facebook

facebook

Mari beri sokongan

21.12.10

Potret anda bertambah menarik

Clear Skin

Entry ini sebagai sambungan kepada entry yg sebelum ini yg bertajuk "Clear Skin Potret". Teknik ini terdapat di dalam berbagai cara dan terpulang kepada kreativiti masing-masing. Jadi di sini sy akan tunjukkan 2 cara yg berbeza tetapi ianya boleh juga digabungkan dalam 1 mengikut kerajinan seseorang,k. Dan kita akan melakukan cara mengedit wajah agar tampak licin dan gebu dahulu. Hihihi... Ok untuk tidak memanjangkan celoteh, buat letih nk bace jer, so kite bUka satu foto yang ingin anda edit-kan. Duplicate-kan gambar tersebut dengan menekan butang Ctrl + J.

Pertama sekali jikalau gambar yg hendak anda edit-kan itu mempunyai bintik-bintik hitam ataupun Blackheads kita akan buat make-over di ruang muka terlebih dahulu, kita hilangkan dengan menggunakkan Spot Healing Brush Tool ataupun tekan saja butang 'J' .


Caranya mudah saja utk menggunakan tool ini. Anda hanya perlu klikkan saja di tempat yg terdapat bintik-bintik hitam tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ianya tampak rata dgn warna kulit.

 sebelum
 
selepas




Kemudian pergi ke Filter>Noise>Reduce Noise dan settingnya seperti berikut: Strength = 10 ,Preserve Details = 2% dan yang lain biarkan Default.


Ulangi sekali lagi step di atas supaya nampak lebih kemas dan hasilnya seperti di bawah ini.
 sebelum
selepas

Kemudian pergi ke Filter>Blur>Gaussian Blur dan tukarkan Radius kepada 5 pixels.

Sekarang pergi ke Image>Adjustment>Desaturate. Ini akan membuatkan gambar anda menjadi Hitam Putih. OK, sekarang tukarkan Blend Mode kepada Overlay.

Ok, gambar anda suda nampak berseri suda.



Sekarang kita nak menambah keserian pada gambar anda.

Kemudian pergi ke Image>Adjustment>Selective Color  dan paparan setting color akan keluar dan masukkan setting ini; Colors : Reds, Cyan = 0%, Magenta = 100%, Yellow = 0%, Black = - 50%.

Setelah itu pergi ke Filter>Sharpen>Smart Sharpen dan settings : Default, Amount = 50%, Radius : 0.5 pixels, Remove : Gaussian Blur dan tick pada  More Accurate.

OK, sekarang kita ke Adjusment>Levels. Satu dialog box akan keluar. Ada 3 anak panah kecil di bawah graf tersebut. Hitam, kelabu dan putih. Sekarang anda Drag-kan anak panah kecil yg putih dahulu dan lihat perbezaan pd gambar anda. Anda boleh buat mengikut kesesuaian yg anda kehendaki.

levels.

Tekan butang Ctrl+Shift+Alt+E serentak dan ini akan mewujudkan 1 layer baru dgn gabungan layer sebelum ini. Klik icon Adjustment Layer di sebelah bawah layers palette no 4 dari kanan. Kemudian pilih Gradient Map.

Klik pada warna yg terdapat di situ dan kita akan mengubahkan warna tersebut mengikut setting di bawah ini. 1= #ed9017, 2 = $f8d04a , 3 = f6e6b5 dan klik OK. Tukarkan Blending Mode kepada Soft Light.
klik gambar utk besarkan

Lakukan sekali lagi tekan butang Ctrl+Shift+Alt+E kemudian pergi ke Edit>Fill. Di dalam ruang Content pilih 50% Gray. Di ruangan Blending Mode pilih Overlay.

OK! Ini Hasilnya.
 

Canvas Size

Sekarang kita akan pelbagaikan warna pada gambar yg telah kita kerjakan tadi iaitu canvas size.

Pergi kepada Image>Canvas Size. Di dalam ruangan 'Inches' tukarkan kepada 'Percent'supaya mudah untuk kita lebarkan size. Kemudian di ruangan 'width', tukarkan kepada 400%. Pada ruangan anak panah kecil dalam kotak tu, klik pada anak panah tengah sebelah kanan dan pada ruangan 'canvas extension color' pilih Black. Klik ok.


Add Vertical Guide

Pergi ke View Menu dan pilih New Guide kemudian tick pada Vertical pada Orientation dan taipkan 25% pada Position. Klik ok dan kita akan dapati satu garisan vertical pada image kita bermula dari sebelah kiri ke kanan.

Ulangi lagi seperti di atas tetapi pada kali ini masukkan pula 50% pada kotak Position dan Klik ok.

Lakukan lagi dan masukkan pula 70%.Klik ok dan kini anda sudah punyai 3 garisan vertical pada image anda.

    Turn On "Snap to Guides"

Pergi ke View Menu untuk pastikan Snap to>Guides telah di-'tick'-kan. kalau belum pastikan ianya di tick terlebih dahulu sebelum kita hendak meneruskan step yg seterusnya.

Begini hasilnya.

Sekarang tekan butang Ctrl+J sebanyak 3 x. Kemudian Gunakan 'Move' tool ataupun tekan butang 'V'. Drag-kan satu-satu gambar tadi kesebelah tepi ruangan kosong sehinggalah ketiga-tiga gambar tadi dipenuhi ruangan kosong tadi.


DONE!

8 comments:

Syed Hilmi Syed Yahya said...

good information,,,nnt leh try,,,hehe

chuu said...

i luv photoshop <3

elnino moona said...

wah!!.. best2..
mo try ni nnt.. leh santekkan lg antu cik moon kan.. hehehehe..:)

sayabukanSAMDOL said...

whaaa great!

mira_nas said...

tq.. nanti boleh la cuba~~

NajwaNadia^.^ said...

Thanks..tlg ingtkan semula :)
dua thn lpas ade blajar photoshop..tapi lupe suda! huhu

*Cekgu ima* said...

good info... thanks... =)

zaidi zaim said...

terima kaseh semua yg komen....

kalo ade ape-ape yg menarik n bley share beritahu ler... same-same kite study ek... tak rugi pun.... ilmu dunia ni kat dunia jer laku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...