facebook

facebook

Mari beri sokongan

10.9.10

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.




Ulama telah ijmak, memberi ucapan selamat hari raya pun diharamkan, apatah lagi menyertai dan menyambutnya.

Berkata Ulama Hanafiah :



Maksudnya : “dan menjadi kafir seseorang muslim dengan dia menyertai perayaan kaum Majusi dan mengikuti apa yang mereka perbuat pada hari itu, dan demikian juga kafir dia jika dia membeli sesuatu pada hari Nairuz yang tidak pernah dibelinya pada hari lain kerana memuliakan hari tersebut bukan kerana dia memakan atau minum pada hari itu, dan jadi kafir dia dengan memberi hadiah walaupun sebiji telur kepada kaum musyrikin pada perayaan mereka kerana memuliakan hari itu”

Manakala ulama Malikiah menyatakan :



Maksudnya : “Yakni, berseronok dan bergembira (menyambut) pada perayaan Nairuz yakni awal Tahun Qibti menghalang daripada seseorang menjadi saksi (dalam mahkamah) kerana ia perbuatan orang-orang Jahiliah (Pagan) dan Nasrani”.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha, Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.


Di khabarkan oleh Anas bin Malik r.a, dia berkata, Nabi s.a.w. pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua Hari Raya yang pada keduanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah, maka baginda bersabda, Aku datang kepada kalian sedangkan kalian memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliah. Dan sesungguhnya Allah telah menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri. (Riwayat al-Nasa’i, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959).

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.


Tatkala kita dalam ziarah-menziarahi, bersalamanlah serta bermaaf-maafanlah jika mahu pulang. Ucapkan terima kasih kerana sudi menjemput dan melayan anda, jika boleh jemputlah pula dia datang ke rumah anda.

Sikap ini sebagai tanda menghormati mereka.Bukankah sopan santun itu budaya kita? Agama melahirkan budaya,bahasa adalah jiwa bangsa, itulah Bangsa melayu.

'Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang indah itu budi, yang cantik itu bahasa'….

Tanamkan sikap ikhlas dalam amalan kita kerana akan mendapat pahala besar dari Allah swt. Allah swt. tidak suka pada sikap manusia yang sombong, bongkak dan suka mengungkit.

Dalam kegembiraan dan kemeriahan menyambut hari raya yang menjelang tiba, kita jangan lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik (fakir miskin, anak-anak yatim-piatu yang sentiasa hidup dalam kesengsaraan). Berilah sesuatu yang boleh mengembirakan mereka, pakaian, makanan atau sesuatu yang boleh menghiburkan hati.

Adalah tidak mencukupi dengan sekadar luahan simpati dengan perasaan tanpa melakukan sesuatu yang lebih bermakna. Sabda Rasulullah SWT:

"Barang siapa yang melepaskan seseorang mukmin itu dari kesusahan di dunia maka Allah akan melepaskannya daripada kesusahan/ kesulitan di akhirat"… Abu Hurairah…..

Mudah-mudahan kita menjadi insan bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan akhirat.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN….

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...