facebook

facebook

Mari beri sokongan

26.8.10

Peringatan Allah terhadap manusia


LIMA WASIAT

Dari Nabi Muhammad s.a.w., "Pada waktu malam saya di-israkkan sampai ke langit, Allah s.w.t. telah memberikan lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.


· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.


· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

TUJUH PERKARA
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah s.w.t..Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah s.w.t. daripadanya."

TUJUH MACAM PAHALA

Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Orang yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Orang yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Orang yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Orang yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz
Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin. 


· Bacalah Al-Quran


· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.


· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.


· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.


· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.


· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.


· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.


· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.


· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.


Wasiat dr Khalifah Umar bin Khattab yaitu:
1.Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu.Kerana,celamu lebih banyak darinya.

2.Bila engkau hendak memusuhi seseorang,maka musuhilah perutmu dahulu.Kerana,tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3.Bila engkau hendak memuji seseorang,pujilah ALLAH S.W.T.! Kerana,tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4.Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu,maka tinggalkanlah kesenangan dunia.Sebab,andaikata engkau meninggalkannya,bererti engkau terpuji.

5.Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu,maka bersiaplah untuk mati.Kerana,jika engkau tidak bersiap untuk mati,engkau akan menderita,rugi penuh penyesalan.

6.Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu,maka tuntutlah akhirat.Kerana,engkau tidak akan memperolehinya kecuali dengan mencarinya.



Zai disign

5 comments:

♥♥♥aRiSa FunAbAsHi♥♥♥ said...

salam....thanks kongsi info nih.... =)

zulaikha said...

thanks for sharing..

♥iLe irnadiana♥ said...

Salam.. Nice sharing.. :D
love the entry.. :)
Moga kita semua dapat manfaat dari entry ini.. :D
insyaALLAH..

Aidi-Safuan said...

alhamdulillah. banyak info bermanfaat boleh dapat kat artikel nih. thanx for sharing yer.. :)

hanisazla said...

Ilmu yang sgt menarik/berguna untuk diamalkan. Thanks for sharing...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...