertunggak bile cek balik, dah terlupe punye la lame, ari senin ni kene pg bayar jugak la jawabnye, kalo tak nanti nayer jer kene turun naik mahkamah lagi menyusahkan.

 Sy rase korang pun kalo tak cek , ade gak yg tak tahu, ade saman ke edak so kat bawah skali n3 ni ade sy letakkan link utk cek saman. Mudah jer, cume korang kene masukkan no IC atau daftar kenderaan korang.

 Rakyat Malaysia mempunyai hanya beberapa hari lagi untuk membayar saman tertunggak dan menikmati kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan berhubung kesalahan lalu lintas kerana tempoh itu tidak akan disambung, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.

Pada hari Rabu lepas, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan kadar baru bagi empat kategori kesalahan berbanding tiga sebelum ini, dengan kompaun minimum sebanyak RM40 dan maksimum RM300, mengikut jenis dan kelas kenderaan, tahap keseriusan serta jenis kesalahan.

Tempoh pembayaran pula dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pembayaran pada hari pertama hingga hari ke-15, pada hari 16 hingga hari ke-30 dan pada hari ke-31 hingga hari ke-60.

Selepas hari ke-60, saman yang tidak dilangsaikan akan didaftar sebagai kes di mahkamah. - BERNAMA 

Kepada sesiapa yg nak cek saman boleh la lawati web site di bawah dan beberapa perkare akan di minta seperti no IC dan juge no daftar kenderaan.

http://www.rilek.com.my/webapps/pdrm/

atau klik je bawah ni

Periksa Saman Di Sini

4 comments:

~~su manje~~~ said...

salam...
su blogger baru kalau ada kelapangan jemputlah singgah ke blog su manje...
thanks

salam ziarah....



Blog Baru Su Manje...

dLa said...

seb baek dla xde saman. hehehe

zaidi zaim said...

ok su dah singgah n folo blog su manje....

tak de bagus la dla.. leh jadi pemandu yg berhemah kan... sy punye saman dah 2 tahun lepas, kene kat bas stop depan GM.... tadi cek baru tringat balik....

MDHAFiZ.NET said...

salam ukhwah....
macam mana nak cek saman jika saya belum ade lesen??
hahaha.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...