facebook

facebook

Mari beri sokongan

24.9.10

Cara masukkan kod utk banner

Hosted by imgur.com
Salam buat semua blogger yer dan bukan blogger pun sudi-sudikan lah lawat blog sy yg tak seberapa ni yer...


Kita maseh lagi di bulan syawal, jadi bersamalah kita mengeratkan Ukhwah sesame kite yer, mudah-mudahan bertambah erat silaturrahim sesame kite kan..... jadi maseh boleh lagi mengucapkan Selamat hari Raya Aidil Fitri buat semua yg sudi membace n3 sy kali ini....


N3 kali ni nk sampaikan serba-sedikit apa yg sy tahu dan dah buat pun kat blog sy ni, jadi ianya berkisahkan tentang tutorial la plak....


Kepada yg rajin blogwalking tentu sudah biasa melihat 'Banner'-kan. So, bg sy, banner yg sy letakkan di dlm blog ini dibuat sendiri, dr segi gambarnya dan kodnya pula sy gunakan kod html biasa. Berbeza dgn sesetengah blog, di mana mereka mengambil dr website khas utk membuat banner ini. Tidak salah kalau kita ambil dr website khas ini malah lebih mudah drpd kita terhegeh-hegeh nk buat sendiri.


Tetapi sy lebih suka buat sendiri, secara tak langsung dpt jugak kefahaman dr segi kod yg digunakan dan nk update gambarnya pun boleh dibuat pada bila-bila masa jer seandainya hendak menukar kepada gambar lain yg lebih simple dan cantik.


Jadi utk n3 kali ini sy akan tunjukkan cara memasukkan 'kod banner' dan InsyaAllah, seandainya ada kelapangan nanti, sy akan masukkan pula tutorial membuat gambar animasi simple dgn menggunakan photoshop.


OK, mari kita mulakan. Pertama skali kita mulakan dengan meletakkan satu widget khas pada sidebar bagi pelawat yg ingin meletakkan iklan Banner kita pada blog mereka. Seelok-eloknya buka satu akaun photo seperti 'photobucket', flicker atau yg sewaktu dengannya. Ini untuk memudahkan kita untuk mendapatkan kod pada gambar rekaan kita sendiri atau anda juga boleh mengambil dari blog2 lain ataupun websites yg anda suka pada gambarnya. Sebagai contoh, cuba anda 'right click' pada setiap gambar yg anda jumpa di mana-mana blog kemudian pilih 'copy image location' (utk browser Mozilla Firefox') ataupun ada juga sesetengah browser ditulis sebagai 'copy image url'. (Right click>Copy Image Location) Ada juga sesetengah gambar tu anda kena lihat pada 'properties' setelah di-'right click' dan contoh url-nya adalah seperti ini "http://2.bp.blogspot.com/_MW05cfCr7gQ/TJerRvc4jtI/AAAAAAAAAX4/m7ua4T2D0ws/s640/DSC00291.jpg".

OK, pada sy, lebih suka pada photobucket. Berbalik kita pada akaun 'Photobucket' tadi dan contoh akaun anda boleh klik sini. Setelah anda menyiapkan akaun photobucket, anda bolehla upload gambar-gambar anda yg dirasakan menarik utk anda mendapatkan link-nya

contoh web photobucket.


Anda nampak empat pilihan link yg disertakan. Di situ ada Email IM, Direct Link, HTML Code dan IMG Code. Untuk tujuan kita iaitu utk meletakkan gambar Banner berserta kod, kita ambil kod Direct Link kerana link ini adalah terus kepada gambar kita dan lebih mudah.

Setelah anda punyai akaun Photobucket dan sudah tahu utk menggunakan Direct Link, kita beralih pula pada kod banner yg hendak kita letakkan pada Blog kita dan untuk orang lain 'copy n paste' kod yg hendak kita letakkan.

Mula-mula skali sign-in ke akaun blogger kita, dan pergi ke Dashboard dan pergi pula kepada Design dan macam biasalah, pergi kepada Page Element kemudian Add Widget. (ala mcm biasalah korang add widget kat blog korang tu). Pilih Html/JavaScript.

Sekarang anda copy kod yg di bawah ini:





ok paste-kan di ruangan Content, tukarkan Link untuk blog anda. dan juga Direct Link dr website Photo anda (sy punya photobucket) dan juga samakan saiz pada kesemua Banner yg anda kutip dr Blog kenkawan anda, so, samakan kesemua width n height pada kod yg anda telah copy dan letakkan ia selepas tanda ( " ) .


*Peringatan - setiap huruf yg tersalah taip ataupun ketinggalan ruang (space) akan membuatkan kod anda tidak menjadi.


K, setelah anda paste-kan kod di atas jgn lupa plak nak save dan bubuh la apa-apa jer Title yg anda suka. Lepas tu View la sendri blog anda samaada jadi atau tidak ek...

Cara Membuat Marquee Untuk Banner Kawan Anda (Banner bergerak dr tepi)


Cara yg sama seperti menambah widget, cuma anda hendaklah masukkan kod marquee ini.





Masukkan kod di atas ini, kemudian masukkan pula kod banner kawan anda seperti tertera di dalam kotak atas.

Setiap kod html ini mestilah ada pembuka dan penutup ( buka seperti ini dan penutup pula mesti di tambah slash seperti ini. Jadi penutup utk Marquee adalah seperti ini:

Seandainya anda ingin menambah Banner yg lain pula, anda hanya perlu copy kod banner mereka kemudian pergi kepada Edit widget Banner anda. Paste-kan selepas pada tanda ini (sebaik-baiknya tekan Enter dahulu utk mendapatkan ruangan bawah). Dan jgn lupa samakan saiz pada width="angka" Height="angka" kemudian save n View Blog.

ok selamat mencuba daa....

1 comment:

nordin omor said...

bertepatan dengan keperluan bisnes dalam internet.
terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...