facebook

facebook

Mari beri sokongan

1.6.10

Asas Photoshop
















Klik pada gambar untuk besarkan


New Document

Mengenali Asas dalam menggunakan Photoshop


Tools


Ok, sekarang jom kita cuba simple tutorial ini.


kita akan gunakan dua gambar ini



gambar sebelum




selepas

Gunakan Move Tool dan leretkan gambar pemandangan ke layer yang hendak dikerjakan. Kemudian pergi ke Edit>Free Transform atau pun jalan pintasnya dengan menekan butang Ctrl+T untuk mengecilkan saiz gambar yang hendak dimasukkan ke dalam hiasan pemandangan di di dalam gambar yang satu lagi.

Kemudian pergi semula kepada Edit>Transform>Skew dan cuba adjust semula gambar mengikut saiz gambar di dinding.

Ok, setelah gambar dapat diletakkan dengan elok, kita akan timbulkan sedikit gambar agar nampak hidup.

Pergi kepada ruangan Layer dan di bawah kiri kemudian klik pada Add Layer Style dan pilihBevel and Emboss.
Kemudian tukarkan setting seperti di gambar di bawah.




OK, selamat mencuba.

Kita cuba yang ini pula.



Sebelum

Selepas

Buka satu gambar yang anda mahu untuk dibentukkan sebagai gambar di atas.

Gunakan Elliptical Marquee Tool.

Kemudian leretkan bulatan kepada gambar anda. Anda akan dapati garis putus-putus melingkungi gambar anda.

Pergi kepada Select>Inverse ataupun tekan Ctrl + Shift + I.

Kemudian pastikan warna pada Foreground dan Background adalah Hitam dan Putih.

Klik sebelah kanan di dalam lingkungan garis putus-putus dan pilih Feather dan tukarkanFeather Radius kepada 3 pixels dan Klik Ok. Sekarang tekan butang BackSpace. Tekan Butang Ctrl + D untuk hindarkan garis putus-putus. Selamat Mencuba!

---------------------------------------------------------------

Topic ini kita akan bermain dengan Magic Wand Tool pula.

Buka satu gambar anda yang hendak di edit-kan kepada suasana yang juga gambar yang anda inginkan latar belakangnya.

Saya memilih untuk gambar muzium Di Raja Kuala Kangsar dan salah satu gambar dalam koleksi saya ini.

Ok, sekarang klik pada Magic Wand Tool dan klik pada gambar awan di dalam gambar muzium.
Setting pada Tolerance tukarkan kepada 12 supaya tidak terlebih dan dapat mengimbangi ruang yang hendak anda buangkan nanti.Untuk menambah ruangan yang hendak ditandakan dengan Magic Wand Tool ini, anda hendaklah menekan butang Shift dan untuk membuang semula jika anda terlebih luaskan, anda perlu menekan butang Alt.


Selepas sudah anda memilih ruang yang anda hendak buangkan, pergi kepada Select>Inverse dan ruangan garis putus-putus anda akan bertukar kepada hanya gambar muzium sahaja. Klik kanan dalam ruangan garis putus-putus dan pilih Feather. Satu paparan Feather akan keluar dan tukarkan Feather Radius kepada 3 pixels. Kemudian klik pada Move Tool dan leretkan kepada gambar yang satu lagi. Tekan butang Ctrl+T dan adjust gambar anda supaya sesuai dengan gambar yang anda lampirkan.

Sekarang pergi kepada Image>Adjustment>Levels. Tukarkan setting mengikut kesesuaian gambar anda.


Ok, anda boleh menambah beberapa lagi kesan Effect ataupun Text mengikut kesesuaian anda. Selamat mencuba!

#jumpa lagi pada TUtorial yang akan datang yang lebih menarik!







Zai d'sign

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...