facebook

facebook

Mari beri sokongan

21.9.10

Perjalanan ke arah Kemantapan


Fuh! Tajuknye Gempak. Apa yg 'mantop'nya.
Sedar tak sedar, kini dah masuk Syawal yg ke-13 1431. Terasa pulak dunia beredar dgn begitu pantas. Dulu mase mula puasa rasa mcm lambat jer tapi tu semua hanyalah mainan perasaan jer. Kini Syawal pun dah menjelang pertengahan tetapi amalan ramdhan kenalah sentiasa terpahat dalam ingatan, lebih cantiknya dapat praktikkan terus secara istiqomah.

Aku kini telah berpindah ke Utara Tanah Air, nak mulakan kehidupan baru. Aku nak jadi usahawan yg paling berjaya di dunia dan berjaya juga di akhirat, InsyaAllah. Inilah perjalanan kehidupan sebagai seorang manusia, yg mana permulaan kita yg tiada pengakhiran. Apa? Tiada pengakhiran! Betul ke ni, macamana tuu....

Ya lah, sejak kita dijadikan tuhan dan kita lhir ke dunia ini, kita melalui perjalanan utk kita mengenal diri ini dan seterusnya hingga kepada mengenal tuhan yg Maha Esa. Kemudian matinya kita bukanlah sterusnya tetapi kematian seorang manusia merupakan permulaan pula kepada alam lain. Sehinggalah kita kelak akan di hisab di atas apa yg telah kita lakukan atau pun atas apa yg dipinjamkan tuhan kepada kita yakni apa yg telah di amanahkan kepada kita. Begitulah ceritanya.

Wahhh.... nak jadi ustaz ke... eh! taklah, aku bukannye nak jadi ustaz tp baru nak 'start'.... macam tu lah sekarang ni, kalau sentuh je bab agama sikit, mulalah kata kita ni nak jadi usatz la, nk bagi ceramah la.. macam2 lahhh orang nak kate....

Ish! macam tak ikhlas pulak jadinya yer... kalau mcm tu biar jerlah ape yg orang nak kate, yg penting aku tetap dengan matlamat aku. Setelah ramdhan berakhir dan kini di bulan syawal, mudah2an aku dapat jadi seorang Hamba kepada Allah s.w.t yg menjadikan aku, INsyaAllh.

Semoga Tuhan mendengar apa yg terdetik di hati aku pagi2 buta ni. Bagus jgak aku blogwalking pagi2 buta ni, kalau pintu langit terbuka, mudah2an sampailah doa aku ni....

3 comments:

Dark Half said...

tahniah bro! jadi usahawan ape tu?
moga berjaya dan dimurahkan rezeki.aminn..

Zara said...

insyaalllah,doa itu akan diperkenankan.amin

zaidisign said...

Terima kaseh kawan...
INsyaAllah, seandainya ada ruang dan peluang nanti sy akan masukkan di dlm n3 sy di masa akan dtng. Buat mase ni mase di peringkat awal, risau tergendala pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...